Pages

LFC

LFC

Tuesday 22 January 2013

LIGA SUPER 2013 : PKNS FC 1-3 JOHOR DARUL TAKZIM FC

    Johor Darul Takzim FC (JDT) yang bertandang ke Stadium Shah Alam,Selangor,untuk mengharungi pasukan PKNS telah memastikan 3 mata penuh di bawa balik ke selatan tanah air.Gol-gol untuk pasukan JDT di hasilkan oleh Safee Sali pada minit ke-19,Ahmad Ezrie minit ke-61 dan penyerang import sensasi pasukan JDT,Daniel Guiza pada minit ke-87.

   Lain-lain perlawanan telah menyaksikan Lions XII telah di tewaskan oleh pasukan T-Team Titans(0-1),Kelantan sekadar seri di tempat sendiri dengan Negeri Sembilan(0-0),ATM menewaskan Felda United(2-0),Pahang mengekalkan penguasaannya dalam Liga Super selepas menewaskan Terengganu(3-0) dan Perak hanya sekadar seri di Ipoh dengan Selangor(1-1).

   Johor Darul Takzim telah mencatatkan setakat ini 2 kemenangan,2 seri dan 1 kalah untuk mengutip 8 mata ketinggalan 4 mata di belakang pendahulu Liga,Pahang,dan hanya sekadar menghuni tangga kelima Liga.



~LUASKAN KUASA MU~
"SESAH JOHOR SESAH"

No comments:

Post a Comment