Pages

LFC

LFC

Sunday 8 December 2013

LIVERPOOL MENERUSKAN RENTAK KEMENANGAN BERGAYA

SEPINTAS LALU :
   Maaf tak update Liverpool VS Norwich City kerana tak tengok game tersebut.Apapun Liverpool menang bergaya 5-1 mengatasi lawan dan gol-gol Liverpool telah di sumbangkan oleh 4 gol dari Luis Suarez dan Suarez juga telah menjadi assist untuk gol ke 5 apabila hantarannya kepada Sterling menemui sasaran.

ANFIELD : LIVERPOOL VS WEST HAM UNITED
    Liverpool terus dengan rentak kemenangan yang bergaya selepas menewaskan WestHam 4-1 di laman sendiri.Setiap pemain Liverpool memainkan peranan dengan baik di posisi masing-masing kecuali untuk pertama kali aku berani mengatakan Steven Gerrard di lihat kurang memberangsangkan untuk perlawanan ini tetapi ketiadaannya ketika separuh masa kedua telah menyebabkan bahagian tengah agak longgar.Untuk seketika pihak lawan banyak memberi tekanan kepada kubu Liverpool sehingga mereka berjaya mendapatkan 1 gol yang di jaringkan sendiri oleh Skrtel.
   
    Separuh masa pertama Liverpool di depan dengan 1 gol apabila pertahanan lawan tertolak bola masuk ke dalam gawang sendiri.Selepas beberapa minit separuh masa kedua bermula,Liverpool menggandakan jumlah gol hasil jaringan dari Sakho selepas menampan bola dari hantaran sepakan percuma yang di ambil oleh Gerrard.Pihak lawan telah merapatkan jurang gol dengan membuat asakan terus menerus ke kubu Liverpool dan kerana kesilapan,Skrtel pula menjaringkan gol sendiri.10minit terakhir perlawanan,Suarez pula telah menghasilkan gol apabila menanduk masuk bola dari hantaran Johnson.Suarez juga telah membantu Liverpool untuk gol ke 4 selepas beliau berjaya memperdayakan pertahanan lawan dan rembatannya terkena pertahanan lawan terus dan bola terus masuk ke dalam gol,tetapi gol itu di kira gol sendiri.

   Sehingga wisel terakhir Liverpool berjaya menewaskan lawan dengan bergaya sekali lagi kerana sebelum ini mereka menewaskan Norwich 5-1.

KESIMPULAN
~Banyak peluang yang terhidang di sia-siakan oleh Sterling dan Suarez.
~Coutinho layak terima anugerah pemain terbaik perlawanan.
~Sakho dan Skrtel memastikan gandingan mereka sangat kebal.
~Flanagan dari masa ke semasa menjadi antara pemain pilihan Rodgers.
~Ada beberapa kesilapan kecil yang boleh di baiki.

SENARAI PEMAIN LIVERPOOL
22-Mignolet
2-Glen Johnson
37-Skrtel
17-Sakho
38-Flanagan
24-Joe Allen
14-Henderson
8-Gerrard (21-Lucas)
31-Sterling (12-Moses)
10-Coutinho
7-Suarez

~YNWA~

Monday 2 December 2013

KERANA AMBIL MUDAH AKHIRNYA TEWAS (HULL CITY 3-1 LIVERPOOL)

 
    Salam semua.Maaf tidak update tentang perlawanan antara Everton VS Liverpool yang berkesudahan seri,3-3.Pertemuan yang di sangat 'panas' terutama apabila pengadil hanya memberi kad kuning kepada Mirallas walaupun terjahannya ke atas Suarez sehingga mengalami luka sangat keras dan di lihat sebagai kesalahan kad merah.Gol-gol Liverpool telah di jaringkan oleh Coutinho,Suarez dan Sturridge.

   Hull City VS Liverpool

Separuh Masa Pertama :
   -Pada awal permainan,Liverpool di lihat menguasai perlawanan dan telah membuat beberapa asakan tetapi tuan rumah terlebih dahulu menjaringkan gol bermula dari kesilapan Moses yang melambungkan bola untuk melepaskan diri dari pihak lawan tetapi bola sampai di kaki pihak lawan dan mereka terus mengaturkan serangan dan Livermore telah merembat bola dari luar kotak penalti terus terkena kaki Skrtel dan bola melambung masuk melepasi jangkauan Mignolet yang agak ke depan dari pintu gol kerana mahu mengecilkan ruang gol.Liverpool telah meyamakan kedudukan pada minit ke 33 hasil jaringan Steven Gerrard.Gol itu terhasil daripada sepakan percuma yang menarik.Penjaga gol tuan rumah lebih menyangkakan Suarez yang akan mengambil sepakan percuma tersebut.Sehingga tamat separuh masa pertama kedudukan tidak berubah.

Separuh Masa Kedua :
   -Penguasaan bola masih berpihak kepada Liverpool tetapi banyak kesilapan yang di lakukan sehinggakan menyebabkan tuan rumah mendahului perlawanan pada minit ke 72 apabila keadaan kucar kacir di kotak penalti Liverpool dan pemain lawan berjaya menjaringkan gol melepasi 3-4 pemain Liverpool.Liverpool cuba bangkit menyamakan kedudukan tetapi sebelum masuk minit ke 90,tuan rumah melengkapkan kemenangan apabila Skrtel menanduk masuk gol sendiri.Tamat perlawanan,Liverpool tewas 3-1.

