Pages

LFC

LFC

Friday 30 November 2012

EPL : TOTTENHAM 2-1 LIVERPOOL

   Liverpool telah berkunjung ke Tottenham Hospur untuk mengutip 3 mata penuh tidak kesampaian selepas tewas 2-1 kepada tuan rumah.Liverpool telah ketinggalan 2-0 dalam masa 16 minit.Malah dalam perlawanan ini yang menariknya 3 gol pada perlawanan ini berpunca dari 2 pemain tuan rumah iaitu Bale dan Lennon.

   Sekitar minit ke 7,tuan rumah telah membuka jaringan selepas gerakan solo Bale yang menewaskan beberapa pemain Liverpool telah mudah membuat hantaran lintang dan di sudahkan dengan baik oleh Lennon yang tidak di kawal.Dalam 10minit kemudian,Bale sekali lagi menjadi watak penting apabila berjaya menambah duka pelawat dengan jaringan sepakan percumanya yang cantik sehingga mengelirukan Reina yang langsung tidak dapat mengagak kemana bola itu akan pergi.

   Selepas tersentak dengan 2jaringan awal tuan rumah,The Reds mengatur langkah dan membuat serangan demi serangan dan banyak peluang yang di cipta tetapi masih gagal menembusi gawang tuan rumah yang di kawal oleh Lloris.Sehingga pertengahan separuh masa kedua Liverpool berjaya mendapatkan jaringan tetapi dari kesilapan Lennon yang ingin membuang jauh bola dari kawasan gol sehingga bola itu terus ke muka Bale dan terus masuk ke dalam gawang sendiri.

   The Reds cuba cari gol penyamaan tetapi tetap gagal menewaskan kawalan dari Hugo Lloris.Sehingga wisel penamat,Liverpool masih tidak mampu menamatkan badi kekalahan kepada Tottenham Hospur.Reina pada perlawanan ini nampak terlalu goyah dan jika ia berterusan berkemungkinan boleh di jual pada musim perpindahan bulan Januari ini.

Thursday 29 November 2012

PIALA AFF 2012 : HARIMAU MALAYA MASIH BERTARING


 Tahniah Harimau Malaya kerana berjaya mengukir kemenangan dan mengembalikan kepercayaan peminat.Malaysia berjaya membelasah Laos pada perlawanan kedua Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil,dengan keputusan 4-1.

   Terdahulu pasukan bimbingan Rajagopal telah di tewaskan oleh pasukan Singapura,0-3,dan kerana itu ramai peminat bolasepak tanah air yang marah atas kekalahan yang mudah ke atas negara jiran.Hari ini,para pemain berhempas pulas untuk memastikan kemenangan dan mengembalikan kepercayaan para peminat di seluruh Malaysia.

   Pada perlawanan malam tadi,Safiq Rahim membuka jaringan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti tetapi beliau telah melakukan kesilapan mengakibatkan Laos berjaya menyamakan kedudukan dan keputusan 1-1 berakhir sehingga tamat separuh masa pertama.

   Bermula separuh masa kedua,pemain negara banyak mengatur serangan demi serangan dan beberapa peluang di sia-siakan sehingga Safee Sali berjaya menghasilkan gol kedua buat pasukan negara selepas berjaya menyudahkan hantaran lintang dari Wan Zack Haikal.Kemudian Wan Zack Haikal dan pemain gantian Khyril Muhymeen menggandakan lagi jumlah jaringan untuk memastikan kemenangan besar buat pasukan Harimau Malaya.

   Penjaga Gol nombor 1 negara tidak diturunkan pada perlawanan ini dan digantikan oleh Farizal Marlias yang beraksi cemerlang pada malam tadi.Pada pendapat aku,Khairul Fahmi atau Apek sudah tidak relevan dan tidak mampu menggalas tanggungjawab sebaik mungkin.Selepas perlawanan persahabatan antara Malaysia VS Chelsea suatu ketika dahulu,aku tertarik dengan kebolehan Farizal Marlias yang lebih tangkas dan berkualiti berbanding Apek,malah dari segi disiplin,Apek nampak kurang berdisiplin.Tidak kira kita bagus macamana,jika disiplin diri walaupun di luar padang tidak dapat di jaga,sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi.

   Harap-harap perlawanan terakhir menentang Indonesia,Malaysia akan kekal momentum prestasi seperti di tunjukkan pada malam tadi.


