Pages

LFC

LFC

Sunday 28 April 2013

BPL : NEWCASTLE 0-6 LIVERPOOL

   Liverpool berpesta gol di tempat lawan apabila bertemu pasukan Newcastle United dengan jumlah jaringan 6 gol tanpa balas.Gol-gol telah di hasilkan oleh 2-Sturridge,2-Henderson,1-Agger dan 1-Borini.Perlawanan ini juga merupakan perlawanan pertama untuk hukuman penggantungan buat Luis Suarez dan khabar angin mengatakan Suarez akan meninggalkan Liverpool selepas di hukum pergantungan 10 perlawanan.Kemenangan ini menunjukkan walaupun tanpa kelibat Suarez,Liverpool masih boleh mencatatkan kemenangan malah kemenangan yang besar.Ini sedikit sebanyak menunjukkan jalan keluar kepada Suarez walaupun peminat Liverpool akan kecewa jika Suarez meninggalkan Liverpool.

   Seawal permainan,Liverpool bermula garang apabila melakukan serangan bertali arus dan memberi tekanan kepada pasukan lawan dan telah berhasil membuka tirai jaringan pada minit ke-3 setelah Agger berjaya menanduk masuk bola hasil lambungan dan hantaran daripada Downing.Selepas di kejutkan gol awal,tuan rumah cuba bangkit dengan mengawal permainan dan melakukan gerakan serangan tetapi minit ke-17,serangan balas yang pantas daripada Liverpool telah berjaya menghasilkan gol kedua Liverpool,gol ini telah di jaringkan oleh Henderson setelah menerima hantaran pendek dari Sturridge.Tamat separuh masa pertama Liverpool mendahului dengan 2 gol tanpa balas.

   Separuh masa kedua bermula,Liverpool bermain lebih teratur dan gol ketiga hadir pada minit ke-54 apabila Ben Arfa melakukan kesilapan dan Coutinho berjaya merampas bola dari kaki Ben Arfa dan terus membawa ke arah pintu gol lawan dan melakukan hantaran lintang kepada Sturridge dan dengan tenang Strridge menjaringkan gol.Minit ke-60,hantaran Gerrard kepada Henderson dan beliau terus menghantar kepada Sturridge untuk mencatatkan gol ke-4 buat Liverpool.Fabio Borini di masukkan untuk menggantikan Gerrard tidak perlu menunggu lama hanya 2minit kemasukkannya telah menghasilkan gol ke-5 buat Liverpool pada minit ke-74 selepas Downing yang membuat gerakan solo yang cantik telah memperdayakan bahagian pertahanan lawan dan terus menghantar ke tengah kotak penalti dan Borini berada tepat pada posisinya terus merembat masuk bola ke dalam gawang.Selang 2minit kemudian,Coutinho yang telah di kasari dan Liverpool memperoleh sepakan percuma dan Henderson telah berjaya melengkapkan kenduri gol buat Liverpool iaitu gol ke-6 apabila sepakan percumanya yang sebenarnya ingin menghantar kepada Borini tetapi bola itu terus masuk ke dalam gol.Sebelum di keluarkan,Coutinho hampir menjaringkan gol ke-7 buat Liverpool tetapi rembatannya dari luar kotak penalti hanya singgah di palang gol.

   Keseluruhannya permainan Liverpool sangat menarik pada malam ini dan pujian harus di berikan kepada kesemua pemain Liverpool yang bermain dengan baik terutama di bahagian serangan.Untuk memilih pemain terbaik sangat sukar dan aku memilih Phillipe Coutinho kerana beliau banyak melakukan gerakan-gerakan menyerang yang pantas,rajin mengejar bola dan berjaya mengawal bahagian serangan dan bahagian tengah walaupun tidak berhasil menjaringkan gol pada malam ini.

~YNWA~

No comments:

Post a Comment