Pages

LFC

LFC

Friday 31 August 2012

SUKAN PARALIMPIK LONDON 2012 : Prestasi Pemanah Negara Hambar

 Temasya Sukan Paralimpik London 2012 telah bermula saingannya.Pemanah paralimpik negara telah turun beraksi untuk peringkat penentuan ranking,tetapi persembahan hambar yang telah di pamerkan oleh pemanah negara berikutan hujan lebat dan angin kuat yang menyebabkan setiap panahan tidak menjadi.Prestasi mereka menurun berbanding pada hari latihan.

Selepas menamatkan saingan,kedudukan pemanah negara kita Zulkifli Mat Zain menduduki tempat ke 16(572mata),Hasihin Sanawi ke 19(559mata) dan Mohd Zafi Rahman Mat Salleh tempat ke 24(481mata).
Dalam saingan tersebut pemanah dari Taiwan,Tseng Lung Hui berjaya mengumpulkan 650mata seterusnya telah memadamkan rekod yang di pegang oleh pemanah dari Korea Selatan,Lee Hong Gu sebanyak 636mata yag telah di lakukan pada temasya Sukan Paralimpik Sydney 2000.

Pada pusingan penyingkiran Mohd Zafi Rahman akan bertemu pemanah tuan rumah Paul Browne,Zulkifli akan bertemu pemanah Turki,Mustafa Demir,dan Hasihin Sanawi akan bertemu pemanah Korea Selatan,You In Sik.

#rindu pada bekas Pemanah Paralimpik No 1 Negara arwah  Mohd Salam Sidek.Al-fatihah.

FERNANDO LLORENTE NEXT BID BEFORE WINDOWS TRANSFERS CLOSE

Bos Liverpool di khabarkan akan membeli penyerang Althetic Bilbao yang juga penyerang kebangsaan Sepanyol,Fernando Llorente.Pemain berusia 27 tahun ini mungkin akan di beli jika Andy Caroll berjaya di jual sebelum pintu jual beli pemain yang akan tamat pada jam 2359hrs hari ini.

Pemain ini telah bermain bersama pasukkannya sekarang sebanyak 236 perlawanan dan telah menjaringkan 81 gol.Mungkin pemain ini adalah pilihan yang terakhir dan namanya masih belum se-popular lagi,tetapi seperti Fernando Torres juga,selepas kemasukkannya ke dalam skuad Liverpool baru namanya dikenali lebih meluas.

Tetapi bagus juga ada pemain penyerang daripada Sepanyol kerana kebanyakan pemain dari sana selalu mendapat sentuhan jaringan,cuma jangan Llorente seperti Morientes dahulu sehinggakan di labelkan antara 10 pemain Liverpool yang paling rugi di beli.

Pemain ini juga seorang pemain yang berketinggian 1.95m,agak tinggi seperti Caroll tetapi corak permainan lebih baik daripada Caroll.Diharapkan Liverpool dapat menjual Caroll secepat mungkin untuk membawa masuk Llorente ke Anfield.

FINAL RESULTS : LIVERPOOL 1 - 1 HEARTS (AGG:2-1) : EUROPA LEAGUE


'Liverpool hanya mampu mencatatkan keputusan seri menentang Hearts di Anfield yang berkesudahan 1-1 tetapi Liverpool layak ke peringkat seterusnya dengan agregat 2-1.Pada perlawanan tadi,pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan nampak seimbang dan sering melakukan gerakan serangan.Pada separuh masa kedua Liverpool tampak lebih garang dan banyak peluang yang di cipta tetapi masih gagal mencipta jaringan.Dalam kelekaan Liverpool menyerang,pemain Hearts,telah berjaya menjaringkan gol pada minit 84 setelah merembat dari luar kotak penalti dan gagal di tangkap kemas oleh Reina akhirnya bola itu dengan pelahan terus melepasi garisan gol.Tersentak dengan gol penyamaan agregat itu,The Reds melancarkan serangan dan hasilnya pada minit ke 88,Luiz Suarez membuat gerakan solo dari luar kotak penalti sehingga beliau berjaya merembat masuk dari jarak dekat untuk menewaskan pemain pertahanan dan penjaga gol Hearts seterusnya memastikan ia adalah gol kemenangan melalui agregat.

Pada pendapat admin banyak peluang yang di cipta tetapi masih tumpul dalam menjaringkan gol.Paling ketara banyak peluang-peluang yang dapat di jaringkan oleh Suarez tetapi ianya sia-sia.Sterling yang di masukkan pada separuh masa kedua seperti biasa bermain baik dan juga seorang lagi pemain muda Liverpool,Adam Morgan,bermain dengan baik malah pada separuh masa pertama sepatutya beliau telah menjaringkan gol tetapi di batalkan kerana bola yang di bawa Suarez sebelum menghantar kepadanya telah melepasi garisan outside.