Friday 23 November 2012

UEFA EUROPA LEAGUE : LIVERPOOL 2-2 BSC YOUNG BOYS


 Liverpool FC menerima kunjungan dari Young Boys untuk saingan peringkat kumpulan Uefa Europa League.Liverpool menurunkan hampir keseluruhan pemain simpanan untuk saingan ini dan di ketuai oleh Carragher.Liverpool juga tidak menurunkan penyerang dan bahagian serangan diketuai oleh Shelvey serta di bantu oleh Oussama Assaidi dan Joe Cole.

  Selepas sepak mula separuh masa pertama,YB terlebih dahulu melakukan serangan tetapi gagal menjaringkan gol.YB juga lebih banyak melakukan gerakan serangan daripada Liverpool untuk 20minit pertama perlawanan.Sepatutnya Liverpool boleh di depan lebih awal tetapi Jordan Henderson mensia-siakan peluang yang ada.Minit ke 30,Andre Wisdom dikeluarkan akibat keederaan dan di gantikan oleh Steven Gerrard.Lilitan kapten juga bertukar tangan dari Carragher kepada Gerrard.Sekitar minit ke-33,gerakan menarik dari Joe Cole dan Suso menghasilkan gol apabila bola hantaran Cole dapat di sambut baik oleh Shelvey dan dengan mudah beliau menanduk masuk bola ke gawang.Selepas gol tersebut Liverpool banyak sia-siakan peluang untuk menjaringkan gol.

  Selepas 51minit sepak mula separuh masa kedua,YB dapat menjaringkan gol di mana kesilapan Henderson tidak mengawal pemain YB yang keseorangan.Luis Suarez di masukkan dan menggantikan Suso dan hasilnya Liverpool berjaya di hadapan sekali lagi selepas Joe Cole menjaringkan gol ekoran daripada gerakan dari Gerrard dan Suarez.Liverpool terus menyerang dan akibatnya mereka lalai dan membiarkan pemain YB menjaringkan gol cantik dari luar kotak penalti untuk menewaskan Reina.Kemasukkan Rahim Sterling yang menggantikan Joe Cole selepas Cole menjaringkan gol masih tidak mampu membantu.

  Sehingga tamat permainan,Liverpool hanya mampu mencatatkan keputusan seri dengan Young Boys,2-2.

Pemain Liverpool Yang Best :
-Joe Cole,Shelvey,Suso,Assaidi,Skrtel,Downing,Gerrard

Pemain Liverpool Yang Biasa Aje :
-Sterling,Reina,Suarez,Carragher,Wisdom,Sahin

Pemain Liverpool Yang Tak Best :
-Henderson

Sunday 18 November 2012

BPL : LIVERPOOL 3 - 0 WIGAN


 Tahniah buat Liverpool kerana berjaya menundukkan Wigan di Anfield 3-0 hasil 2 jaringan dari Suarez dan 1 dari Enrique.Liverpool telah memulakan aksi dengan begitu garang cuma sesekali pasukan pelawat berjaya membolosi kubu pertahanan yang di ketuai oleh Agger.

   Pepe Reina juga kembali beraksi selepas beberapa perlawanan di ketepikan akibat mengalami kecederaan.Pada separuh masa pertama kedudukan masih seri tanpa jaringan dan percubaan terbaik adalah daripada Suso yang merembat padu tepat kepada penjaga gol pelawat.

   Hanya perlu 2 minit selepas separuh masa kedua bermula,Suarez berjaya meledakkan gol hasil hantaran daripada Sterling.Selang 10 minit kemudian,Suarez sekali lagi menambahkan koleksi golnya selepas menerima lorongan bola yang cantik dari Enrique dan Suarez dengan mudah menewaskan Al-Habsi.Pada minit ke 66,Enrique pula menjaringkan gol selepas berjaya mencuri bola muntah hasil percubaan Sterling yang telah di tepis oleh Habsi tetapi Enrique berjaya menyambutnya dan meledakkan gol kemenangan Liverpool.

   Boleh di katakan semua bermain baik pada malam tadi.Minta-minta lepas ni,kemenangan akan berterusan.
~YOU'LL NEVER WALK ALONE~

Tuesday 13 November 2012

LIVERPOOL FC : FORMASI ATAU PEMILIHAN PEMAIN?


