Pages

LFC

LFC

Tuesday 25 September 2012

LIVERPOOL FC : DILEMA KECEDERAAN PEMAIN LAGI


Selepas Lucas Leiva mengalami kecederaan semula dan memerlukan rehat panjang,kali ini dua pemain pertahanan utama telah cedera dan akan berehat dalam tempoh yang sangat lama.Pemain-pemain yang di maksudkan itu ialah Daniel Agger dan Martin Kelly.

Agger dan Kelly telah mengalami kecederaan yang serius semasa perlawanan menentang Man United.Di khabarkan Agger berkemungkinan besar akan berehat sepanjang musim ini atau mungkin akan sempat bermain dalam 2 atau 3 perlawanan terakhir bergantung dengan kecergasan beliau nanti.

Kelly pula mungkin akan terlepas beraksi sehingga  hujung tahun ini.Apabila kedua-dua pemain ini di rehatkan,pasti sukar buat BR untuk memilih pemain dan berkemungkinan tempat mereka berdua akan di gantikan Carragher dan Enrique.

Carragher adalah pemain senior yang berpengalaman tetapi sejak akhir-akhir ini beliau seperti tiada bisa untuk mempertahankan pintu gol dari di bolosi.Mungkin juga jika di beri peluang kepada Coates lebih berguna memandangkan Coates sudah menunjukkan peningkatan positif.

Enrique pula semakin lama semakin hilang arah tidak seperti semasa beliau menyertai Liverpool.Skill dan strategi beliau mudah di baca oleh pihak lawan.Apa-apa pun di harap tiada lagi pemain yang mengalami kecederaan yang sangat serius.

PERMATA BARU DALAM HIDUP KU

Alhamdulillah....syukur semuanya selamat.Setelah menanti bulan demi bulan,hari demi hari,jam bersilih ganti,minit demi minit dan saat demi saat,akhirnya saya dan isteri saya telah di kurniakan puteri sulung kami yang comel pada 24 september 2012 jam 1922hrs di Hospital Tanjung Karang,Kuala Selangor,Selangor Darul Ehsan.

Dengan berat 3.2kg,kami telah memberi nama puteri kami iaitu HARYANIE ATHIRAH BINTI ADI ADLEE.Dengan kehadiran orang baru ini,kami mohon doa kepadamu YA ALLAH semoga dia sentiasa di lindungi dan di rahmati serta di berkati.

Setelah dia di lahirkan,titisan air mata telah menitis ke pipiku dan aku sangat gembira menjadi seorang ayah.Insyallah aku akan cuba menjadi ayah dan suami yang terbaik.

Monday 24 September 2012

TEWAS LAGI : LIVERPOOL FC 1 - 2 MANCHESTER UNITED


Kekalahan ketiga dalam 5 perlawanan.Di manakah silapnya?Apakah puncanya?Untuk perlawanan tadi menyaksikan Liverpool tewas kepada Man United,1-2,kekalahan pertama Liverpool di tempat sendiri ke atas musuh tradisinya itu dalam 5 perlawanan terakhir menentang Man United.

Untuk keseluruhan perlawanan Liverpool telah menguasai permainan tetapi setelah Jonjo Shelvey dilayangkan kad merah semasa babak pertama,ia merencatkan sedikit corak permainan Liverpool.Isu kad merah itu sepatutnya tidak berlaku kerana bola itu 50/50 tetapi dalam keadaan pantas dan terjahan yang agak keras,di mata pengadil ia adalah kesalahan berat.Tetapi itu bukan kesilapan pengadil kerana sesiapa pun akan mengatakan itu terjahan yang sepatutnya di layangkan kad merah tetapi bila lihat ulang tayang semula,kesalahan itu hanya sedikit,mungkin boleh hanya di beri sepakan percuma tanpa kad atau kad kuning sahaja.

Walaupun Liverpool bermain dengan kekurangan 1 pemain,Steven Gerrard berjaya meletakkan Liverpool di hadapan sebaik sahaja separuh masa kedua bermula apabila bola yang hendak di keluarkan oleh pemain Man United melambung ke arah Gerrard dan beliau dapat mengawal bola itu dengan baik seterusnya melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol Man United.