 Goal Highlight

Thursday 30 August 2012

LIVERPOOL FC VS HEARTS : EUROPA LEAGUE PLAY-OFF 2ND LEG


Liverpool FC akan menerima kunjungan Hearts bagi perlawanan kedua di EUROPA LEAGUE.Bagi perlawanan pertama Liverpool menang 1-0.Liverpool yang mempunyai bekalan 1 gol di tempat lawan hanya perlu seri untuk ke peringkat seterusnya.Tetapi di harapkan LIVERPOOL menang di tempat sendiri.

Liverpool Vs Hearts
0300hrs
31/08/2012
ANFIELD

Barisan kemungkinan Liverpool FC :

    REINA
      KELLY CARRAGHER AGGER ROBINSON
      ADAM
HENDERSON            SHELVEY
  DOWNING                                      STERLING
     BORINI

Wednesday 29 August 2012

LIVERPOOL FC : DI SEBALIK TABIR

Joe Allen : Bekas pemain tengah Swansea City ini tidak keterlaluan jika suatu hari nanti akan di gelar lagenda di Anfield.Ini kerana persembahan mantapnya sejak di masukkan ke Liverpool FC.Setiap hantarannya dan melakukan strategi untuk pergerakan menyerang adalah sangat baik.Semasa melawan Man. City tempohari,ketepatan hantarannya ialah 93.5%,adalah satu jumlah yang sangat baik.Liverpool sebelum ini membeli beberapa pemain Midfield yang gagal mempamerkan aksi yang bertenaga contohnya Aquailani,Charlie Adam,Cristian Poulsen.Membeli Joe Allen adalah pelaburan yang sangat baik dan sangat berbaloi untuk jangka masa panjang kerana pemain ini masih muda.Tetapi Liverpool perlu segera bangkit untuk mengelakkan pemain ini berpindah ke kelab lain.


Rahim Sterling : Pemain muda berusia 17 tahun ini adalah salah seorang aset yang berharga buat Liverpool FC.Dengan umur yang masih muda tetapi persembahan yang sangat meyakinkan,cukup untuk merasakan yang Stewart Downing tercabar dan harus berusaha lebih untuk kekal dalam kesebelasan utama.Dua perlawanan berturut-turut bermula dengan lawan Hearts kemudian Man City,Sterling menjadi peranan penting untuk mencipta peluang gol dan beliau sendiri boleh menjaringkan gol dengan gerakannya yang pantas dan selalu mengelirukan pertahanan lawan.







Lucas Leiva : Selepas pulih dari kecederaan,prestasi pemain ini kembali di tahap yang membimbangkan.Sebelum ini ramai mengharapkan Lucas kembali cergas,tetapi dalam beberapa perlawanan terbaru,prestasi yang hambar di tunjukkan oleh Lucas.Untuk game yang lepas,pemain berasal dari Brazil ini hanya mampu beraksi 5 minit awal dan selepas itu dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan mungkin akan direhatkan selama dua bulan lamanya.Nasib Rodgers dah beli pemain tengah yang boleh menggantikan tempat Lucas sementara menunggu beliau betul-betul kembali cergas.



Nuri Sahin : Pemain pinjaman dari Real Madrid ini menegaskan mahu membantu Liverpool kembali dalam tempat 4 teratas bagi membolehkan Liverpool bermain dalam Liga Juara-juara Eropah musim hadapan.

Joe Cole : Bekas pemain Chelsea ini mungkin kali ini di tunjukkan jalan keluar dari Anfield selepas beberapa musim di pinjamkan.Liverpool sedia mendengar beberapa tawaran dari mana-mana kelab yang mahu gunakan khidmat pemain ini.West Ham di khabarkan mahu membeli pemain ini.
Jay Spearing : Brendan Rodgers di khabarkan telah bersetuju dengan perpindahan Spearing bernilai £3m dari Bolton.

Charlie Adam : Brendan Rodgers juga akan menjual pemain ini jika ada kelab mahu membeli dengan harga £5m walaupun pemain ini masih mahu bersama The Reds.Jiran Liverpool,Everton berminat untuk membeli tetapi perlu bersaing dengan Stoke City dan Fulham





Theo Walcott : Oppss...belum jadi pemain Liverpool lagi,tetapi Liverpool berminat untuk membeli pemain ini tetapi perlu bersaing dengan Man City yang berminat juga untuk mendapatkannya.Arsenal akan menjual pemain ini dengan nilai £12m.








KLAAS JAN HUNTELAAR AGREE BE LIVERPOOL PLAYER


Penyerang Shalke 04,Huntelaar,setuju untuk bersama Liverpool musim ini walaupun masih ada baki kontrak setahun lagi dengan yuran pindahan sebanyak £18m.Beliau adalah penjaring terbanyak di Bundesliga untuk musim lepas sebanyak 29gol..

