Pages

LFC

LFC

Sunday 28 April 2013

BPL : NEWCASTLE 0-6 LIVERPOOL

   Liverpool berpesta gol di tempat lawan apabila bertemu pasukan Newcastle United dengan jumlah jaringan 6 gol tanpa balas.Gol-gol telah di hasilkan oleh 2-Sturridge,2-Henderson,1-Agger dan 1-Borini.Perlawanan ini juga merupakan perlawanan pertama untuk hukuman penggantungan buat Luis Suarez dan khabar angin mengatakan Suarez akan meninggalkan Liverpool selepas di hukum pergantungan 10 perlawanan.Kemenangan ini menunjukkan walaupun tanpa kelibat Suarez,Liverpool masih boleh mencatatkan kemenangan malah kemenangan yang besar.Ini sedikit sebanyak menunjukkan jalan keluar kepada Suarez walaupun peminat Liverpool akan kecewa jika Suarez meninggalkan Liverpool.

   Seawal permainan,Liverpool bermula garang apabila melakukan serangan bertali arus dan memberi tekanan kepada pasukan lawan dan telah berhasil membuka tirai jaringan pada minit ke-3 setelah Agger berjaya menanduk masuk bola hasil lambungan dan hantaran daripada Downing.Selepas di kejutkan gol awal,tuan rumah cuba bangkit dengan mengawal permainan dan melakukan gerakan serangan tetapi minit ke-17,serangan balas yang pantas daripada Liverpool telah berjaya menghasilkan gol kedua Liverpool,gol ini telah di jaringkan oleh Henderson setelah menerima hantaran pendek dari Sturridge.Tamat separuh masa pertama Liverpool mendahului dengan 2 gol tanpa balas.

   Separuh masa kedua bermula,Liverpool bermain lebih teratur dan gol ketiga hadir pada minit ke-54 apabila Ben Arfa melakukan kesilapan dan Coutinho berjaya merampas bola dari kaki Ben Arfa dan terus membawa ke arah pintu gol lawan dan melakukan hantaran lintang kepada Sturridge dan dengan tenang Strridge menjaringkan gol.Minit ke-60,hantaran Gerrard kepada Henderson dan beliau terus menghantar kepada Sturridge untuk mencatatkan gol ke-4 buat Liverpool.Fabio Borini di masukkan untuk menggantikan Gerrard tidak perlu menunggu lama hanya 2minit kemasukkannya telah menghasilkan gol ke-5 buat Liverpool pada minit ke-74 selepas Downing yang membuat gerakan solo yang cantik telah memperdayakan bahagian pertahanan lawan dan terus menghantar ke tengah kotak penalti dan Borini berada tepat pada posisinya terus merembat masuk bola ke dalam gawang.Selang 2minit kemudian,Coutinho yang telah di kasari dan Liverpool memperoleh sepakan percuma dan Henderson telah berjaya melengkapkan kenduri gol buat Liverpool iaitu gol ke-6 apabila sepakan percumanya yang sebenarnya ingin menghantar kepada Borini tetapi bola itu terus masuk ke dalam gol.Sebelum di keluarkan,Coutinho hampir menjaringkan gol ke-7 buat Liverpool tetapi rembatannya dari luar kotak penalti hanya singgah di palang gol.

   Keseluruhannya permainan Liverpool sangat menarik pada malam ini dan pujian harus di berikan kepada kesemua pemain Liverpool yang bermain dengan baik terutama di bahagian serangan.Untuk memilih pemain terbaik sangat sukar dan aku memilih Phillipe Coutinho kerana beliau banyak melakukan gerakan-gerakan menyerang yang pantas,rajin mengejar bola dan berjaya mengawal bahagian serangan dan bahagian tengah walaupun tidak berhasil menjaringkan gol pada malam ini.