Keseluruhan :
   -Liverpool tidak beraksi seperti yang di harapkan,seperti yang di tunjukkan pada perlawanan menentang Everton.Ada beberapa kesilapan mudah di lakukan dan bahagian yang paling teruk adalah di bahagian serangan.Jelas di mana Moses dan Sterling gagal melaksanakan tugas dengan baik sehingga mereka telah di keluarkan pada separuh masa kedua dan di gantikan oleh Coutinho dan Luis Alberto.Suarez pula tidak dapat bergerak dengan sempurna apabila di kawal oleh ketat oleh pertahanan lawan.Johnson juga menjadi masalah dalam perlawanan ini keranan banyak membuat kesilapan tidak kira sama ada semasa menyerang atau bertahan.
   -Liverpool seperti tidak menjadikan perlawanan yang lepas sebagai pengajaran terutama bertemu dengan pasukan biasa,pihak lawan akan sentiasa memberi tekanan dari masa ke semasa untuk mencuri bola dari kawalan pemain Liverpool.
   
~YNWA~

Sunday 10 November 2013

LIVERPOOL MENCATATKAN KEMENANGAN BERGAYA



    Sekembalinya Coutinho,Agger,Johnson dan Enrique telah memantapkan lagi barisan kesebelasan utama dan ia telah di buktikan dengan kemenangan The Reds ke atas Fulham,4-0,di laman sendiri.Aku tak tengok game ini cuma dapat diringkaskan melalui berita-berita atau maklumat yang di perolehi.

    Brendan Rodgers telah menggunakan formasi 4-4-2 dan ianya berkesan tidak seperti perlawanan semasa menentang Arsenal minggu lepas yang menggunakan formasi 3-4-3.Luis Suarez di angkat sebagai The Reds kerana berjaya menjaringkan 2 gol untuk perlawanan ini.Suarez hampir mencatatkan hatrik lagi tetapi gol pertama Liverpool di anggap gol sendiri.Skrtel juga telah menjaringkan gol dan sebagai gol kedua untuk perlawanan ini.

   Keseluruhan persembahan Liverpool sangat baik dan kesemua pemain berada di tahap yang memuaskan kecuali Cissokho.Beliau telah di keluarkan pada separuh masa kedua dan di gantikan oleh Enrique.Gerrard di keluarkan lebihkurang pada minit ke70 dan Allen menggantikan tempatnya tetapi Allen gagal menggalas tugas yang di tinggalkan oleh Gerrard menyebabkan bahagian tengah sedikit longgar.


Kedudukan Semasa



Tahukah Anda :
Kali terakhir Martin Skrtel menjaringkan gol adalah ketika Liverpool membenam Fulham 4-0 pada bulan December 2012. Dan semalam merupakan jaringan terbaru daripada Skrtel yang turut berlaku dalam perlawanan menentang Fulham dan jaringan yang sama iaitu 4-0.
2 gol Suarez tadi merupakan gol yg ke-59 drpd 100+ perlawanan beliau sejak berpindah dri Ajax dgn harga 22.8 juta oleh Kenny Dalgish.. last player yg dpt score half century goal drpda 100+ prlwnan ialah El Nino.
-


P/S : Arsenal VS Manchester United :
        - Kalau boleh nak MU menang sebab Liverpool senang sikit nak kejar Arsenal sebagai pendahulu liga.
        - Kalau boleh nak Arsenal menang juga sebab taknak MU dalam top 4.
        - Pening!!!!

Next Match : Everton VS Liverpool (Merseyside Derby)
Tarikh: 23 November 2013 
Hari: Sabtu
Jam: 8:45 malam
Stadium: Goodison Park

TOP 3 SCORER.OMG WHERE RVP?KRIK..KRIKK....









Sunday 3 November 2013

LIVERPOOL GAGAL DI EMIRATES : FORMASI 3-4-3 DI GUNAKAN RELEVAN ATAU TIDAK?


    Kunjungan Liverpool ke Stadium Emirates adalah dengan misi untuk memintas kedudukan Arsenal sebagai pendahulu liga tetapi tidak kesampaian apabila mereka tewas kepada Arsenal 2-0.Ada beberapa kelemahan yang aku dapat kesan.   

    Liverpool tidak sepatutnya menggunakan formasi 3-4-3 dan menggunakan Flanagan untuk menggalas tugas yang di tinggalkan oleh Johnson akibat kecederaan.Apabila bertemu kelab besar seperti Arsenal,Liverpool perlu menggunakan 4 pertahanan walaupun Flanagan sebenarnya seorang pemain pertahanan tetapi pada perlawanan ini beliau di letakkan sebagai pemain di bahagian tengah dan untuk membuat overlapping,tetapi Flanagan tidak mampu membuat hantaran lintang yang tepat ke tengah dan tidak kreatif untuk melakukan serangan.Cissokho juga seperti Flanagan tidak mampu membuat overlapping dengan baik,hantaran lintang kurang kemas dan tidak membuat percubaan ke arah pintu gol lawan.
   Pemain-pemain Liverpool juga agak ke belakang apabila bertahan dan tidak cuba menghalang pihak lawan sebelum membuat hantaran.Cuma 20 minit terakhir,Arsenal di lihat Cuma bertahan dan Liverpool menguasai keseluruhan padang.Kelemahan yang paling ketara memang di bahagian pertahanan,lihat saja dua gol yang di peroleh Arsenal hasil jaringan Cazorla dan Ramsey,percubaan 2 pemain ini tidak di cabar oleh pertahanan Liverpool.Skrtel,Toure dan Sakho hanya melihat dan menunggu apa tindakan yang akan di lakukan dan hasilnya,Arsenal memperoleh dua gol untuk meraih kemenangan yang membolehkan mereka terus mendahului Liga.

   Gandingan Suarez dan Sturridge juga gagal membuahkan hasil kali ini.Di lihat bahagian tengah Liverpool kurang kreatif melakukan hantaran kepada mereka.Henderson yang sepatutnya di letak sebagai penyerang sebelah kanan terpaksa membantu bahagian tengah kerana Flanagan gagal berfungsi dengan baik.Gerrard juga kurang memberangsangkan untuk perlawanan ini.