Tetapi yang menjadi masalahnya sekarang,Liverpool mesti menjual Andy Caroll secepat mungkin sebelum tamatnya musim perpindahan pada 31 OGOS ini.Caroll akan di jual tidak kurang dari harga £18m.Sebelum ini Caroll tidak mahu meninggalkan Liverpool dan sanggup berhabiskan masanya di bangku simpanan tetapi akan bertukar fikiran jika harga yang di tetapkan di persetujui oleh mana-mana kelab.Kelab lamanya Newcastle berminat untuk dapatkannya kembali tetapi berkemungkinan akan membuat pinjaman untuk semusim.Terbaru desas-desus ada juga mengatakan AC Milan juga berminat dengan Caroll tetapi secara pinjaman semusim juga.

Jika The Reds tidak dapat membeli Huntelaar,The Reds akan rugi kerana penyerang berusia 28 tahun ini adalah salah seorang penyerang yang terbaik dan jika di beri pilihan antara Huntelaar dengan Sturridge,lebih baik Huntelaar.Kalau nak beli Sturridge,lebih elok saja kekalkan Caroll dalam Liverpool.Jadi tinggal beberapa hari saja untuk Liverpool menjual Caroll dan membeli Huntelaar.

Monday 27 August 2012

LIVERPOOL FC VS MANCHESTER CITY

 Sepatutnya dapat 3 mata penuh,tapi kerana kecuaian hanya 1 mata saaja di peroleh oleh Liverpool gara-gara kesilapan pemain pertahanan Liverpool,Martin Skrtel,The Reds telah mendahului perlawanan pada babak pertama selepas bola sepakan sudut di tanduk masuk oleh Skrtel.Sebelum itu beberapa serangan daripada kedua-dua pasukan telah di pamerkan.Sehingga tamat babak pertama Liverpool melebihi jaringan 1 gol berbalas 0.

Mulanya babak kedua kedua-dua pasukan masih menunjukkan beberapa serangan dan gerakan yang menarik sehingga minit ke 63,bola hantaran lintang Tevez gagal di keluarkan dan dengan kesilapan Kelly,Yaya Toure berjaya merembat masuk bola terus ke dalam pintu gol Liverpool.Tidak perlu ambil masa yang lama,Luiz Suarez telah menghasilkan gol kedua Liverpool apabila beliau menyempurnakan sepakan percuma yang cantik melepasi jangkauan benteng City dan penjaga golnya Joe Hart.Di sekitar penghujung permainan,Skrtel cuba membawa bola ke hadapan tetapi apabila 2 orang pemain lawan cuba mengasaknya,beliau telah menghantar bola kembali kepada Reina tetapi Tevez yang keseorangan berjaya mencuri bola hantaran itu dan memastikan gol penyamaan kedua buat City.Sehingga wisel terakhir,keputusan seri telah dihasilkan di Stadium Anfield.

Liverpool memang kerap menghantar bola kepada penjaga golnya semula dan ia adalah amat mudah di baca oleh pihak lawan.Sepatutnya gol kedua City tidak dapat di hasilkan jika Skrtel membuang bola itu jauh ke hadapan atau ke tepi padang jika perlu.Beliau sepatutnya sedar yang beliau di posisi bek tengah dan pasti apabila beliau meninggalkan posisinya itu,kemungkinan tiada pemain lain yang akan dapat menggantikkannya.Fabio Borini juga masih tidak dapat menunjukkan persembahan yang baik dan masih belum boleh bekerjasama dengan Suarez di bahagian serangan.Suarez juga masih tumpul dalam serangannya tetapi masih mampu membuat gerakan-gerakan merbahaya.Sterling,Gerrard,Allen,Johnson bermain dengan baik.Pemain pertahanan,Coates yang musim lalu tidak banyak beraksi hari ini di turunkan selepas menggantikan tempat Agger yang di gantung perlawanan pada mulanya masih tercari-cari rentak permainan yang baik tetapi selepas 15 minit bermain,kualiti permainannya semakin baik.

Liverpool juga rugi seorang pemain selepas Lucas Leiva di keluarkan selepas hanya 5 minit beraksi kerana kecederaan dan di gantikkan Shelvey.Penyerang tinggi,Andy Caroll yang di masukkan 10 minit akhir perlawanan telah menunjukkan sebab kenapa beliau masih tidak perlu dijual kerana kualiti permainnya sangat baik.Keseluruhannya Liverpool bermain dengan baik tetapi nasib masih tidak menyebelahi mereka.

