Pages

LFC

LFC

Thursday 29 November 2012

PIALA AFF 2012 : HARIMAU MALAYA MASIH BERTARING


 Tahniah Harimau Malaya kerana berjaya mengukir kemenangan dan mengembalikan kepercayaan peminat.Malaysia berjaya membelasah Laos pada perlawanan kedua Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil,dengan keputusan 4-1.

   Terdahulu pasukan bimbingan Rajagopal telah di tewaskan oleh pasukan Singapura,0-3,dan kerana itu ramai peminat bolasepak tanah air yang marah atas kekalahan yang mudah ke atas negara jiran.Hari ini,para pemain berhempas pulas untuk memastikan kemenangan dan mengembalikan kepercayaan para peminat di seluruh Malaysia.

   Pada perlawanan malam tadi,Safiq Rahim membuka jaringan menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti tetapi beliau telah melakukan kesilapan mengakibatkan Laos berjaya menyamakan kedudukan dan keputusan 1-1 berakhir sehingga tamat separuh masa pertama.

   Bermula separuh masa kedua,pemain negara banyak mengatur serangan demi serangan dan beberapa peluang di sia-siakan sehingga Safee Sali berjaya menghasilkan gol kedua buat pasukan negara selepas berjaya menyudahkan hantaran lintang dari Wan Zack Haikal.Kemudian Wan Zack Haikal dan pemain gantian Khyril Muhymeen menggandakan lagi jumlah jaringan untuk memastikan kemenangan besar buat pasukan Harimau Malaya.

   Penjaga Gol nombor 1 negara tidak diturunkan pada perlawanan ini dan digantikan oleh Farizal Marlias yang beraksi cemerlang pada malam tadi.Pada pendapat aku,Khairul Fahmi atau Apek sudah tidak relevan dan tidak mampu menggalas tanggungjawab sebaik mungkin.Selepas perlawanan persahabatan antara Malaysia VS Chelsea suatu ketika dahulu,aku tertarik dengan kebolehan Farizal Marlias yang lebih tangkas dan berkualiti berbanding Apek,malah dari segi disiplin,Apek nampak kurang berdisiplin.Tidak kira kita bagus macamana,jika disiplin diri walaupun di luar padang tidak dapat di jaga,sedikit sebanyak akan mengganggu prestasi.

   Harap-harap perlawanan terakhir menentang Indonesia,Malaysia akan kekal momentum prestasi seperti di tunjukkan pada malam tadi.


No comments:

Post a Comment