Selang beberapa minit kemudian Man United berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan cantik oleh Rafael.Pada minit yang ke 81,Man United seperti biasa di hadiahkan sepakan penalti walaupun tiada kekasaran yang berlaku cuma dari sudut kedudukan pengadil ia seolah-olah ada berlaku kekasaran.Van Persie dengan mudah menjaringkan gol penalti itu walaupun Reina berjaya menepis bola itu tetapi masih tidak cukup untuk mengelakkan bola itu terjah ke dalam gol.

Beberapa percubaan menarik yang dapat di lakukan oleh pemain Liverpool.Kehadiran Sterling malam ini tidak banyak membantu.Shelvey juga sepatutnya tidak beraksi dalam kesebelasan utama kerana jika di lihat beberapa perlawanan sebelum ini,beliau hanya berbisa jika di masukkan sebagai Super Sub.Hasil kaji selidik blogger LFC,Gerrard telah menjaringkan gol pada minit 45 dan 51 saat = 45+51=96.Adakah ia kebetulan?

Saturday 22 September 2012

LIVERPOOL VS MANCHESTER UNITED : PERTEMBUNGAN YANG PALING DI NANTIKAN


 
 Liverpool vs Man Utd
23 September 2012
2030HRS
Channel 812 - ESPN
Channel 832 - ESPN HD
Seperti biasa pertembungan di antara musuh utama,Liverpool dan Man United adalah di nantikan para peminat di seluruh dunia.Di tambah pula isu di antara Suarez dan Evra yang masih diperkatakan menjadikan ia perlawanan yang menarik dan mendebarkan.

Liverpool yang masih belum mencipta kemenangan di perlawanan liga akan berusaha untuk mendapatkan mata penuh di laman sendiri.Tetapi walaupun Liverpool dalam krisis untuk berada di tahap yang terbaik,apabila bertemu degan Man. United,kemenangan selalunya berpihak kepada Liverpool.Cuma ketumpulan bahagian serangan menjadi kerisauan buat peminat Liverpool FC.Untuk rekod,Man. United dalam 5 kunjungan terakhirnya ke Anfield masih gagal mencipta kemenangan.

Liverpool akan menurunkan pemain-pemain terbaik yang kebanyakkan di beri rehat semasa Liverpool membenam Young Boys,5-3,di saingan UEFA Europa League.Perlawanan ini juga adalah perlawanan pertama Liverpool di laman sendiri selepas pendedahan laporan tragedi Hillsborough.Laporan itu menegaskan, penyokong Liverpool tidak bersalah menyebabkan kematian 96 penyokong sebelum dan ketika perlawanan separuh akhir Piala FA 1989 menentang Nottingham Forest di Stadium Hillsborough di Sheffield Wednesday.

Diharapka The Reds akan mencipta kemenangan pertama dan jika ia terjadi,itulah hadiah paling istimewa buat peminat Liverpool.

Barisan pemain pilihan sendiri :
Reina
Kelly Skrtel Agger Johnson
Allen Sahin
Gerrard
Suarez         Sterling
Borrini

Pemain simpanan pilihan :
Jones,Shelvey,Downing,Assaidi,Carragher,Morgan,Enrique



Friday 21 September 2012

LIVERPOOL FC : CARA JONJO SHELVEY MERAIKAN GOLNYA DI U.E.L ADA MAKNA YANG TERSIRAT.


Jonjo Shelvey.......

Sejak akhir-akhir ini beliau telah menunjukkan prestasi yang memuaskan termasuk yang terbaru beliau menjadi wira semasa menentang Young Boys setelah beliau menjaringkan 2 gol lewat untuk memastikan Liverpool menang dengan keputusan 5-3 di UEFA Europa League(UEL).

Beliau telah menjaringkan gol pertamanya di UEL dan telah meraikannya dengan cara tersendiri.Ia adalah sama cara beliau meraikkan gol pertamanya di BPL semasa Liverpool menewaskan Chelsea dengan keputusan 4-1.

"I celebrated like that because my brother wears glasses – everyone in the family wears glasses except for me.He and I like a bit of banter. He was up in the box and it was a nice moment for him and my family."-Jonjo Shelvey

Diharapkan Shelvey akan terus beraksi di tahap yang baik.