~YNWA~

Sunday 26 August 2012

NURI SAHIN COMPLETE,DANIEL STURRIDGE NEW TARGET

Dah sah dah,Nuri Sahin pemain terbaru ke Anfield dan berkemungkinan akan dapat bermain menentang Manchester City malam ini.Pemain yang di bawa masuk secara pinjaman daripada Real Madrid ini kemungkinan atau sah akan menyarung jersi no 4,wahhh nombor legend tuh,Hyppia.Pemain yang berusia 23 tahun ini beritahu salah satu faktor beliau ke Anfield adalah dari nasihat rakan sepasukan di Real,seorang bekas dan lagenda Liverpool iaitu Xabi Alonso.Beliau beritahu juga yang Xabi masih sayangkan Liverpool dan jika kamu ke Anfield pasti kamu akan menyukai pasukan ini dan peminat di Anfield akan sentiasa menyokong kamu di sana.
Lain pula mengenai Daniel Sturridge pemain muda Chelsea yang tidak mendapat tempat di bawah kendalian Roberto Di-Matteo.Besar kemungkinan Brendan Rodgers,akan membuat bidaan terhadap pemain ini tetapi sekiranya Andy Caroll berjaya di jual kepada kelab lain kerana dana jualan Caroll pasti dapat membantu untuk pembelian pemain ini.Bagi aku,Sturridge bukanlah penyerang yang terbaik untuk di beli,tetapi mungkin kerana taktik dan corak permainan pantas yang di serapkan oleh bos baru Liverpool sedikit sebanyak pemain ini boleh membantu berbanding Caroll tetapi Caroll masih boleh di anggap baik selepas persembahan yang bertenaga di tunjukkannya hujung musim lepas dan di EURO 2012 cuma kelembapan lariannya dan lambat dalam reaksi menjadikan salah satu faktor yang mungkin tiada dalam perancangan Rodgers.Pintu untuk jualbeli pemain bulan January ini hanya tinggal seminggu.

Friday 24 August 2012

Nuri Sahin Close To Anfield

Sebelum ini aku ada postkan yang Nuri Sahin akan bersama Arsenal tetapi berita terbaru,Nuri Sahin semakin hampir untuk bersama Liverpool dan Sahin juga akan menjalani pemeriksaan perubatan pada esok hari untuk lengkapkan perpindahan secara pinjaman setelah The Gunners telah tamatkan perbincangan untuk meminjam Sahin daripada Real Madrid.

Nuri Sahin akan di bayar sebanyak £115,000 dan jika tamat tempoh pinajaman,Real Madrid menawarkan harga untuk pembelian pemain ini sebanyak £14m.Jika Liverpool berjaya mendapakan khidmat pemain ini,maka banyaklah pilihan pemain tengah Liverpool nanti setelah Joe Allen,Oussama Assaidi berjaya di beli oleh Liverpool FC.Berkemungkinan Charlie Adam akan di jual jika harga berpatutan.

EUROPA LEAGUE PLAY-OFF 1ST LEG : HEARTS FC VS LIVERPOOL FC

Menang...!!!!Tapi bukan persembahan terbaik.Pagi tadi menyaksikan kemenangan Liverpool ke atas Hearts FC dengan keputusan 1-0.Gol telah di jaringkan sendiri oleh pemain Hearts pada babak kedua.Untuk keseluruhan perlawanan Hearts bermain lebih baik dan menarik cuma tuah tidak menyebelahi mereka dan juga kecekapan penjaga gol Liverpool Fc,Pepe Reina,yang banyak menyelamatkan pintu gol Liverpool dari di bolosi.

  Liverpool juga mempunyai beberapa peluang tetapi di sia-siakan dan peluang yang paling terbaik pada penghujung babak pertama di mana Rahim Sterling yang berjaya mencuri bola setelah pemain lawan membuat hantaran yang kurang kemas dan Sterling telah membawa secara solo sambil Borini datang membantu,sebaik tiba di depan pintu gol,Sterling membuat hantaran kepada Borini yang tidak di kawal tetapi Borini telah mengecewakan peminat Liverpool apabila percubaannya hanya singgah di tiang gol.Itulah peluang yang terbaik.

Pemain pertahanan Liverpool agak kurang memberangsangkan apabila gandingan Jamie Carragher dan Agger nampak longgar apabila bertahan.Malah pemain di bahagian tengah juga banyak melakukan kesilapan dimana gandingan Shelvey,Adam dan Spearing selalu melakukan kesilapan dan hantaran yang kurang kemas kecuali pemain sayap kanan,Henderson dan pemain sayap kiri,Rahim sterling yang banyak membuat gerakan untuk bantu Borini di bahagian serangan,lebih-lebih lagi Sterling yang kreatif dan pantas membuat gerakan serta banyak melakukan percubaan ke arah pintu gol lawan.

Liverpool menggunakan formasi 4-5-1 dan nampak kurang menjadi apabila Borini yang keseorangan di bahagian atas tidak kreatif dan tiada penyudah yang baik serta tidak boleh melakukan skil individu malah kerap terperangkap offside.Jika menggunakan 4-4-2 mungkin Borini lebih efektik untuk melakukan serangan.Keputusan ini amat bermakna lebih-lebih lagi dapat menjaringkan gol di tempat lawan untuk bekalan di bawa ke Anfield minggu hadapan.Kemenangan ini juga sedikit menebus kekecewaan minggu lalu apabila The Reds kalah pada perlawanan pertama liga kepada West Brom.













Tuesday 21 August 2012

LIVERPOOL FC : PLAYER TRANSFER NEWS

Lagi cerita tentang perpindahan pemain di LFC....

