Pages

LFC

LFC

Monday 4 March 2013

BPL : WIGAN 0-4 LIVERPOOOL

 
 Liverpool FC yang berehat lebih dari seminggu menyambung semula saingan Liga Perdana dengan langkah kanan dengan menundukkan Wigan,0-4,di DW STADIUM.

   Stewart Downing memulakan jaringan seawal minit ke-2 selepas menanduk masuk hantaran dari pemain baru dari Brazil,Phillipe Coutinho.Pada minit ke-18,penyerang sensasi The Reds,Luis Suarez menambah jumlah jaringan Liverpool setelah menerima bola lorongan daripada Coutinho.Minit ke -34,Suarez sekali lagi meledakkan gol ketiga buat Liverpool selepas sepakan percuma yang di ambilnya terkena pemain Wigan dan bola terus ke tiang gol sebelah kiri penjaga gol dan terus menerjah ke dalam gawang pasukan tuan rumah.






   Minit ke-49,Luis Suarez melengkapkan hatriknya setelah Glen Johnson yang berjaya mengawal bola dan menewaskan 4 pemain Wigan dengan larian solonya dan terus memberi kepada Suarez dan penyerang Uruguay itu dengan tenang menolak masuk bola untuk menewaskan penjaga gol Wigan,Al-Habsi,buat kali keempat.
   Dengan hatrik yang di lakukan oleh Suarez,beliau sekarang telah memintas pencabar terdekat untuk saingan kasut emas,Van Persie,dengan jumlah gol yang berjaya di hasilkan oleh Suarez setakat ini sebanyak 21 gol untuk mendahului senarai penjaring terbanyak.

   Pujian yang tinggi harus di berikan kepada Philippe Coutinho yang beraksi cemerlang.Dengan adanya 2 pemain Brazil dalam pasukan,Liverpool tampak lebih kuat di bahagian tengah.Memang jika adanya beberapa pemain Brazil dalam mana-mana pasukan,pasukan tersebut nampak lebih kukuh dan teratur dalam corak permainan.



















  Pujian juga harus di berikan kepada Pepe Reina yang beraksi cemerlang.Prestasi yang sebegini di harapkan oleh setiap penyokong Liverpool.