JONJO SHELVEY HERO!!!UEL : YOUNG BOYS 3 - 5 LIVERPOOL



Liverpool memulakan saingan dengan mengukir kemenangan di tempat lawan.Brendan Rodgers telah menurunkan pemain-pemain muda dan pemain simpanan untuk perlawanan ini.Aku tak dapat nak ulas banyak sebab tengok pun pada minit ke 70 atas sebab sedang bertugas.Jadi dari apa yang aku baca di FB itulah yang aku dapat nyatakan.

Liverpool telah mendahului pada awal permainan atas kesilapan pemain pertahanan YB yang menanduk masuk gol sendiri.YB telah berusaha lebih dan akhirnya mereka telah dapat gol penyamaan.Tidak lama kemudian A.Wisdom telah menanduk masuk bola hasil dari sepakan sudut untuk memberi Liverpool mendahului 1-2 sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua YB telah berjaya mendapatkan dua gol untuk mereka mendahului perlawanan sehingga Sebastian Coates berjaya menghasilkan jaringan untuk gol ketiga Liverpool dan juga sebagai gol penyamaan 3-3.Jonjo Shelvey berjaya menjaringkan gol keempat buat Liverpool hasil kesilapan pemain YB dan gerakan menarik dari Borini yang pada mulanya membuat hantaran lintang kepada Shelvey tetapi gagal di sambut baik dan bola terus sampai kepada Henderson,Henderson membuat keputusan yang bijak kembalikan hantaran lintang tersebut kepada Shelvey dan beliau berjaya menolak masuk bola itu.

Tidak lama kemudian,Jonjo Shelvey sekali lagi berjaya menjaringkan gol hasil gerakan solonya dan juga bantuan dari Borini yang mengkucar-kacirkan pertahanan lawan sehingga membuka ruang kepada Shelvey untuk membuat rebatan terus ke dalam gawang lawan untuk membolehkan Liverpool terus di depan sehingga tamat permainan.

Keputusan akhir Young Boys 3-5 Liverpool.Rahim Sterlig juga telah di masukkan pada lewat permainan,jadi tiada yang menarik dari beliau untuk perlawanan ini.





Group A : 1st Game





Tuesday 18 September 2012

UEFA EUROPA LEAGUE : BSC YOUNG BOYS VS LIVERPOOL FC

(MALAYSIA DATE & TIME)
21/09/2012
0055HRS
LIVE : ASTRO CH817 & CH831 HD

Liverpool FC akan memulakan saingan EUROPA LEAGUE di tempat lawan.Kalau mengukur tahap prestasi Liverpool sekarang,susah rasanya nak kalahkan pasukan lawan.Tetapi kalau ketajaman penyudah menemui hasil yang positif pasti keputusan akan berpihak kepada Liverpool.

Bagi pendapat aku,Liverpool perlu menurunkan banyak pemain muda atau simpanan untuk mencari pengalaman dan juga untuk merehatkan pemain-pemain utama bagi menentang Man United untuk aksi di BPL.Kalau nak turunkan mungkin sorang dua pemain di turunkan.

Diharap perlawanan ini Liverpool FC akan menang untuk menaikkan kembali semangat juang dan moral para pemain.

Barisan Pemain Pilihan Sendiri :

Brad Jones
Kelly Carragher Coates Robinson
Allen
Shelvey Assaidi
Morgan        Downing
 Borrini

Pemain Simpanan : Gulasci,Ayala,Flanagan,Sterling,Yessil,Suarez

Monday 17 September 2012

SKUASY : DATUK NICOL ANN DAVID GAGAL PERTAHANKAN KEJUARAAN DI TERBUKA MALAYSIA

Datuk Nicol Ann David gagal mempertahankan kejuaraan di Terbuka Malaysia sekaligus memusnahkan impiannya untuk merangkul kejuaraan buat kali ke-8.Beliau telah dikalahkan oleh pemain no 2 dunia,Raneem El Weleily.

Raneem,23,dari Mesir merupakan juara dunia remaja 2005 telah mengalahkan Nicol dalam jumlah mata 12-10,11-3,11-6,11-2 dalam masa hanya 36minit.Ini adalah kemenangan pertamanya dalam 8 pertemuan terhadap Nicol.