Mulakan dengan Daniel Agger di mana beliau menegaskan bersedia menandatangani kontrak baru yang cukup lumayan untuk bersama Liverpool.Pemain yang berusia 27 tahun itu menolak tawaran Manchester City walaupun Agger telah di layangkan kad merah pada perlawanan pertama BPL antara Liverpool menentang West Brom yang berkesudahan The Reds tewas.

Charlie Adam pula di maklumkan boleh meninggalkan The Reds jika mendapat tawaran lebih 5juta pound dan seorang lagi pemain The Reds,Joe Cole,turut di dalam senarai untuk di lelong.

Liverpool FC juga di maklumkan terlepas untuk meminjam pemain muda Real Madrid,Nuri Sahin,walaupun banyak tawaran yang agak lumayan di berikan sebaliknya pemain tersebut mahu bermain dengan Arsenal kerana ingin beraksi di Liga Juara-Juara Eropah.

                      ~YNWA~

Untuk Maklumat Lebih atau Cerita menarik mengenai Liverpool FC boleh la melawat blog link di bawah:

Sunday 19 August 2012

LANGKAH KIRI DI GAME PERTAMA

Permulaan yang baik tetapi dengan langkah kiri.Perlawanan antara Liverpool FC dan West Brom berakhir dengan kekalahan pertama Liverpool FC di BPL 2012/13.Pada awal permainan Liverpool bermula agak baik dan beberapa percubaan yang menarik tetapi kesudahan yang mengecewakan.

Sebelum berakhir separuh masa pertama,West Brom telah berjaya membuka jaringan dengan sepakan volley yang menarik dari luar kotak penalti.Sebaik separuh masa kedua bermula,Liverpool masih membuat pergerakan yang menarik,tetapi selepas 10 minit separuh masa kedua,West Brom di hadiahkan sepakan penalti dan The Reds di hadiahkan kad merah dan diterima oleh Agger,tetapi sepakan penalti itu berjaya di selamatkan penjaga gol,Pepe Reina.Selang 3 minit dari penalti pertama,West Brom telah berjaya mendapatkan penalti kedua dan sepakan itu berjaya mencecah ke dalam gol.

10minit kemudian West Brom berjaya mendapat satu lagi gol dan itu adalah gol terakhir perlawanan.Selepas Agger di keluarkan dan Liverpool bermain 10 orang,pergerakan Liverpool terbatas kerana kekurangan pemain.Untuk penalti pertama adalah tidak patut Agger di layangkan kad merah walaupun ada sentuhan badan tetapi ia bukan kekasaran yang patut di layangkan kad merah mahupun kad kuning.Untuk penalti kedua,langsung tiada kekasaran yang berlaku dan tidak patut di berikan sepakan penalti.

Tidak keterlaluan jika di katakan faktor kekalahan Liverpool FC di bantu oleh beberapa keputusan pengadil.Antara faktor lain adalah penyudah yang agak hambar.

Pemain Liverpool yang bagus : Gerrard,Allen,Skrtel,Suarez,Borrini
Pemain Liverpool yang tak berapa bagus : Lucas,Kelly

Saturday 18 August 2012

OUSSAMA ASSAIDI PEMAIN BARU KETIGA KE ANFIELD

Selamat datang ke Anfield....
  Itu yang harus di ucapkan kepada pemain baru Liverpool FC,Oussama Assaidi,pemain yang berasal dari Morocco.Sebelum ini,Assaidi pernah bermain dengan kelab SC Heereveen,Liga Belanda.Pemain ini berusia 24 tahun dan musim lepas telah menjaringkan 10 gol dari 19 perlawanan di Liga Eredivisie.

Oussama Assaidi
Pemain ini juga seorang pemain yang mempunyai kekuatan larian yang laju dan mungkin sesuai dengan taktik bos baru The Reds,Brendan Rodgers,yang suka membuat serangan dari tepi padang dan serang balas yang pantas.Assaidi juga dikatakan boleh meggantikan tempat Kuyt dan Maxi yang telah keluar dari Liverpool FC.

Dengan usia yang masih muda,pemain ini mampu menjadi pemain utama dalam jangka masa yang panjang.Liverpool kini lebih gemar menggunakan pemain muda yang mempunyai kualiti permainan yang bagus.

Apepon selamat datang Oussama Assaidi....
~YOU'LL NEVER WALK ALONE~

Friday 17 August 2012

SUSPEK BAKAR MAKWE DI CARI PDRM

DI CARI!!!!!!!
 Mohd Amir Bin Mohd Anuar,19, kini telah menjadi suspek utama di dalam kes bakar teman wanita Nurul Firzanah,16 tahun.Suspek di katakan telah menyimbah mangsa menggunakan petrol dan membakar mangsa sehingga menyebabkan mangsa melecur hampir 25 peratus.