   Kembalinya Coutinho ke dalam pasukan tidak dapat membantu Liverpool untuk mencari gol penyamaan atau gol kemenangan tetapicorak permainannya boleh di beri kredit walaupun di masukkan pada separuh masa kedua.Peminat Liverpool mengharapkan Agger kembali cergas untuk mengetuai bahagian pertahanan yang nampak goyah dan rapuh.


Sunday 27 October 2013

SUAREZ HATRIK BANTU LIVERPOOL BENAM WEST BROM DI ANFIELD 4-1

   Mula-mula nak minta maaf sebab tak update perlawanan antara Liverpool VS Newcastle kerana agak sibuk dengan operasi.Pada perlawanan itu Liverpool hanya mencatatkan keputusan seri 2-2.Ramai pemerhati serta blogger mengatakan Liverpool mensia-siakan peluang yang ada.Pada pendapat aku pula,ada beberapa pemain Liverpool yang tidak menunjukkan semangat juang dan banyak kelonggaran di bahagian tengah dan pertahanan.


   Untuk perlawanan terbaru,Luis Suarez berjaya mencatatkan hatrik untuk membantu Liverpool menewaskan West Brom 4-1 di laman sendiri.

Sorotan perlawanan :
-12" Suarez membuka tirai jaringan apabila berjaya menewaskan 2 pertahanan lawan.
-17" Suarez menjaringkan gol kedua perlawanan setelah menanduk bola masuk hasil hantaran lintang Cissokho.
-56" Suarez melengkapkan hatriknya dan sekali lagi dengan tandukan cantik setelah menyempurnakan hantaran dari sepakan percuma yang di ambil oleh Gerrard.
-66" Pihak lawan menjaringkan gol pertama mereka apabila Morrison berjaya menyempurnakan sepakan penalti.
-77" Sturridge menjaringkan gol yang cantik dengan melambungkan bola untuk menewaskan penjaga gol lawan.
-Luis Suarez membuat hatrik pertamanya di Anfield dan keempat untuk Liverpool.
-Suarez di lihat lebih tenang permainannya.
-Daniel Sturridge pula di lihat kurang senang dengan hatrik Suarez dan banyak peluang yang terhidang di sia-siakan akibat bermain secara solo walaupun ada pemain lain yang mampu mencipta jaringan.
-Cissokho bermain lebih baik berbanding perlawanan menentang Newcastle tetapi masih belum cukup baik untuk keseluruhan perlawanan
-Cissokho juga menjadi punca pihak lawan di hadiahkan sepakan penalti.
-Gerrard membuat penampilan yang ke 450 untuk Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris.
-Joe Allen hanya dapat menyentuh bola cuma 3-4 kali sahaja setelah di masukkan pada minit 84" berbanding Alberto yang lebih banyak menyentuh bola walaupun Allen di masukkan terlebih dahulu menggantikan Gerrard.
-Bendera Malaysia di lihat berada di Anfield :-)

PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN : LUIS SUAREZ
PEMAIN TERBAIK LIVERPOOL : LUIS SUAREZ
PEMAIN LIVERPOOL YANG RAJIN : JORDAN HENDERSON
PEMAIN LIVERPOOL YANG KURANG MEMBERANGSANGKAN : SAKHO & CISSOKHO

Friday 4 October 2013

SUAREZ KEMBALI,LIVERPOOL KEMBALI BERNAFAS


   Ketiadaan Suarez pada awal musim tidak begitu di rasai kerana Liverpool mampu menang pada setiap perlawanan dan kuncinya adalah dari pergerakan Coutinho yang mampu mengancam kubu lawan.Selepas Coutinho di ketepikan kerana mengalami kecederaan,prestasi Liverpool tidak menentu ianya boleh dilihat apabila sekadar seri dengan Swansea,kalah kepada Southamton dan kalah kepada Manchester United(Carling Cup).Maka bantuan dari seseorang yang mampu mencipta peluang untuk menjaringkan gol adalah sangat perlu.

   Kembalinya Luis Suarez,penyerang sensasi dan kontroversi dari Uruguay itu sangat tepat pada masanya.Bagaikan penyelamat,Suarez yang tampil dalam perlawanan pertamanya dalam saingan BPL 2013/14 amat mengagumkan.Beliau telah menjaringkan 2 gol untuk membantu Liverpool membenam Sunderland di tempat lawan dengan keputusan 1-3.Pada perlawanan tersebut banyak peluang yang di perolehi hasil gerakan bijak dari Suarez.Kesefahaman antara Suarez dan Sturridge juga telah membuahkan hasil yang positif.Tetapi bahagian pertahanan amat membimbangkan.Banyak kesilapan-kesilapan mudah di lakukan.Nasib juga menyebelahi Liverpool kerana mempunyai penjaga gawang yang sangat bernilai.

   Tidak sabar melihat Coutinho beraksi semula pasti banyak pasukan lawan akan menyusun strategi yang lebih kukuh untuk mengekang pergerakan dari Coutinho,Suarez dan Sturridge.Lihat saja pada pertemuan dengan Swansea tempoh hari,Coutinho menjadi 'targetman' oleh pihak lawan dan telah di kasari sehingga mengalami kecederaan yang serius dan terus di bawa keluar.

Pilihan Pemain Dalam Kesebelasan Utama :
-Mignolet
-Johnson , Toure , Agger , Enrique
-Henderson , Gerrard , Lucas , Coutinho
-Sturridge , Suarez

~YNWA~

Friday 27 September 2013

CARLING CUP : LIVERPOOL TEWAS DI OLD TRAFFORD

   Maaf lambat update sebab kesihatan tidak mengizinkan.Pada perlawanan terbaru,Liverpool telah tewas kepada Man United di tempat lawan dalam saingan Carling Cup.Liverpool tewas 1-0 walaupun kembalinya Luis Suarez.