Nicol beritahu beliau kecewa dengan keputusan itu dan telah menghampakan peminat setianya.Pemain no 1 dunia itu juga beritahu pertarungan akhir itu juga sangat sukar dan lawannya sering membuat pukulan yang tepat dan kurang melakukan kesilapan.

Raneem pula beritahu bahawa Nicol masih pemain terbaik dunia dan akan bangkit kembali.Dengan kemenangan itu Raneem telah membawa pulang piala dan wang tunai US$10,200 dan Nicol menerima hadiah wang tunai sebanyak US$6,900.

Semoga Datuk Nicol akan kembali pada aksi terbaiknya.

Sumber : BERNAMA

Sunday 16 September 2012

LIVERPOOL FC : MASIH BELUM DAPAT 3 MATA PENUH


Liverpool FC masih tidak dapat 3 mata penuh,aku tak dapat nak beritahu banyak sebab tak tengok game antara Sunderland VS Liverpool FC.Cuma Liverpool telah ketinggalan pada minit yang ke 28 setelah Fletcher berjaya menjaringkan atas kesilapan pemain pertahanan.

Pada separuh masa kedua Liverpool banyak peluang yang terhidang tetapi masih buntu mendapatkan gol.Percubaan Johnson terkena palang,rembatan Gerrard kena tiang,tandukan Skrtel berjaya di selamatkan,percubaan Shelvey berjaya di tepis.Hanya pada minit ke 70,Suarez berjaya mendapatkan gol penyamaan hasil gerakan menarik dari Rahim Sterling.

Rahim Sterling sekali lagi menunjukkan permainan yang luar biasa dan menakjubkan,ramai yang bersetuju beliau bermain dengan baik dan boleh di anggap bintang baru di Anfield.

Keputusan akhir : 
                                  Sunderland         Liverpool FC
Jaringan                    :       1                          1
Percubaan tepat        :       4                          9
Peratusan                  :      47%                    53%

Kecewa dengan keputusan ini dan melihatkan dalam 4 perlawanan Liverpool FC hanya mengutip 2 mata hasil keputusan 2 kali seri dan 2 kali kalah.

Liverpool FC vs West Brom = 0-3
Liverpool FC vs Man. City = 2-2
Liverpool FC vs Arsenal = 0-2
Liverpool FC vs Sunderland = 1-1

Untuk maklumat lanjut boleh pergi jenguk-jenguk di :
http://www.wangerrard.com/
http://www.liverpoolfc.com/
http://redderscreepers.wordpress.com/

Saturday 15 September 2012

JOHOR DARUL TA'ZIM

Nak berkongsi pasal Negeri Johor Darul Ta'zim jap,bagi yang tak tahu meh nak cerita sket....
JOHOR DARUL TA'ZIM,terletak di selatan tanah air yang berkeluasan kira-kira 19210km persegi dan sebagai negeri yang ke5 terbesar di Malaysia.Ibu negerinya ialah Johor Bahru dan mempunyai 10 daerah di dalam Negeri Johor iaitu Johor Bahru,Muar,Batu Pahat,Segamat,Pontian,Kulaijaya,Ledang,Kluang,Kota Tinggi dan Mersing.Sultan Johor yang terkini ialah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar merupakan Sultan Johor yang ke 25.Era kesultanan Johor bermula pada tahun 1511 iaitu Sultan Johor Pertama,Sultan Mahmud Shah.

Negeri Johor juga adalah sebagai satu-satu negeri di Malaysia yang mempunyai pantai di bahagian timur dan barat.Darul Ta'zim adalah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud Tempat Perlindungan Yang Bermaruah.Tanjung Piai terletak di daerah Pontian merupakan penghujung Benua Asia.

Majoriti penduduk di Johor adalah berbangsa Melayu,kedua bangsa Cina,ketiga bangsa India dan lain-lain kaum hanya mewakili 6% daripada bangsa Johor.

Zapin dan Kuda Kepang adalah tarian tradisional melayu di Johor.Ghazal dan Barongan adalah menjadi tulang belakang dalam kesenian melayu Johor.Pakaian tradisional popular di Johor adalah baju melayu Teluk Belanga.

