Pages

LFC

LFC

Monday 22 April 2013

EPL : LIVERPOOL 2-2 CHELSEA

  Perlawanan yang di nantikan minggu in apabila pertembungan yang menarik di antara Liverpool dan Chelsea di mana kedua-dua pasukan mempunyai bekas pemain di dalam pasukan lawan.Liverpool mempunyai Sturridge manakala Chelsea lebih menarik kerana mempunyai Torres dan Benayoun malah bekas pengurus The Reds,Rafa Benitez,sekarang telah membimbing pasukan Chelsea.

  Perlawanan ini sangat menarik sejak wisel mula di tiupkan,kedua-dua pasukan saling membalas serangan dan menunjukkan kualiti permainan yang tinggi.Liverpool ketinggalan 1 gol pada babak pertama setelah pemain kelahiran Brazil,Oscar,telah berjaya menanduk masuk bola dari sepakan sudut yang di ambil oleh Juan Mata.

  Masuk babak kedua,Liverpool telah mengeluarkan Coutinho dan menggantikan Sturridge untuk memantapkan bahagian serangan dan hasilnya,beliau berjaya menjaringkan gol penyamaan buat Liverpool setelah menerima bola hantaran lambung dari Luis Suarez.Tidak lama kemudian,Chelsea berjaya mendahului sekali lagi hasil sepakan penalti oleh Hazard selepas Luis Suarez di persalahkan kerana bola terkena tangannya di dalam kotak penalti.

  Selepas itu Liverpool cuba bangkit untuk mencari gol penyamaan tetapi kecekapan Peter Cech banyak menafikan setiap percubaan yang di lakukan oleh pemain-pemain Liverpool.Perlawanan ini nampak seperti Chelsea akan pulang dengan 3mata penuh tetapi pada minit terakhir dalam masa tambahan,Suarez berjaya menjaringkan gol penyamaan.

  Pengadil perlawanan seperti meroyan,kalau boleh ke semua pemain Liverpool mahu di berikan kad kuning.Suarez malam ini membuat lawak apabila beliau terang telah mengigit tangan Ivanovic ketika pertahanan Chelsea cuba menghalang pergerakan Suarez.Keputusan penuh,Liverpool 2-2 Chelsea.

No comments:

Post a Comment