*Walaupun tidak bermain kerana mengahadapi hukuman pergantungan,Suarez kembali dengan aksi yang menarik tetapi masalah komunikasi antara Suarez dan Sturridge telah menyebabkan beberapa gerakan menyerang tidak menjadi.
*Sturridge dan Moses banyak bermain individu skill dan pergerakkan mereka senang di baca pihak lawan.
*Banyak pass error di lakukan.
*Sakho kerap meninggalkan posisinya dan juga terlalu naik ke atas.
*Lebih baik Aspas atau Alberto di masukkan untuk menggantikan Moses.

   Diharap selepas ini Liverpool mampu bangkit dengan adanya Suarez.Untuk 5 perlawanan yang lepas Liverpool mencatatkan 2 kemenangan,1 seri dan 2 kalah.

~YNWA~

Sunday 22 September 2013

LIVERPOOL : KETIADAAN COUTINHO DAN PERTAHANAN BERMASALAH








 Coutinho,bukan satu nama yang sangat besar bagi peminat bola sepak berbanding Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi.Tetapi tanpa kehadirannya di dalam skuad Liverpool untuk musim ini mempunyai impak yang sangat besar terutamanya setelah Liverpool tewas kepada Southamton sebentar tadi di laman sendiri dalam saingan BPL 2013/14.

   Coutinho yang mengalami kecederaan sewaktu berkunjung di Swansea tempoh hari telah membuktikan dia adalah tunjang utama buat Liverpool.Setelah beliau di keluarkan,keadaan sangat berbeza dari selalu menyerang sehingga Liverpool harus bertahan dari asakan pihak lawan.Beliau yang banyak menggerakkan bahagian serangan dan mencipta beberapa peluang terbaik.

   Pada bahagian pertahanan pula,banyak kelemahan yang telah nampak terutamanya jika ketiadaan Agger,tiada pemain lain yang mampu menggantikan tugasnya.Walaupun dengan kemasukan Toure dan Sakho,Agger tetap menjadi peranan utama untuk pertahanan Liverpool.

   Liverpool juga mengalami kelemahan yang paling ketara iaitu apabila pihak lawan mempunyai sepakan sudut,kebanyakkannya Liverpool tidak mampu mengeluarkan bola dengan baik dan apabila Liverpool mempunyai peluang dari sepakan sudut,pasti jarang yang dapat di jaringkan.


   Diharap Brendan Rodgers mampu mengubah strategi jika mahu bertahan di persada liga kerana musim ini ramai pemerhati melihatkan prestasi Liverpool.

~YNWA~

Tuesday 17 September 2013

BPL 2013/14 : LIBERTY STADIUM : SWANSEA CITY 2-2 LIVERPOOL FC

Liberty Stadium : Swansea VS Liverpool
   Liverpool yang bertandang ke tempat lawan untuk bertemu dengan Swansea City dan dengan mempunyai misi untuk mencatatkan kemenangan keempat berturut-turut.Perlawanan ini juga merupakan debut pertama buat 2 pemain Liverpool yang baru di beli iaitu Sakho dan Moses.

Separuh Masa Pertama :
   Liverpool bermula agak garang apabila terus membuat gerakan serangan tetapi akibat sedikit kelekaan dan situasi kelam kabut di kawasan gol Liverpool telah di hukum oleh bekas pemain Liverpool,Jonjo Shelvey apabila beliau berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-2 dan maka leburlah rekod tanpa bolos Mignolet untuk musim ini di Liga Perdana.Selang 2minit kemudian,Liverpool berjaya menyamakan kedudukan hasil sedikit 'bantuan' daripada tuan rumah selepas Shelvey membuat kesilapan dengan menghantar bola kepada penjaga gol tuan rumah tetapi Sturridge yang dapat membaca pergerakan Shelvey terus merembat masuk bola ke dalam gawang tuan rumah.Minit ke-36,Shelvey sekali lagi menjadi tumpuan selepas sekali lagi beliau membuat kesilapan apabila bola yang hendak di hantar ke bahagian kanan tetapi tersasar terus kepada seorang lagi pemain baru Liverpool yang baru di beli dari Chelsea,Moses,seterusnya Moses membuat gerakan solo dan berjaya meletakkan Liverpool di hadapan dengan rembatan leretnya menewaskan penjaga gol tuan rumah.Swansea sepatutnya dapat menyamakan kedudukan tetapi tindakan pantas Skrtel berjaya menghalang bola masuk ke dalam gawang.

Separuh Masa Kedua :
   Sebaik mula separuh masa kedua,keadaan di padang agak tegang dengan berlaku beberapa kekerasan dan Coutinho telah menjadi mangsa apabila kerap di kasari sehingga beliau mengalami kecederaan.Coutinho telah di keluarkan dan semenjak beliau di keluarkan,permainan Liverpool telah tenggelam dan banyak berkampung di kawasan sendiri,tidak menyerang sehinggakan Shelvey boleh membuat larian solo dan membuat assist untuk gol penyamaan tuan rumah yang di jaringkan oleh Michu.Selepas itu Liverpool terus bertahan dan sehingga tamat perlawanan keputusannya Swansea 2-2 Liverpool