Kejadian berlaku di Wangsa Maju,bapa mangsa beritahu semasa kejadian mangsa dan suspek keluar sahur bersama.

 Orang ramai yang mengenali saspek bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.







Thursday 16 August 2012

STAY AT ANFIELD FOR 4 YEARS

Sah dah,Martin Skrtel tandatangan sambung kontrak 4 tahun lagi bersama Liverpool FC.Sebelum ini Skrtel di kaitkan dengan perpindahan ke Manchester City dan Fiorentina.Harapan Mancini bos Man City untuk membeli kedua-dua pertahanan Liverpool iaitu Agger dan Skrtel terencat sedikit apabila Skrtel masih mahu bermain bersama The Reds untuk tempoh 4 tahun lagi.Cuma Agger sahaja masih tidak dapat di pastikan sama ada berpindah ke Man City atau tidak.

Martin Skrtel -37-

Harap Agger tidak berpindah dan jika Agger berpindah Liverpool harus segera mencari pengganti yang sama level dengannya.Apakah cadangan anda?Siapa yang harus di bawa masuk ke Liverpool FC untuk gantikan tempat Agger sekiranya beliau berpindah juga.Kalau Dongga pilih Matt Hummels pertahanan Borrusia Dortmund dan juga pasukan kebangsaan Germany.

CRISTIAN TELLO VS NURI SAHIN

Cristian Tello dari Barcelona dan Nuri Sahin dari Real Madrid,kedua-dua pemain muda ini hampir pasti akan ke Anfield,tetapi secara pinjaman.Kedua-dua pemain ini mempunyai kualiti permainan yang baik dan dengan faktor umur yang masih muda,tidak rugi jika dapat membeli mereka.

Nuri Sahin
Nuri Sahin sebelum ini juga di kaitkan dengan kelab Arsenal tetapi The Reds masih berusaha memujuk beliau ke Anfield.Minggu ini akan di ketahui sama ada beliau memilih Arsenal atau mendarat di Anfield.Cristian Tello pula masih di dalam perbincangan di antara wakil Liverpool dan Barcelona ini kerana beliau menegaskan mahu bermain di luar Sepanyol untuk menambahkan pengalaman.

CristianTello






Jika mereka dapat hadirkan diri ke Anfield sudah pasti Liverpool boleh bangkit semula untuk mengejar kembali tempat 4 kelab teratas di BPL.


XABI ALONSO KE ANFIELD?

Xabi Alonso bukan nama asing di Liverpool.Beliau boleh di katakan antara bakal lagenda di Liverpool FC.Tetapi sekarang beliau bermain dengan kelab gergasi Sepanyol,Real Madrid.Desas desus mengatakan yang Alonso telah menolak kontrak sambungan di Real selama 2 tahun dan dikatakan juga beliau masih meminati untuk beraksi di BPL.

Xabi Alonso Next Legend
Destinasi beliau jika kembali ke BPL?Ya sudah tentu ke Liverpool FC dan beliau mengatakan masih berminat untuk berada di Anfield semula tetapi kelab lain seperti Man United,Chelsea,Man city dan Arsenal minat untuk mendapatkan pemain tengah itu.

Kepada penyokong Liverpool,adakah anda bersetuju jika Xabi Alonso kembali ke Anfield?

#harap Xabi dapat berganding semula dengan Steven Gerrard.Gandingan yang terbaik.


~YNWA~

Tuesday 14 August 2012

JADUAL PERLAWANAN LIVERPOOL UNTUK BPL 2012/13

 Liverpool akan mulakan saingan BPL 2012/13 menentang West Brom di tempat lawan.Berikut adalah  senarai perlawanan :

AUGUST
18 West Brom (A)
25 Manchester City (H)
SEPTEMBER
1 Arsenal (H)
15 Sunderland (A)
22 Manchester United (H)
29 Norwich City (A) 
OCTOBER
6 Stoke City (H)
20 Reading (H)
27 Everton (A) 
NOVEMBER
3 Newcastle United (H)
10 Chelsea (A)
17 Wigan Athletic (H)
24 Swansea City (A)
27 Tottenham (A) 
DECEMBER
1 Southampton (H)
8 West Ham (A)
15 Aston Villa (H)
22 Fulham (H)
26 Stoke City (A)
29 QPR (A)
JANUARY 2013
1 Sunderland (H)
12 Manchester United (A)
19 Norwich City (H)
29 Arsenal (A)
FEBRUARY
2 Manchester City (A)
9 West Brom (H)
23 Swansea City (H)
MARCH
2 Wigan Athletic (A)
9 Tottenham (H)
16 Southampton (A)
30 Aston Villa (A)
APRIL
6 West Ham (H)
13 Reading (A)
20 Chelsea (H)
27 Newcastle United (A)
MAY
4 Everton (H)
12 Fulham (A)
19 QPR (H)

LEGEND NUMBER 4 IS BACK!!SAMI HYPPIA

Sami Hyppia (4)
Welcome back..!!!Selamat kembali lagenda Liverpool,Sami Hyppia,pemain pertahanan Liverpool yang sinonim dengan nombor jersi 4.Tetapi kali ini bukan bersama Liverpool tetapi menentang The Reds.Hyppia hadir semula ke Anfield adalah untuk perlawanan antara pasukan bimbingannya Bayer Leverkusen VS Liverpool FC.