Lagu Bangsa Johor adalah lagu kebesaran Johor Darul Ta'zim.Lagu ini digubah oleh konduktor muzik Armenia, Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah) dan liriknya dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman.
Lagu Bangsa Johor :
 Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.
 
Di negeri Johor juga tedapat beberapa tempat perlancongan yang menarik seperti Pantai Desaru,Air Papan di Mersing,Air Terjun Kota Tinggi,Gunung Ledang dan banyak lagi.Yang terbaru Legoland di Nusajaya,Taman Tema Lego Pertama di Asia.
Keluarga DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar 

 #bangga jadi rakyat Johor......DAULAT TUANKU

LIVERPOOL FC U21 : SAMED YESIL PAMERKAN AKSI CEMERLANG


Pemain baru di bawa masuk untuk skuad bawah 21 Liverpool,Samed Yesil telah berjaya mempamerkan aksi cemerlang bagi membantu Liverpool U21 menang ke atas Chelsea U21 yang berakhir dengan keputusan 4-1.Beraksi selama 58minit,pemain penyerang bawah 21tahun dari Germany ini sekurang-kurangnya mempunyai 3 peluang untuk jaringkan gol.Bergandingan bersama Dani Pachecho di bahagian serangan,Liverpool U21 telah menguasai perlawanan untuk separuh masa pertama.

SUNDERLAND VS LIVERPOOL

Stadium Of Light
16 September 2012
0030hrs(Waktu Malaysia)

Liverpool akan memulakan saingan semula selepas 13hari berehat dalam Liga Perdana Inggeris(BPL).Selepas 3 perlawanan dan hanya mengumpulkan 1 mata dan kedudukan terkini di tangga ke18,ini adalah perlawanan yang penting buat The Reds kerana memerlukan kemenangan pertama.
Liverpool tiada masalah dalam pemilihan pemain untuk perlawanan ini kerana kesemua pemain dalam keadaan cergas kecuali Lucas Leiva yang mengalami kecederaan.Di harapkan Liverpool akan menang dalam perlawanan ini dan kembali dalam prestasi yang terbaik.

Barisan pemain pilihan sendiri :
Reina
Johnson Skrtel Agger Enrique
Allen
Gerrard    Sahin    
Suarez Borini Sterling  

Liverpool perlu kembali bermain secara pantas dan mesti selalu membuat percubaan dari jarak jauh ini kerana hantaran-hantaran jarak jauh kepada penyerang boleh di katakan tidak relevan kerana tiada pemain yang tinggi seperti Caroll dan Crouch untuk membuat jaringan.Pemain pertahanan juga tidak perlu selalu menghantar kembali bola kepada penjaga gol kerana ia mudah di baca pihak lawan seperti semasa melawan Man City tempoh hari.


#wa xdapat tengok....keje...!!!damn la...!!

Sunday 9 September 2012

PIALA SCTV : UJIAN SKUAD HARIMAU MUDA DI JAKARTA



Skuad Harimau Muda akan beraksi di kejohanan Piala SCTV di Jakarta.Beraksi di Stadium Utama Bung Karno untuk perlawanan menentang pasukan Garuda itu malam ini jam 2030hrs waktu Malaysia,ia adalah satu pendedahan dan ujian yang besar terutama dari segi mentaliti dalam persediaan mempertahankan emas Sukan Sea di Myanmar pada tahun hadapan.

Jurulatihnya Ong Kim Swee beritahu perlawanan ini penting untuk memberi pendedahan awal terutama pada anggota baru Harimau Muda dalam suasana bermain di hadapan ribuan penyokong tuan rumah.

"Saya sering katakan jangan tertekan untuk mengejar kemenangan,kita harus bermain dibawah tekanan yang sangat menguji ketahanan mental"kata jurulatih Harimau Muda itu.

"Seandainya mereka beraksi cemerlang ia adalah satu kelegaan dan jika mereka menang,ia adalah bonus buat mereka dan seluruh yang mendukung bola sepak Nasional"katanya lagi

Antara pemain yang akan diturunkan seperti Rozaimi Abd Rahman(Sabah),Nik Mohd Sharul Azim(Kelantan),S. Ruben(ATM),Saiful Izuan(UiTM) dan dua lagi pemain PKNS,Aminnudin Mohd Nor dan Azrif Nasrulhaq.