Keseluruhan :
-Pada peringkat awal perlawanan Liverpool menunjukkan mutu permainan yang tinggi.
-Debut pertama untuk Moses dan beliau berjaya menjaringkan gol dan pemainannya cantik tetapi beliau terlalu kebawah dari posisinya sehingga boleh menyebabkan pemain lawan mudah masuk ke dalam kawasan Liverpool.
-Debut pertama untuk Sakho pula beliau boleh di katakan tidak mampu menggantikan posisi Agger walaupun berjaya mengawal kubu pertahanan dari di tembus tetapi gol kedua Swansea boleh di katakan kesilapan beliau kerana meninggalkan posisinya dan tidak mengawal larian dari Shelvey.
-Wisdom juga beberapa kali di lihat meninggalkan posisi.
-Mignolet beraksi cemerlang walaupun bolos dua kali.
-Kemasukkan Aspas,Toure dan Sterling tidak dapat membantu pasukan untuk mencatatkan kemenangan.
-Lebih gemar Alberto di masukkan berbanding Aspas untuk menggantikan Coutinho.
-Walaupun berjaya menjaringkan dua gol,corak permainan Liverpool seperti biasa kurang berbisa apabila menyerang,gol yang di jaringkan juga telah di 'bantu' pihak lawan.
Pemain Liverpool :
22-Mignolet,37-Skrtel,17-Sakho,3-Enrique,47-Wisdom(4-Toure),21-Lucas,8-Gerrard(c),10-Coutinho(9-Aspas),14-Henderson,12-Moses(31-Sterling),15-Sturridge

Penjaring Gol Liverpool :
4"-Sturridge
36"-Moses

Pemain Liverpool Yang Menerima Kad :
21-Lucas(Kad Kuning)
14-Henderson(Kad Kuning)
47-Wisdom(Kad Kuning)

Sunday 8 September 2013

PESTABOLA MERDEKA : MALAYSIA 1-0 SINGAPURA

   Pesta Bola Merdeka 2013,pasukan negara yang di bimbing oleh Ong Kim Swee(OKS) berjaya menewaskan pasukan dari seberang tambak Singapura dengan jaringan 1-0 dan gol telah di hadiahkan oleh Tamil Arasu pada minit ke-46.

   Keadaan padang di Stadium Kuantan,Pahang,yang teruk merencatkan perlawanan kerana banyak tempat air bertakung.Jika keadaan padang kering sudah pasti perlawanan yang menarik dapat di sajikan daripada kedua-dua pasukan dengan melihat pada perlawanan ini,walaupun air bertakung,kedua-dua pasukan menunjukkan semangat juang dan permainan yang cantik.Sepatutnya FAM dan Perbadanan Stadium harus membuat persiapan awal dengan menutup padang jika hujan turun untuk memastikan keadaan padang dalam keadaan baik.Ini bukan perlawanan antara kelab atau liga kampung tapi sudah tahap antarabangsa.

   Sepatutnya pasukan negara boleh menambah lagi jumlah gol apabila dihadiahkan sepakan penalti tetapi sepakan yang di ambil oleh Wan Zack Haikal berjaya di tepis oleh penjaga gol pelawat.Singapura juga bermain 10 orang kira-kira 15minit sebelum tamat permainan kerana pemain pertahanan mereka telah menyelamatkan bola dengan menggunakan tangan tetapi pasukan negara gagal menggunakan peluang yang ada.

   Penjaga gol pelawat juga harus di puji kerana bertindak cemerlang dengan menafikan beberapa peluang terbaik pasukan negara.Wan Zack Haikal boleh di katakan pemain terbaik negara berdasarkan persembahan beliau pada perlawanan ini.

Wednesday 28 August 2013

PIALA LIGA : LIVERPOOL 4-2 NOTTS COUNTY


  Liverpool sekali lagi melakarkan kemenangan tetapi kali ini dalam saingan Piala Liga menentang Notts County.Sebelum mencipta kemenangan,Liverpool bermandi peluh selepas mencatatkan keputusan seri 2-2 pada 90minit pertama dan di tambah bermain dengan hanya 10 pemain setelah Toure di bawa keluar kerana mengalami kecederaan.Pada masa tambahan,walaupun bermain dengan 10 pemain tetapi Liverpool telah berjaya menambah 2 gol lagi.

kredit : http://redderscreepers.wordpress.com/
   Liverpool tidak perlu menunggu lama,pada minit ke-4,Sterling menghadiahkan gol pertama Liverpool setelah membawa bola dari tengah dan telah menewaskan 4-5 pemain untuk menjaringkan gol.Daniel Sturridge mengekalkan momentum aksi terbaiknya apabila menyumbat gol kedua buat Liverpool pada minit ke-29 setelah menerima bola lorongan dari Gerrard dan beliau terus merembat masuk bola ke dalam gawang lawan.Seperti perlawanan dengan Aston Villa,Liverpool mula hilang rentak dan kurang melakukan beberapa serangan dan kelekaan pemain Liverpool telah di hukum oleh pihak lawan selepas mereka berjaya menghasilkan 2 gol pada minit ke-62 dan minit ke-84 seterusnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.Sebelum wisel penamat di tiupkan,pertahanan Liverpool,Kolo Toure telah di keluarkan kerana mengalami kecederaan dan memaksa Liverpool meneruskan perlawanan dengan hanya 10pemain.

   Daniel Sturridge sekali lagi mencatatkan namanya sebagai penjaring gol apabila bola lorongan dari Coutinho berjaya di manfaatkan walaupun bola yang di rembat terkena tangan penjaga gol lawan pada minit ke-105.Pada minit ke-110,Henderson melengkapkan kejayaan Liverpool apabila meledakkan gol keempat yang juga gol kemenangan buat Liverpool.

   Secara keseluruhan,Brendan Rodgers sepatutnya tidak menggunakan beberapa pemain utama untuk perlawanan ini memandangkan Liverpool akan menentang Manchester United hujung minggu ini.Bukan perlawanan ini tidak penting tetapi sepatutnya lebih mengutamakan kecerdasan pemain utama untuk saingan liga.Apapun di harap Liverpool akan meneruskan rentak kemenangan ini dari masa ke semasa.