~YNWA~

Monday 22 April 2013

LEONEL NUNEZ


  Wira baru Darul Takzim FC,Leonel Nunez,yang telah menggantikan tempat yang di tinggalkan oleh Daniel Guiza.Pemain yang berusia 28tahun ini telah membuat penampilan pertama bersama JDT pada suku akhir kedua Piala FA menentang Selangor.
  
   Ketika itu secara aggregat,JDT ketinggalan 2-1 dan pada perlawanan suku akhir kedua yang berlangsung di Stadium Shah Alam,Selangor,JDT telah ketinggalan 1-0 pada babak pertama dan secara agregat 3-1.Kemasukan pemain kelahiran Argentina ini telah berjaya mengubah corak permainan dan hasilnya beliau berjaya menjaringkan 2 gol untuk mengikat Selangor secara agregat 3-3,dan perlawanan di bawa ke masa tambahan dan seterusnya penentuan sepakan penalti.JDT telah berjaya menewaskan Selangor pada sepakan penalti 2-4.

   Penampilan kedua beliau pada saingan Liga Super menentang Pahang dan beliau sekali lagi mencuri tumpuan apabila menjaringkan gol tunggal pada malam itu untuk memastika JDT mengutip 3 mata penuh.Gol yang di jaringkannya memang boleh di katakan gol 'World Class'.

Mari kenali serba sedikit pemain ini :

Nama : Leonel Jorge Nunez
Tarikh Lahir : 13 Oktober 1984
Tempat Lahir : Buenos Aires,Argentina
Tinggi : 183m
Karier :
~2004-2007 = Argentinos Juniors -63 penampilan 17 gol.
~2007-2008 = Olympiakos - 19 penampilan 7 gol
~2008-2010 = Indepiendiente - 54 penampilan 16 gol
~2010 = Bursaspor - 13 penampilan 2 gol
~2011-2012 = Indepiendiente - 22 penampilan 4 gol
~2012-2013 = Argentinos Juniors = 13 penampilan 3 gol
~2013 = Johor Darul  Takzim



~LUASKAN KUASA MU~
~SESAH JOHOR SESAH~

EPL : LIVERPOOL 2-2 CHELSEA

  Perlawanan yang di nantikan minggu in apabila pertembungan yang menarik di antara Liverpool dan Chelsea di mana kedua-dua pasukan mempunyai bekas pemain di dalam pasukan lawan.Liverpool mempunyai Sturridge manakala Chelsea lebih menarik kerana mempunyai Torres dan Benayoun malah bekas pengurus The Reds,Rafa Benitez,sekarang telah membimbing pasukan Chelsea.

  Perlawanan ini sangat menarik sejak wisel mula di tiupkan,kedua-dua pasukan saling membalas serangan dan menunjukkan kualiti permainan yang tinggi.Liverpool ketinggalan 1 gol pada babak pertama setelah pemain kelahiran Brazil,Oscar,telah berjaya menanduk masuk bola dari sepakan sudut yang di ambil oleh Juan Mata.

  Masuk babak kedua,Liverpool telah mengeluarkan Coutinho dan menggantikan Sturridge untuk memantapkan bahagian serangan dan hasilnya,beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Liverpool setelah menerima bola hantaran lambung dari Luis Suarez.Tidak lama kemudian,Chelsea berjaya mendahului sekali lagi hasil sepakan penalti oleh Hazard selepas Luis Suarez di persalahkan kerana bola terkena tangannya di dalam kotak penalti.

  Selepas itu Liverpool cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan tetapi kecekapan Peter Cech banyak menafikan setiap percubaan yang di lakukan oleh pemain-pemain Liverpool.Perlawanan ini nampak seperti Chelsea akan pulang dengan 3mata penuh tetapi pada minit terakhir dalam masa tambahan,Suarez berjaya menjaringkan gol penyamaan.