  Bagi peminat Liverpool,mungkin ada sedikit kekecewaan dengan apa yang di persembahkan pada perlawanan menentang Chelsea.Apakah kesilapan pemilihan pemain serta formasi yang di gunakan tidak sepatutnya di praktikkan?

  Lihat pada pemilihan pemain,mungkin menentang kelab besar seperti Chelsea,Brendan Rodgers(BR) tidak sepatutnya menggunakan Wisdom.Lihat saja pada persembahannya,langsung tidak terdaya untuk memberi saingan dan kerap melakukan beberapa kesilapan.Kemasukkan Carragher juga mungkin boleh di pertimbangkan,lebih baik gunakan Coates walaupun Carragher telah menjadi Assist untuk gol penyamaan,tetapi itu bukanlah bermakna beliau bermain baik.Dari segi pemilihan ini tidaklah membimbangkan kerana pemilihan pemain lain masih baik.

  Formasi yang di gunakan pada tempoh hari juga sangat mengejutkan kepada peminat malah pemain sendiri tampak tidak selesa dengan formasi yang di gunakan,3-5-2,satu formasi yang sangat berisiko.Sebelum ini BR selalu menggunakan 4-3-3,pemain telah memberi aksi yang terbaik cuma penyudah masih tumpul,tetapi pada perlawanan menentang Chelsea,nampak bahagian tengah kucar-kacir dan pertahanan sangat goyah terutama pada separuh masa pertama.Walaupun formasi 4-3-3 yang selalu di gunakan menarik,tetapi apabila kena serangan balas,selalunya hanya tinggal 3 pemain di bahagian bawah.Lihat pada perlawanan menentang Arsenal bagaimana goyahnya pertahanan apabila di serang balas kerana bek kanan dan bek kiri telah meninggalkan posisi masing-masing dan hanya tinggal Allen,Skrtel dan Agger untuk mengawal.

  Pada pendapat aku,lebih baik gunakan posisi 4-4-2 atau 4-1-3-2,sekurang-kurangnya 5 pemain masih boleh mengawal bahagian pertahanan dan 5 pemain lagi masih boleh dalam keadaan menyerang.
Contoh Formasi 4-1-3-2

Reina
Johnson Skrtel Agger Enrique
Allen
Sahin Gerrard Downing
Suarez Sterling

  BR suka membuat serangan dari tepi jadi apabila Sahin dan Downing sudah menyerang dari kiri dan kanan dan Gerrard membantu Suarez dan Sterling,posisi mereka boleh di gantikan oleh Johnson,Allen dan Enrique.Jika kena serang balas,mereka masih sempat untuk mengawal bahagian bawah.Dengan adanya 5 orang lagi,agak sukar bagi pihak lawan untuk menyerang dengan pantas.

  Tetapi ini hanya pada pendapat aku,masing-masing sebagai peminat mahukan sesuatu yang lebih baik selepas beberapa perlawanan yang di tunjukkan.Memang betul Liverpool perlu seorang lagi penyerang yang berkualiti tetapi adanya penyerang sekarang,masih boleh di katakan baik dari segi corak permainan cuma janganlah terlalu bermain skil,itu juga antara punca kehilangan bola dan sukar untuk menjaringkan gol.

  Apa-apa pun....... ~YNWA~

Monday 12 November 2012

STAMFORD BRIDGE : CHELSEA 1-1 LIVERPOOL


Liverpool bertandang ke Stamford Bridge pada perlawanan liga dan hanya mampu mencatatkan keputusan seri.Gol pembukaan daripada John Terry dan Liverpool telah menyamakan kedudukan menerusi penyerang sensasi,Luis Suarez.

  Separuh masa pertama sehingga lebihkurang minit ke 65,Chelsea menguasai perlawanan.Banyak peluang yang terhidang.Pemain-pemain Liverpool seperti tidak bermaya dan juga seperti hilang arah apabila BR menggunakan formasi 3-5-2.Percubaan demi percubaan di lakukan dan akhirnya John Terry berjaya menanduk masuk bola hasil dari sepakan sudut oleh Juan Mata.Kesilapan adalah berpunca dari Agger yang gagal mengawal dan membiarkan Terry keseorangan untuk melakukan tandukan menewaskan Jones.Chelsea terus menyerang tetapi gagal menjaringkan gol.Kecekapan penjaga gol Liverpool juga harus di puji kerana banyak bola yang bahaya telah di selamatkan olehnya.