~YNWA~

Sunday 25 August 2013

BPL 2013/14 : ASTON VILLA 0-1 LIVERPOOL



SEPARUH MASA PERTAMA :
   Liverpool bermula baik dengan membuat beberapa gerakan menyerang tetapi sukar menembusi pertahanan tuan rumah.Liverpool cuba mencari gol dari dalam kotak penalti tetapi kerana beberapa kali membuat kesilapan kecil dan kurang persefahaman antara pemain menyebabkan mereka sukar untuk menghasilkan gol.Pada minit ke-21,Sturridge berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan,ianya hasil hantaran lintang daripada Enrique yang cuba menghantar bola kepada Coutinho tetapi Coutinho yang sedar Sturridge berada di belakangnya dan dia telah membiarkan bola tersebut dan tepat sampai ke kaki Sturridge dan pemain yang berjersi nombor 15 itu telah memperdayakan penjaga gol lawan untuk menghasilkan pertama.10minit terakhir separuh masa pertama di lihat Aston Villa menguasai perlawanan dan beberapa kali mengancam kubu Liverpool tetapi tetap tidak dapat menghasilkan sebarang gol.

SEPARUH MASA KEDUA :
   Aston Villa telah memperkemaskan corak permainan pada babak kedua dan hasilnya mereka berjaya menguasai permainan dan bola sering berada di dalam kawasan Liverpool tetapi gagal menjaringkan gol penyamaan.Liverpool yang banyak bertahan dan sesekali cuba menyerang.Kemasukan pemain yang baru sahaja di tandatangani sebagai pemain pinjaman,Aly Cissokho juga tidak dapat membantu dan kemasukan beliau juga seperti tiada apa yang menarik dari pemain ini.Mungkin ianya perlawanan pertama beliau bersama Liverpool tetapi kalau megikut corak dan cara beliau bermain,berkemungkinan beliau akan banyak memanaskan badan di bangku simpanan.Kecekapan Mignolet dan kekebalan Toure serta Agger banyak menyelamatkan pintu gol Liverpool dari di bolosi.Sehingga tamat perlawanan,Liverpool menang dengan keputusan 0-1.

KESELURUHAN :
   Secara keseluruhan,bermula dari minit ke-30 perlawanan,dilihat tuan rumah banyak menguasai bola dan membuat asakan berbanding Liverpool.Kesilapan-kesilapan kecil juga nampak di lakukan oleh bahagian tengah Liverpool sehingga tuan rumah berjaya menembusinya dan menghampiri pintu gol Liverpool.

Pemain Terbaik Liverpool : Coutinho dan Mignolet

Saturday 17 August 2013

BPL 2013/14 : ANFIELD : LIVERPOOL 1-0 STOKE CITY

 
   Liverpool telah memecahkan rekod buruk untuk perlawanan pertama sejak tahun 2009 apabila bermula dengan langkah kanan setelah menewaskan Stoke City,1-0,hasil jaringan oleh Daniel Sturridge pada minit ke 38.Paling aku bengang kalau lawan Stoke ni,penjaga gol dia,Begovic,memang terbaik.

BAHAGIAN SERANGAN :
   Untuk posisi ini gandingan antara Sturridge dan Aspas kurang persefahaman,ini mungkin buat pertama kali mereka di gandingkan.Tetapi Aspas dan Sturridge tetap melakukan tugas mereka dengan baik dan banyak melakukan beberapa percubaan yang merbahaya.Selepas Aspas di keluarkan dan di gantikan dengan Sterling,posisi ini seperti longgar dan jarang melakukan percubaan-percubaan merbahaya.
(Rating :- Sturridge 8.5 , Aspas 8 , Sterling 6.5)

BAHAGIAN TENGAH :
   Di posisi ini nampak tiada masalah apabila kesemua pemain di bahagian ini melakukan tugas mereka dengan baik terutama Countinho dan Henderson yang banyak melakukan larian sama ada bila menyerang dan bertahan.Gerrard dan Lucas banyak membantu bahagian pertahanan dan 'tembok' yang di bina mereka kukuh kecuali 15 minit terakhir apabila Stoke banyak melakukan hantaran jauh supaya boleh mengelakkan bertemu dengan mereka berdua.
(Rating : Gerrard 7.5 , Lucas 7.5 , Coutinho 8.5 , Henderson 8)

BAHAGIAN PERTAHANAN :
   Posisi pertahanan yang di ketuai oleh Agger juga kukuh dibantu oleh Toure,Johnson dan Enrique walaupun minit terakhir Agger melakukan sedikit kesilapan dan Stoke dihadiahkan sepakan penalti.Tetapi tiada apa keraguan untuk mereka di bahagian ini.
(Rating : Agger 7 , Toure 7 , Johnson 8, Enrique 7.5)

PENJAGA GOL :
   Mignolet boleh dianggap wira selain dari Sturridge kerana beliau telah berjaya menafikan sepakan penalti.Pada awal permainan aku sendiri bercakap "ahh Mignolet nih,buat hal pulak,go home,you r drunk!!" ....tetapi pada pertengahan perlawanan Mignolet berjaya menunjukka aksi yang mantap dan memukaukan.
(Rating : Mignolet 8)

KESELURUHAN :
   Liverpool menunjukkan aksi bertenaga sepanjang perlawanan kecuali pada masa kedua yang mana nampak longgar untuk menyerang dan setelah ketiadaan Aspas,bahagian serangan kurang menyengat.

TAHUKAH ANDA :
-3 pemain kulit hitam Liverpool memulakan aksi pertama dengan sejarah tersendiri :
    - Sturridge : Pemain Liverpool pertama menjaringkan gol buat Liverpool musim ini.
    - Toure : Pemain Liverpool pertama yang mengutip kad kuning pertama.
    - Sterling : Pemain Liverpool pertama yang di masukkan sebagai pemain ganti.

Thursday 8 August 2013

FRIENDLY : VALERENGA 1 VS 4 LIVERPOOL

Akhirnya gawang Liverpool bolos juga!!!!
  
    Liverpool sekali lagi melakarkan kemenangan dalam perlawanan persahabatan tetapi akhirnya gawang Liverpool telah di bolosi dan statistik semasa setakat ini Liverpool telah menjaringkan 17 gol dan 1 bolos.Kali ni menewaskan Valerenga dengan keputusan 1-4.Gol Liverpool di jaringkan oleh Alberto,Aspas,Kelly dan Sterling.

