Pages

LFC

LFC

Monday 14 January 2013

BPL : MANCHESTER UNITED 2-1 LIVERPOOL FC


Sorry lama tak update Blog sebab busy dengan pindah rumah.
 
   Jangan salahkan reff,jangan salahkan penonton sebab "boo" Suarez kerana kalah di Old Trafford sebentar tadi.Salahkan corak permainan dan pemilihan pemain.Bukan seperti tetapi memang bermain cara lama yang mana sentiasa kalah walaupun berlawan dengan pasukan yang tidak terlalu hebat.

1st Half :
    Dari mula permainan,corak bermain yang hambar,sentiasa melakukan kesilapan,banyak bermain di kawasan sendiri sehingga beberapakali membahayakan pintu gol sendiri.Cukup benci bila lihat banyak pass di bawah dan pass pada Reina.Kebanyakkan apabila menang dalam perlawanan,corak permainan seperti itu tidak wujud.Terus menerus untuk menyerang.Bukan kerana lawan kurang kuat tetapi banyak memberi tekanan pada pihak lawan.Joe Allen dan Wisdom juga tidak patut di beri peluang dalam perlawanan besar seperti tadi kerana kerap melakukan kesilapan dan tidak mampu mengawal posisi dengan baik.Untuk gol pertama kenapa Wisdom mengecilkan kawasan sendiri sehingga menyebabkan Evra mampu melakukan hantaran lintang dan tepat kepada Van Persie untuk gol pertama United.Kekal sehingga tamat separuh masa pertama Man United mendahului perlawanan.

2nd Half :
   Tuan rumah terus menerus memberikan tekanan kepada Liverpool dan berjaya menjaringkan gol kedua setelah Van Persie bijak membuat set piece ketika tendangan percuma dan Evra berjaya menanduk tetapi terkena kepala Vidic dan bola terus masuk menewaskan Reina.Tidak lama kemudian Sturridge,pemain gantian berjaya merapatkan jurang gol selepas membuat tindakan susulan setelah De Gea menepis bola hasil percubaan Gerrard.Kemasukkan Sturridge yang menggantikan Lucas telah memberi impak yang besar dan banyak percubaan-percubaan yang bahaya telah di hasilkan.Borini juga telah di masukkan menggantikan tempat Sterling setelah berehat panjang.Kemasukkannya tidaklah memberi perubahan yang besar tetapi cara beliau bermain adalah bertenaga.Suarez juga telah bersungguh-sungguh untuk mencari gol tetapi kurang persefahaman menjadi punca beliau gagal menjaringkan gol.Sehingga tamat permainan Liverpool telah tewas buat kali kedua untuk musim ini kepada Manchester United.

                                                                                                                                                                    

   Liverpool harus menukarkan taktik dan formasi jika hendak mengejar kedudukan 4 terbaik.Permaianan yang terlalu berhati-hati telah memakan diri sendiri.Lihat saja selepas mendapat gol dari Sturridge,Liverpool banyak menguasai perlawanan dan telah memberi tekanan kepada tuan rumah.Apapon YNWA.


No comments:

Post a Comment