  Pengadil perlawanan seperti meroyan,kalau boleh ke semua pemain Liverpool mahu di berikan kad kuning.Suarez malam ini membuat lawak apabila beliau terang telah mengigit tangan Ivanovic ketika pertahanan Chelsea cuba menghalang pergerakan Suarez.Keputusan penuh,Liverpool 2-2 Chelsea.

Monday 8 April 2013

SESI FOTOGRAFI 1

Sesi Fotografi 1 :-
     Saja suka-suka ambil gambar dan cuba edit sikit-sikit gambar bagi nampak lebih menarik Kualiti dan Warnanya.Masih tak berapa faham dan perlu belajar lagi.Harap-harap ada yang sudi membantu.

NIKON D3100
18mm-55mm
Photoshop Online(http://www.photoshop.com/)






EPL : LIVERPOOL 0-0 WEST HAM

 Perlawanan yang terbaru ialah menentang West Ham di laman sendiri tetapi Liverpool hanya dapat mencatatkan keputusan seri.

  Untuk perlawanan ini,aku tak tengok,cuma yang aku research,Liverpool menguasai keseluruhan permainan dan beberapa peluang yang terhidang tetapi telah di sia-siakan.Pasukan lawan juga ada beberapa percubaan yang membolehkan mereka mengutip 3 mata penuh tapi masih gagal menggegarkan gol Liverpool.

  Downing juga telah di keluarkan se-awal minit 25 kerana mengalami kecederaan dan telah di gantikan oleh Sturridge.Keputusan ini juga menyebabkan Liverpool kembali sukar untuk ke peringkat Eropah memandangkan musuh setempat Everton juga mencatat keputusan seri.

   Masih ada beberapa baki perlawanan dan mampukah Liverpool mengejar tiket ke peringkat Eropah.?

Berikut beberapa gambar semasa Liverpool menentang West Ham di Anfield :






Sunday 7 April 2013

SORRY,LAMA TAK UPDATE

    Sorry rrr.....Lamo tak 'TarikhAtas'......Internet wat hal ehwal dalaman...biasak rr guna P1...slow giler...Secara Ringkas :

~ 10 March 2013 : Liverpool menang ke atas Tottenham Hospurs(3-2).Perlawanan diadakan di Anfield.
Goal telah di jaringkan oleh Luis Suarez,Stewart Downing dan Steven Gerrard(PEN).

~ Selepas selesa dengan beberapa kemenangan dan keputusan seri,Liverpool di kejutkan dengan kekalahan terhadap Southamton di tempan lawan.Southamton 3-1 Liverpool.Gol Liverpool telah di hasilkan oleh pemain baru,Coutinho.

~ 31 March 2013 : Liverpool berjaya menewaskan Aston Villa di tempat lawan dengan keputusan 1-2.Gol Liverpool di jaringkan oleh Jordan Henderson dan Steven Gerrard.

~ Luis Suarez mengejutkan peminatnya di Anfield dan serata dunia apabila memberitahu mungkin beliau akan berpindah ke kelab lain kerana mahu beraksi di Liga Juara-Juara Eropah.

~ Ada kelab yang mahu membuat pinjaman ke atas pemain muda Liverpool,Raheem Sterling,tetapi telah di tolak oleh Liverpool.

~ Andy Caroll,penyerang Liverpool yang di pinjamkan ke West Ham di khabarkan akan di simpan selama setahun lagi bergantung kepada prestasinya tetapi Newcastle berminat untuk dapatkannya kembali dengan harga £17million.

~ Xabi Alonso berkemungkinan akan kembali ke Anfield setelah tidak menandatangani kontrak baru bersama Real Madrid.

~ Xabi Alonso juga telah menyatakan beliau rindukan Anfield dan mungkin akan tamatkan kariernya di Anfield.

~ Bos Liverpool,Brendan Rodgers berminat untuk membawa masuk pemain Newcastle,Hatem Ben Arfa.

~ Brendan Rodgers juga ingin membawa Cristian Eriksen yang sekarang bermain untuk Ajax Amsterdam ke Anfield.