Bahagian Serangan :-
    Pada bahagian ini,paling menyerlah adalah Downing dan Aspas.Kombinasi mereka amat menarik.Ibe pula untuk perlawanan ini kurang menyerlah tidak seperti perlawanan sebelum ini.Assaidi pula gerakan solonya menarik tetapi masih tidak cukup untuk membuat beberapa serangan yang merbahaya.Manakala Borini lariannya agak lambat tetapi ada beberapa peluang yang baik di peroleh cuma penyudah kurang memuaskan.Raheem Sterling pula kurang menyerang berkemungkinan posisi di bahagian penyerang kanan tidak sesuai untuknya walaupun beliau berjaya menjaringkan gol.

Bahagian Tengah :-
   Joe Allen sejak kebelakangan ini prestasi beliau amat menakjubkan tidak seperti musim lepas,kali ini beliau banyak membantu bahagian serangan dan pergerakannya juga menarik.Coutinho tidak perlu lagi di pertikaikan kebolehan beliau,sememangnya prestasinya tetap di tahap tinggi..Henderson,Gerrard dan Lucas banyak bertahan di bahagian tengah untuk memastikan bahagian tengah kukuh dan mereka menjalankan tugas dengan baik.Luis Alberto pula dari masa ke semasa persembahannya makin meningkat naik,cara beliau menyerang dan membuat pergerakan serta mencipta beberapa peluang gol amat menakjubkan.

Bahagian Pertahanan :-
   Mengejutkan Spearing bermain di bahagian bek kanan dan beliau merupakan pemain paling tidak menyerlah untuk perlawanan ini.Martin Kelly yang menggantikan Spearing beraksi baik di posisi yang sama.Bahagian ini pemain terbaik adalah Coates dan beliau juga saya pilih sebagai pemain terbaik perlawanan.Flanagan yang beraksi untuk bek kanan telah melakukan tugas dengan cemerlang berbanding penggantinya Enrique di posisi yang sama.Wisdom pula aksinya hanya biasa sahaja termasuk juga Toure tetapi Toure berjaya mengekang asakan lawan dari masuk ke dalam kotak penalti.

Penjaga Gol :-
   Antara Brad Jones dan Mignolet,nampak lebih baik beraksi adalah Mignolet tetapi tidak boleh di nafikan Jones juga menjaga gawang dengan baik cuma gol yang di bolosinya bukan hasil kesilapannya.

Keseluruhan :-
   Seperti biasa serangan Liverpool kurang menyerlah dan gagal menemui penyudah yang baik.Palang juga menjadi penghalang setelah di lihat 4-5 kali bola terkena palang.Kecekapan penjaga gol tuan rumah juga tidak boleh di nafikan,beliau beraksi baik.Bahagian tengah dan pertahanan amat baik.

Sebelas Pemain Terbaik :
Mignolet
Kelly   Coates   Toure   Flanagan
Henderson
Gerrard          Alberto
Downing              Coutinho
Aspas

Pemain Liverpool Terbaik : Sebastian Coates
Pemain Liverpool Terburuk : Jay Spearing

Sebastian Coates

p/s : No Suarez No Problem

~YNWA~

Friday 2 August 2013

SESI FOTOGRAFI 5

Nahh ini gambar-gambar terbaru yang dapat di hasilkan...

splash water in blue...


smoke

Potrait : haryanie athirah




Time is running out

HDR


kegersangan





Thursday 25 July 2013

FRIENDLY : MELBOURNE VICTORY 0-2 LIVERPOOL FC

   Liverpool melakarkan kemenangan kali ketiga berturut-turut,kali ini melawan kelab dari Australia,Melbourne Victory.Perlawanan ini menyaksikan penampilan pertama Suarez dalam Perlawanan Persahabatan Pra Musim.

  Gol Liverpool di hasilkan oleh Steven Gerrard dan Aspas.Semasa gol kedua,Luis Suarez tidak meraikan gol tersebut walaupun gol yang di hasilkan adalah dari hantaran beliau,ini mungkin Suarez sudah tidak gembira di dalam skuad BR.Khabar angin mengatakan beliau benar-benar mahu meninggalkan Anfield dan berkemungkinan besar ke Arsenal tetapi dalam bidaan terbaru Arsenal sebanyak 40juta EURO telah di tolak oleh Liverpool.

   Ada sebahagian peminat tidak mahu melihat Suarez meninggalkan Liverpool yang merupakan aset berharga buat Liverpool tetapi dengan beberapa khabar angin di lihat sebahagian lagi penyokong Liverpool tidak peduli jika Suarez ingin berhijrah memandangkan adanya Sturridge dan Aspas di bahagian serangan.

   Bagi aku tanpa Suarez,Liverpool akan kerugian besar tetapi tanpanya juga tiada masalah yang besar buat kelab seperti Liverpool.

Lampu Tinggi Melbourne Victory VS Liverpool FC :
~YNWA~

Sunday 21 July 2013

JAKARTA : INDONESIA XI 0-2 LIVERPOOL FC



  Pasukan pilihan Indonesia menerima kunjungan Liverpool di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta,untuk siri Pra-Musim 2013 Liverpool Tour.Liverpool yang di jangkakan menang mudah dan memperoleh jumlah jaringan yang besar tetapi hanya mampu mencatatkan 2 gol pada awal dan akhir perlawanan.

   Gol-gol Liverpool di jaringkan oleh Coutinho dan Sterling.Keadaan padang yang tidak rata dan teruk menjejaskan strategi Liverpool yang gemar melakukan hantaran-hantaran pendek.Tidak seperti Indonesia melawan Arsenal tempoh hari,keadaan padang cantik.Ia boleh di lihat pada setiap larian pemain Liverpool seperti berjaga-jaga dengan keadaan padang takut mengalami kecederaan akibat padang tidak rata.Perlawanan agak membosankan pada awal permainan.Kurang aksi-aksi menarik.