  Liverpool terus beraksi sangat hambar sehinggalah Suso di masukkan dan perubahan corak permainan lebih baik sehinggakan Liverpool berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan sudut oleh Suso yang berjaya di sambut oleh Carragher dan di sudahkan oleh Luis Suarez.Jose Enrique telah di namakan pemain terbaik perlawanan dan ya...saya setuju.Lihat saja pada persembahannya yang mantap dan kawalan bola yang baik.Apepon tahniah buat Liverpool dan tahniah pada Howard Webb sehingga berjaya menjadi defend terbaik,2 kali bola hantaran dari Liverpool berjaya dipatahkan olehnya dan menghalang Ramirez daripada membuat larian...hahahaha.... ~ YNWA~

Pemain Liverpool yang best :
-Enrique,Suarez,Gerrard,Jones

Pemain Liverpool yang biasa2 aje :
-Carragher,Agger,Allen,Sahin,Suso,Johnson,Sterling

Pemain Liverpool yang langsung tak best :
-Wisdom

Monday 5 November 2012

LIVERPOOL 1 - 1 NEWCASTLE


Liverpool VS Newcastle
 Newastle United berkunjung ke Anfield untuk mencari kemenangan pertama mereka ke atas Liverpool di Anfield sejak kali terakhir pada tahun 1994,itu adalah tempoh yang cukup lama tetapi mereka tetap tidak dapat membawa pulang mata penuh hanya berpuas hati dengan satu mata.Perlawanan ini adalah perlawanan yang ke-600 yang di sertai Steven Gerrard untuk Liverpool FC

Steven Gerrard 600 Penampilan
Boot Khas Untuk Steven Gerrard
Separuh masa petama dilihat Liverpool banyak menguasai permainan dan sering melakukan beberapa percubaan tetapi kebanyakkan tesasar dan sesekali di selamatkan oleh panjaga gol Newcastle,Krul.Ketika perlawanan separuh masa pertama hendak tamat,kebanyakkan pemain Liverpool nampak agak keletihan dan longgar di bahagian tengah dan pertahanan dan itu telah mengakibatkan mereka ketinggalan pada minit ke-43 apabila Cabaye bijak merembat bola terus menewaskan penjaga gol,Brad Jones,ia juga hasil gerakan menarik dari Ben Arfa yang bijak menghantar kepada Cabaye.

Separuh masa kedua bermula,kedua-dua pasukan membuat serangan dan beberapa percubaan yang dapat di hasilkan dan akhirnya pada minit ke-67,Luis Suarez yang mendapat bola dari hantaran jauh oleh Enrique telah berjaya menyamakan kedudukan dengan kawalan bola yang baik untuk menewaskan Coloccini dan Krul.Pengadil yang sangat baik hati malam ini tidak mengeluarkan sebarang kad kepada kedua-dua pasukan tetapi akhirnya kad merah terus di layangkan dan di hadiahkan kepada Coloccini pada minit ke-83 kerana membuat kekasaran yang sangat kasar kepada Suarez serta kad kuning pada lewat permainan kepada Santon.Banyak peluang gol yang terhidang terutama selepas gol penyamaan,Suarez yang membuat serangan dan menghantar kepada Shelvey tetapi gagal di sempurnakan oleh Shelvey.

Keputusan akhir Liverpool 1-1 Newcastle.

                                                     LIVERPOOL                   NEWCASTLE
 JARINGAN                 :               1                                         1
 PERCUBAAN TEPAT :              12                                        3
    PENGUASAAN          :              60%                                   40%
KAD KUNING           :               0                                         1
KAD MERAH             :               0                                         1

Keseluruhan permainan Liverpool amat baik cuma di cemari beberapa gerakan yang tidak patut di lakukan dan pemain yang kurang menyerlah.

Pemain Liverpool yang baik :
-Suarez,Gerrard,Suso,Enrique,Skrtel,Agger,Jones,Allen,

Pemain Liverpool yang biasa-biasa je :
-Sterling,Sahin,Downing,Shelvey

Pemain Liverpool yang tidak memberangsangkan :
-Wisdom
 HERO THE REDS


~YNWA~