Perlawanan ini adalah perlawanan persahabatan Liverpool yang terakhir dan keputusannya Liverpool telah berjaya menewaskan Leverkusen 3-1.Gol-gol The Reds di jaringkan oleh Rahim Sterling,Lucas Leiva dan Andy Caroll.

Untuk perlawanan tersebut Joe Allen masih tidak dapat beraksi.Walaupun kalah dalam perlawanan tersebut,rata-rata peminat di Anfield dan juga percaya seluruh peminat Liverpool di dunia gembira atas kepulangan sementara pemain Lagenda Liverpool itu.

Tahniah di ucapkan kepada skuad Brendan Rodgers yang sekali lagi mengukir kemenangan yang bergaya sebelum bermulanya EPL Ogos ini...

Mari saksikan Highlight perlawanan antara Liverpool FC VS Bayer Leverkusen.......

 
LIVERPOOL FC VS BAYER LEVERKUSEN
12 AUGUST 2012
3 - 1
ANFIELD,LIVERPOOL

~YNWA~


Monday 13 August 2012

4-3-3 : 2012/13 formation for LIVERPOOL FC?

  Selepas menggunakan formasi 4-3-3 semasa menentang Gomel FC,Liverpool nampak lebih selesa dengan formasi tersebut dan lebih banyak serangan yang dapat di lakukan cuma bahagian tengah sedikit goyah dan memerlukan pemain yang lebih mempunyai kualiti untuk menggantikan tempat Jonjo Shelvey yang telah di letakkan di bahagian sayap kiri.Berkemungkinan Joe Allen akan menggantikan tempat itu.

  Sebelum ini The Reds banyak menggunakan formasi 4-4-1-1 atau 4-5-1 yang telah di buktikan musim 2011/12,Liverpool sukar untuk membuat jaringan.


  Di harap untuk musim baru Liverpool akan lebih menyerlah dan menunjukkan potensi yang lebih baik berbanding 2 musim yang lepas.

~YNWA~

Sunday 12 August 2012

REPLACEMENTS FOR DANIEL AGGER??

Spekulasi tentang perpindahan pemain pertahanan Liverpool,Daniel Agger,adakah The Reds mampu mencari penggantinya?Pemain ini telah dikaitkan perpindahan ke Barcelona dan Manchester City dengan harga sekitar £20m.....tetapi adakah ia berbaloi???
Daniel Agger

Man City masih tidak berputus asa untuk membida pemain ini memandangkan pemain pertahanan mereka Kompany mengalami masalah kecederaan dan mengambil masa yang panjang untuk pulih telah menyebabkan Roberto Mancini terdesak untuk membida Agger.

Bos Liverpool FC,Brendan Rodgers memberitahu beliau mungkin tidak dapat menolak bidaan yang tinggi atau bidaan di sekitar £30m.Pemain berusia 27tahun dari Denmark itu masih menunjukkan minatnya masih untuk bersama Liverpool FC walaupun untuk berhijrah ke kelab yang lebih baik adalah sesuatu perkara yang tidak mustahil terjadi.

Agger & Skrtel : The Defenders
Jika perpindahan tersebut berlaku,kemungkinan besar Liverpool FC akan kehilangan juga Martin Skrtel.Jadi sangat sia-sia jika kedua-dua mereka yang di anggap gandingan pemain pertahanan terbaik keluar dari Liverpool dan The Reds perlu mencari pertahanan yang lebih baik atau sama level dengan mereka berdua.Jika tidak,untuk kembali ke Liga Juara-Juara Eropah tidak akan tercapai dalam masa yang terdekat.


Saturday 11 August 2012

SELAMAT DATANG JOE ALLEN. ~YNWA~

6 years Signing
Pemain midfield Swansea City,Joe Allen,22,sah di miliki oleh Liverpool FC dengan yuran perpindahan sebanyak £15m dan bergaji £15,000 seminggu dan telah mengikat kontrak selama 6 tahun bersama The Reds.Joe Allen beritahu beliau bangga dapat menyertai kelab besar seperti Liverpool FC dan menjadi satu penghormatan dapat bermain di bawah kendalian Brendan Rogers semula bos baru Liverpool FC dan juga bekas bosnya di Swansea City.

Sebelum ini Brendan Rogers beritahu tidak akan membawa mana-mana pemain dari kelab lamanya,Swansea City tetapi telah bertukar fikiran apabila Liverpool perlu memiliki pemain muda di bahagian tengah yang berkualiti seperti Joe Allen.