   Perlawanan persahabatan ini juga hampir di cemar oleh pergaduhan mulut di antara Martin Skrtel dan pemain Indonesia berjersi nombor 5.Sepatutnya ia tidak berlaku kerana ini hanya perlawanan persahabatan dan sepatutnya pemain Indonesia lebih bersikap profesional kerana bukan senang untuk kelab-kelab besar datang untuk melakukan perlawanan persahabatan.

   Kredit harus di berikan kepada Phillipe Coutinho kerana beraksi cemerlang.Tidak kurang juga Luis Alberto yang banyak membantu di bahagian tengah.Keputusan penuh Indonesia XI 0-2 Liverpool FC.

~YNWA~

Tuesday 16 July 2013

BAYERN MUNICH : SUAREZ FOR £25m + XHERDAN SHAQIRI?

   Khabar angin mengatakan Bayern Munich benar-benar mahukan khidmat penyerang sensasi Liverpoo,Luis Suarez.Bayern sanggup membayar sekitar £25m dan di tambah dengan satu pemain sayap iaitu Xherdan Shaqiri.

   Bayern tidak berniat untuk menjual pemain yang berasal dari Swiss dan berusia 21tahun itu walaupun mereka telah membeli Mario Gotze dan Thiago Alcantara.Tetapi sedia maklum Bayern memang berminat untuk dapatkan Suarez di tambah pula Suarez yang mahu berhijrah hanya kerana mahu bermain di Liga Juara-Juara Eropah.Jadi sebagai pertukaran mereka meletakkan harga £25m dan Xherdan Shaqiri sebagai harga untuk mendapatkan Suarez.

   Sebelum ini pihak pengurusan Liverpool berkeras tidak mahu menjual Suarez kepada mana-mana kelab terutama telah menolak mentah-mentah tawaran daripada Arsenal,tetapi mungkin ia boleh di pertimbangkan semula kerana Bayern bukan kelab dari Liga Barclays.

   Jika Suarez pergi juga berhijrah,tidak nampak sebagai satu masalah yang besar buat Liverpool di bahagian serangan kerana LFC mempunyai Sturridge dan pemain baru iaitu Aspas yang menunjukkan corak permainan yang terbaik,Tetapi cuma yang menjadi masalah dari segi keserasian.Sebelum ini juga Liverpool banyak kali bermain tanpa kelibat Suarez yang di gantung perlawanan dan masih boleh mencipta kemenangan.Cuma tanpa Suarez,para peminat Liverpool akan merasakan kekosongan kerana Suarez apabila di turunkan akan sentiasa menjanjikan aksi yang terbaik dan menghiburkan(termasuk gigit lengan Ivanovic)

   Apa-apa pun kita sama-sama lihat sama ada ianya bakal Berlaku atau Tidak.


YNWA

 

Monday 15 July 2013

LIVERPOOL DAN ARSENAL MENANG.MANCHESTER UNITED KECUNDANG.

  Maaf la sebab lama tak update pasal Liverpool,apepon berita gembira untuk peminat The Reds, Liverpool memulakan langkah kanan dalam pertemuan Pra Musim dengan perlawanan persahabatan yang pertama iaitu melawan Preston End.Liverpool menang 0-4 dan gol-gol di jaringkan oleh Countinho(pen),Ibe,Sterling dan pemain baru Aspas.

WAJAH-WAJAH MUKA BARU LFC
  Dalam Perlawanan ini BR telah menurunkan semua muka baru yang iaitu Mignolet,Toure,Luis Alberto dan Aspas.Boleh di katakan permainan Alberto dan Aspas sangat mengkagumkan.Cuma Mignolet dan Toure banyak berehat kerana jarang kubu Liverpool di serang cuma hanya sesekali.Di harap pembelian ke semua mereka berbaloi(kecuali Toure perpindahan percuma).

  Arsenal juga mula dengan langkah kanan apabila menang dan kenduri gol setelah berkunjung di Stadium Gelora Bung Karno,Jakarta,untuk bertemu Indonesia.Arsenal menang 0-7.Lain pula cerita di Thailand(tadi berita gembira,ini berita sangat gembira),reputasi selaku Juara Liga Perdana Inggeris dan antara pemegang gelaran Gergasi Eropah,Manchester United telah tewas dalam perlawanan persahabatan menentang Thai All Star dengan keputusan 1-0.

   Apakah Chelsea akan mengikut jejak Liverpool dan Arsenal atau mengikut jejak Manchester United dalam perlawanan persahabat menentang Skuad Harimau Malaya pada 21 Julai ini.Untuk pertemuan lepas Chelsea hanya menang melawan Malaysia dengan keputusan 0-1 itu pun nasib gol.

Yang Penting,
~YNWA~

Sunday 30 June 2013

PENGHARGAAN

   Usia aku dalam bidang foto ni masih baru,dengan tunjuk ajar dan nasihat kawan-kawan di facebook dan blog makin lama aku makin mahir dalam bidang fotografi tetapi masih perlu terus belajar.Walaupun kamera aku tak secanggih mana dan kelengkapan yang terhad,aku masih ingin mencuba.Setelah beberapa gambar telah di ambil,ada antara gambar aku telah menjadi antara Top Picture Of The Day.Walaupun tiada hadiah tetapi aku amat berpuas hati.


'Best of the Day'
28/06/2014
 Buildings & Architecture



 TOP POTD : 6/5/2013
TEMA : Large Aperture

  

Saturday 29 June 2013

SESI FOTOGRAFI 4

Tiada apa sesi pembelajaran...hanya menunjukkan hasil kerja...