Pages

LFC

LFC

Thursday 31 January 2013

BPL : ARSENAL 2 VS 2 LIVERPOOL


   Liverpool yang bertandang ke Stadium Emirates ingin memastikan 3 mata penuh di capai selepas di kalahkan oleh kelab kerdil Oldham dalam saingan Piala FA.

1st HALF :
   Bermula dari tiupan wisel dari pengadil perlawanan,Kevin Friend,kedua-dua pasukan bermain secara pantas dan Liverpool telah mendapat gol seawal minit ke-5 hasil jaringan Suarez selepas keadaan kucar-kacir di hadapan gol Arsenal dan Suarez bijak menghasilkan gol apabila bola tolakan dari Henderson tepat kepadanya.Selang seminit,Walcott hampir menyamakan kedudukan tetapi Reina pantas menafikan rembatan dari pemain sayap Arsenal itu.Kedua-dua pasukan bermain pantas dan saling membuat serangan dan percubaan tetapi tiada penambahan gol sehingga wisel tamat separuh masa pertama.

2nd HALF :
   Arsenal nampak lebih menyerlah pada separuh masa kedua dengan menguasai permainan dan banyak melakukan serangan tetapi pada minit ke-60,Jordan Henderson telah menewaskan 5 pemain Arsenal untuk menjaringkan gol kedua untuk Liverpool.Selang 4 minit kemudian,Giroud berjaya menjaringkan gol buat Arsenal untuk merapatkan jurang jaringan setelah berjaya menanduk masuk bola dari sepakan percuma dari Wilshere.Arsenal hanya memerlukan 2 minit kemudian untuk menyamakan kedudukan dan kali ini giliran Theo Walcott menjaringkan gol setelah rembatan leret yang laju telah menewaskan Reina.Pada minit akhir perlawanan,Suarez mempunyai peluang untuk menjaringkan gol kemenangan tetapi rembatannya telah di halang oleh penjaga gol Arsenal.Tamat perlawanan Arsenal dan Liverpool hanya mampu berkongsi 1 mata.

KESELURUHAN :
-Roberto Mancini di lihat skodeng perlawanan ini.Berkemungkinan persiapan awal untuk Manchester City yang akan menentang Liverpool selepas ini.
-Prestasi Lucas tidak seperti yang di harapkan.Rindu pada Xabi Alonso dan Mascherano yang jauh lebih baik.
-Wisdom tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan walaupun kerap diturunkan.
-Suarez dan Reina menjadi pilihan untuk pasukan Liverpool.
-Podolski dan Walcott menjadi pilihan untuk pasukan Arsenal.
-Taktik Brendan Rodgers nampak menjadi tetapi di bahagian serangan kurang menyerlah kerana Sturridge hanya berseorangan sahaja di bahagian atas.
-Henderson bermain baik tetapi kurang persefahaman antara pemain lain,mungkin beliau patut kerap di turunkan.
-Serangan balas Liverpool kurang membahayakan keadaan berbanding Arsenal.
-Seperti telah berpuas hati dengan 2 gol awal,Liverpool ingin memperlahankan rentak permainan tetapi telah di kejutkan dengan 2 gol pantas Arsenal.
-Jika di lihat pada perlawanan ini,Liverpool bukan lemah di bahagian serangan tetapi di bahagian tengah yang longgar.

BARISAN PEMAIN LIVERPOOL :
#25-REINA,23-CARRAGHER,5-AGGER,47-WISDOM,2-JOHNSON,21-LUCAS,19-DOWNING,14-HENDERSON,8-GERRARD,7-SUAREZ,15-STURRIDGE(70m=3-ENRIQUE)

No comments:

Post a Comment