Pages

LFC

LFC

Monday 3 September 2012

KEGAGALAN PEMAIN BERAKSI BAIK ATAU KESALAHAN OLEH PENGURUS DALAM PEMILIHAN PEMAIN DAN FORMASI?


Dimanakah silapnya???Liverpool telah tewas kali kedua dalam saingan liga dan hanya mengutip 1 mata selepas 3 perlawanan liga.Apakah kegagalan pemain bermain dengan baik atau kesilapan pengurus memilih pemain dan formasi menjadi punya kekalahan Liverpool ke atas Arsenal yang berkesudahan 0-2.

Pada pendapat aku,pemilihan pemain dan formasi yang di gunakan adalah perkara yang betul di mana keseluruhan pemain adalah pemain yang berkualiti tetapi ketumpulan penyudah dan kelonggaran barisan pertahanan nampaknya menjadi punca kekalahan termasuk juga keupayaan Pepe Reina menjaga gawang gol terus di pertikaikan oleh pihak tertentu.Kita boleh lihat betapa longgarnya pertahanan yang di kemudi oleh 4 bintang Liverpool iaitu Agger,Skrtel,Johnson,Enrique yang membuat kesilapan sehingga Arsenal berjaya menjaringkan 2 gol.Bagaimana Johnson boleh membiarkan Podolski berlari dari tengah tanpa apa-apa asakan walaupun beliau boleh memintas lebih awal,Sktel membiarkan Cazorla menyusup masuk untuk gol kedua.

Fabio Borini dan Luis Suarez yang kurang memberi impak.Suarez juga kerap mahu membuat larian solo tetapi selalu gagal melepasi pertahanan Arsenal.Hantaran-hantaran daripada pemain Liverpool juga tidak tepat ke sasaran.Nuri Sahin yang di turunkan juga gagal membantu walaupun bermain baik,Joe Allen dan Rahim Sterling masih bermain dengan baik.Kemasukan Shelvey baru nampak percubaan2 jarak jauh yang berbahaya.Hilangnya percubaan jarak jauh dari pemain Liverpool walhal dulu kebanyakan pasukan gerun dengan The Reds kerana percubaan dari jarak jauh yang bahaya.

Adakalanya keputusan pengadil juga di pertikaikan tetapi itu bukan alasan kerana peluang yang terhidang di sia-siakan dan kelonggaran bahagian pertahanan terlalu nampak.

2 comments:

  1. ada juga silap dari pemilihan pemain....tp bukan masa lawa arsenal...masa lawan hearts...banyak pemain utama di masukkan dan menyebabkan masa lawan arsenal jadi penat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ya juga....tetapi ia lebih kepada skill individu itu sendiri..malah banyak gerakan yang di lakukan mudh di baca oleh pihak lawan

      Delete