Joe Allen
Joe Allen adalah pemain kedua yang di masukkan dalam skuad Liverpool FC selepas Fabio Borrini.Joe Allen telah menyaksikan perlawanan Liverpool FC menentang Gomel FC di Anfield yang berkesudahan Liverpool menang 3-0.

Apakah kemasukkan Joe Allen berbaloi dengan harganya?Dapatkah beliau membantu Liverpool kembali ke tahap kualiti yang baik?Apa-apa pun selamat datang Joe Allen.


~YOU'LL NEVER WALK ALONE~


CRAIG BELLAMY KEMBALI!!

SUPERB CRAIG BELLAMY

Craig Bellamy telah kembali!!!Beliau telah bersama Cardiff City selepas menandatangani kontrak bersama Cardiff selama 2 tahun dan perpindahan secara percuma daripada Liverpool FC.Beliau sememangnya mahu berpindah ke Cardiff kerana mahu tinggal berdekatan dengan keluargannya.Pemain berusia 33 tahun itu telah bermain sebanyak 425 perlawanan dan 169 jaringan sepanjang kariernya dalam dunia bola sepak.

BELLAMY STAY ON 39
 Bellamy akan tetap menggunakan no jersi 39 seperti di Liverpool.Beliau adalah seorang pemain yang bagus dan mempunyai kekuatan fizikal yang mantap.Bellamy juga telah membantu Liverpool menjuarai Carling Cup 2011/12 dan lawannya waktu itu adalah pasukan yang baru beliau sertai sekarang iaitu Cardiff City atau lebih dikenali Bluebirds.Semasa bersama The Kops,beliau telah membuat 33 penampilan dan 9 jaringan.Bellamy juga pernah memberi nasihat dan pujian kepada pemain muda Malaysia iaitu Nazmi Faiz.

Seluruh peminat Liverpool FC akan merasai kehilangan seorang pemain yang mempunyai kualiti yang tinggi.


Friday 10 August 2012

UPDATE : EUROPA LEAGUE 2nd LEG : Liverpool FC vs Gomel FC (FULL HIGHLIGHT)

Full Highlight from Anfield.....



YOU'LL NEVER WALK ALONE
YNWA

EUROPA LEAGUE 2nd LEG : Liverpool FC vs Gomel FC



Brendan Rogers
Permulaan yang menakjubkan buat Liverpool dan kemenangan yang kedua untuk Brendan Rogers setelah mengambi alih tugas pengurus dari lagenda The Reds..Kenny Daglish...The Reds berjaya menjinakkan Gomel FC di Anfield dengan keputusan 3-0.Gol-gol telah di jaringkan oleh Fabio Borrini-21m,Gerrard-41m,Johnson-71m...



Fabio Borrini telah meletakkan Liverpool di hadapan dengan gol pertamanya di Anfield...gol pertama untuk Liverpool dan gol pertama perlawanan......Stevie G menjaringkan gol kedua buat Liverpool dan membuktikan dirinya masih berbisa..Glen Johnson menghasilkan gol 3 dengan melakukan volley yang menarik dari luar kotak penalti untuk Liverpool di depan dengan 3-0....

Sebelum ini Liverpool telah menewaskan Gomel FC 1-0 yang mana Stewart Downing yang menjaringkan gol pada 1st leg...

Untuk keseluruhan Liverpool telah mendominasi perlawanan dan Suarez boleh di beri penghormatan sebagai pemain terbaik perlawanan.....

 LIVERPOOL STARTING : Pepe Reina-25,Martin Skrtel-37(Jamie Carragher-23),Agger-5,Johnson-2,Jose Enrique-3,Gerrard-8,Lucas-21(Spearing-20),Downing-19,Shelvey-33(Charlie Adam-26),Borini(29),Luiz Suarez(7)

Tahniah Liverpool.....YNWA

1st goal from Fabio Borrini
2nd goal from Steven Gerrard
  




3rd goal from Johnson


OLIMPIK 2012 : GANGSA PULAK!!

Yeahhh...tahniah kepada penerjun negara,Pandalela Rinong kerana berjaya membawa pulang pingat gangsa dalam acara women 10m platform...beliau bangkit selepas mendapat markah terendah pada terjunan pertama.....
Pandalela Rinong

Tidak keterlaluan jika Pandalela di nobatkan ratu terjun negara kerana berjaya menghasilkan sesuatu yang amat bermakna buat kontinjen negara walaupun ia hanya sekadar pingat gangsa....dan tetap mengibarkan jalur gemilang...!!!

Malaysia sudah memiliki 1 perak dan 1 gangsa......





Tidak mustahil 4 tahun lagi di Brazil...Pandalela Rinong boleh memiliki emas pertama dalam sejarah olimpik negara dan pertama buat dirinya juga....

Kami rakyat Malaysia mengucapkan tahniah dan syabas kepada wira dan wirawati negara yang telah menghasilkan sesuatu yang bermakna buat negara......Tahniah sekali lagi...


Datuk Lee Chong Wei yang punya
Pandalela Rinong yang punya