Pages

LFC

LFC

Tuesday 15 January 2013

LIGA SUPER 2013 : KELANTAN 1-1 DARUL TAKZIM FC

 
    Darul Takzim FC bertandang ke Kelantan untuk mengutip 3 mata penuh selepas menang sekali dan tewas sekali pada 2 perlawanan awal dalam saingan Liga Super 2013.Kelantan juga turut mahu 3 mata penuh dan keputusan yang sama telah di catatkan oleh pasukan Kelantan.
1st HALF :
   Kedua-dua pasukan bermula agak garang apabila saling membalas serangan awal dan Darul Takzim(DT) telah menguasai perlawanan dalam 5 minit permainan bermula.Tetapi selepas itu setiap hantaran DT tidak menepati sasaran dan ini menyebabkan Kelantan mengambil peluang untuk buat serangan balas dan terus menerus memberi tekanan dan telah membuahkan hasil apabila Nurfarhan yang membawa bola dari tengah telah melepaskan rembatan padu dari jarak kira-kira 35meter telah menewaskan penjaga gol pasukan pelawat.Pasukan DT juga sesekali membuat percubaan dan yang paling menarik ialah percubaan akrobatik dari Safee Sali tetapi dapat di tepis oleh Khairul Fahmi.Kecekapan penjaga gol Malaysia itu juga telah banyak menafikan percubaan-percubaan dari pemain DT.Sehingga tamat separuh masa pertama Kelantan telah mendahului pasukan pelawat dengan jaringan 1-0.

2nd HALF :
   Dalam babak ini,Kelantan di lihat bermula agak pelahan tetapi pemain gantian DT,Daniel Guiza,telah mengejutkan tuan rumah selepas menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan percuma dari jarak jauh yang telah menewaskan penjaga gol Kelantan.Selepas itu Kelantan seperti tertekan dan membuat asakan untuk mencari gol kemenangan tetapi kecekapan penjaga gol pelawat banyak menafikan setiap percubaan yang di pamerkan.Tamat perlawanan Kelantan 1-1 Darul Takzim FC

KESELURUHAN :
-Del Neiro terpaksa di keluarkan kerana kecederaan dan di gantikan oleh Zaquan Adha.Beliau mempamerkan mutu permainan yang berkualiti tetapi terpaksa di keluarkan pada babak pertama.
-Awe juga telah menunjukkan corak permainan yang baik walaupun terpaksa berdepan dengan kelab lamanya dan penyokong setia TRW.Di gantikan oleh Guiza pada babak kedua.
-Kapten Darul Takzim FC,Safiq Rahim tidak begitu menyengat dan hilang tumpuan.
-Bahagian tengah Darul Takzim tidak berfungsi baik menyebabkan banyak hantaran-hantaran dari pemain pertahanan terus ke bahagian serangan.
-Kelantan bakal berdepan hukuman lagi selepas penyokong mereka telah melemparkan Flares ke dalam padang dan menyebabkan perlawanan terhenti seketika.
-Pada tamat permainan,pemain-pemain Kelantan seperti tidak dapat menerima keputusan seri selepas tidak bersetuju dengan keputusan pengadil yang meniupkan wisel penamat awal dari masa tambahan 4 minit walaupun hanya tinggal 8 saat.
-Dalam perlawanan ini,dapat saksikan hujan botol dari penyokong-penyokong yang hadir di stadium.

No comments:

Post a Comment