Selepas di Jakarta skuad Harimau Muda akan ke Singapura untuk menentang pasukan Home United pada 15 Sept dan seterusnya ke Vietnam untuk jemputan Newspaper Cup pada Oktober depan.

Sumber : BERNAMA

Friday 7 September 2012

TEMAN PENGGANTI : ADAKAH LAGU TERAKHIR DARI MALIQUE?

 TEMAN PENGGANTI : BLACK FEAT MALIQUE

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Apakah ini lagu terakhir dari Malique yang lebih di kenali Malique Too Phat.Lihat sahaja lirik-liriknya,sungguh bermakna dan mendalam isinya.Malah ada juga yang menggatakan beliau menghidap penyakit tetapi wallahualam,itu hanya khabar angin,tiada siapa yang mengesahkannya malah dari empunya badan sendiri.Sebab-sebab beliau tidak mahu muncul di khalayak ramai itu pasti ada jawapan yang tersendiri.Gua tetap menyokong Malique.Apepun lagu ini mampu menitiskan airmata jika mendalami setiap lirik dan rangkapnya terutama rangkap yang terakhir.

Monday 3 September 2012

KEGAGALAN PEMAIN BERAKSI BAIK ATAU KESALAHAN OLEH PENGURUS DALAM PEMILIHAN PEMAIN DAN FORMASI?


Dimanakah silapnya???Liverpool telah tewas kali kedua dalam saingan liga dan hanya mengutip 1 mata selepas 3 perlawanan liga.Apakah kegagalan pemain bermain dengan baik atau kesilapan pengurus memilih pemain dan formasi menjadi punya kekalahan Liverpool ke atas Arsenal yang berkesudahan 0-2.

Pada pendapat aku,pemilihan pemain dan formasi yang di gunakan adalah perkara yang betul di mana keseluruhan pemain adalah pemain yang berkualiti tetapi ketumpulan penyudah dan kelonggaran barisan pertahanan nampaknya menjadi punca kekalahan termasuk juga keupayaan Pepe Reina menjaga gawang gol terus di pertikaikan oleh pihak tertentu.Kita boleh lihat betapa longgarnya pertahanan yang di kemudi oleh 4 bintang Liverpool iaitu Agger,Skrtel,Johnson,Enrique yang membuat kesilapan sehingga Arsenal berjaya menjaringkan 2 gol.Bagaimana Johnson boleh membiarkan Podolski berlari dari tengah tanpa apa-apa asakan walaupun beliau boleh memintas lebih awal,Sktel membiarkan Cazorla menyusup masuk untuk gol kedua.

Fabio Borini dan Luis Suarez yang kurang memberi impak.Suarez juga kerap mahu membuat larian solo tetapi selalu gagal melepasi pertahanan Arsenal.Hantaran-hantaran daripada pemain Liverpool juga tidak tepat ke sasaran.Nuri Sahin yang di turunkan juga gagal membantu walaupun bermain baik,Joe Allen dan Rahim Sterling masih bermain dengan baik.Kemasukan Shelvey baru nampak percubaan2 jarak jauh yang berbahaya.Hilangnya percubaan jarak jauh dari pemain Liverpool walhal dulu kebanyakan pasukan gerun dengan The Reds kerana percubaan dari jarak jauh yang bahaya.

Adakalanya keputusan pengadil juga di pertikaikan tetapi itu bukan alasan kerana peluang yang terhidang di sia-siakan dan kelonggaran bahagian pertahanan terlalu nampak.

Saturday 1 September 2012

PEPE REINA : MASIH RELEVAN ATAU TIDAK?


Pepe Reina....
Penjaga gol utama Liverpool FC dan penjaga gol kedua pasukan kebangsaan Sepanyol ini sejak kebelakangan ini Reina kerap melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.Yang terbaru masa lawan Hearts apabila bola yang di rembat oleh pemain Hearts betul-betul menuju kepadanya dan beliau sudah tentu berjaya menangkap bola itu dengan kedudukannya yang tepat waktu itu.Tetapi bola yang di sangka akan di tangkap kemas terlepas dan bergolek cantik serta perlahan masuk ke dalam gol.Sebelum ini juga Reina ada melakukan kesilapan sebegitu termasuk menentang Arsenal(lupa musim lepas atau 2 tahun lepas) ,melawan Chelsea(lupa bila tapi rasanya 2 tahun lepas dalam saingan Champions League).

Media barat sekarang ini banyak mempersoalkan keupayaan penjaga gol ini.Dari musim lepas keupayaannya menjaga gawang dari di bolosi juga di sering di perkatakan oleh pengkritik-pengkritik bola sepak di sana.Bagi aku kalau 2-3 kali perlawanan kerap bolos,sepatutya di gantikan dahulu dengan penjaga gol lain yang masih mentalitinya baik.Liverpool masih ada penjaga gol yang boleh di harapkan seperti Doni dan Jones.

Apa-apa pun,Reina tetap menjadi hero di Anfield,banyak juga bola yang mustahil di tangkap atau di tepis,beliau berjaya melakukannya.Liverpool juga perlu mencari penjaga gol yang lebih berkualiti dan muda seperti Hart,Hugo Lloris,Neuer.

Epic Fails From Reina Vs Hearts

TAMAT PERPINDAHAN PEMAIN : LIVERPOOL HANYA ADA 5 PEMAIN BARU


Seperti gambar di atas,5 pemain baru di masukkan dan 9 pemain di keluarkan.Pemain-pemain yang di beli oleh Liverpool :
Penyerang : Borini(skuad senior),Samed Yesil(skuad junior)
Tengah : Joe Allen,Assaidi(skuad senior)
Pemain Pinjaman :
Tengah : Nuri Sahin(Real Madrid)
Agak mengejutkan kerana apa yang di perkatakan sebelum ini tidak terjadi kerana tiada pemain yang di perkatakan di bawa masuk ke Anfield.Pemain-pemain itu seperti Clint Demsey,Huntelaar,Sturridge.Malah Dempsey telah berpindah ke Tottenham Hospur hanya 6juta euro sahaja walaupun sebelum ini Fulham meletakkan harganya kepada Liverpool lebih kurang 18juta euro.

Pembelian Samed Yesil juga hanya untuk Skuad Muda sahaja.Penyerang yang berasal dari Jerman itu kurang di kenali.Sebelum ini beliau bermain dengan kelab Bayern Leverkusen.Pemain berusia 18 tahun ini ke Anfield di katakan mendapat dorongan daripada Pengurusnya yang juga lagenda di Anfield iaitu Samy Hyppia.

Pembelian Borini juga masih belum nampak hasil yang mengkagumkan walaupun dia telah menjaringkan gol pertamanya dalam penampilan pertamanya bersama Liverpool FC.Setakat ini hanya Joe Allen sahaja yang telah mempamerkan aksi yang bertenaga malah di katakan akan menjadi bintang baru dan lagenda di Liverpool FC.Dua lagi pemain iaitu Assaidi dan pemain pinjaman dari Real Madrid,Nuri Sahin masih belum beraksi dan berkemungkinan akan di turunkan ahad ini untuk menentang Arsenal.

Pada hari terakhir semalam,Liverpool berjaya menjual Charlie Adam kepada Stoke City dengan nilai hanya 4juta euro dan meminjamkan Caroll selama setahun kepada West Ham tetapi telah di beri harga untuk West Ham membelinya sekitar 17juta euro.

Jadi dengan kemasukkan 4 pemain senior dan 1 pemain junior,Liverpool mengalami masalah di bahagian penyerang dan pertahanan untuk ketika ini.Jika Brendan Rodgers mahu menggunakan formasi 4-3-3,BR harus membeli lagi penyerang yang berkualiti pada musim perpindahan Januari 2013 cuma di harapkan sebelum sampai waktu itu tiada pemain atau kurang pemain yang cedera memandangkan ada 4 kejohanan yang perlu diharungi iaitu Liga Perdana,Piala Liga,Piala FA dan Liga Europa.

GAMBAR IHSAN : http://redderscreepers.wordpress.com