Pages

LFC

LFC

Monday 29 October 2012

KEPUTUSAN BPL : EVERTON 2 - 2 LIVERPOOL


   Liverpool berhak menang!!!!
Itulah sepatutnya berlaku tetapi gol terakhir dari Suarez tidak dikira kerana offside walhal bola yang dihantar kepada Coates dan bola dari tandukan dari Coates kepada Suarez tidak dalam kedudukan offside.Oleh kerana mungkin linesman buta atau di bayar,Suarez yang dapat menjaringkan gol telah di nafikan oleh penjaga garisan.Malah seawal permainan bermula dan Everton membuat serangan,pemain Everton di dalam keadaan offside secara terang-terangan tetapi bendera tidak di angkat oleh Linesman yang sama.Mutu pengadilan pula boleh di katakan baik tetapi penjaga garisan pula telah membantu Everton mencatat keputusan seri.

   Kedua-dua pasukan apabila bertemu telah mempersembahkan aksi-aksi ganas dan juga saling membuat serangan.Liverpool telah di depan terlebih dahulu hasil hantaran lintang Enrique telah di sambut oleh Suarez dan dia terus melepaskan rembatan dan terkena kaki pemain Everton dan masuk gol.Gol itu telah di kira gol sendiri,bukan gol dari Suarez.Hasil sepakan percuma dari Gerrard,Suarez sekali telah menanduk masuk bola itu untuk memastikan Liverpool FC selesa dengan kelebihan jaringan.Osman telah membuka jaringan buat Everton hasil bola muntah selepas Jones cuba mengeluarkan bola tersebut.Jika Jones tidak keluar waktu itu,Sudah pasti akan gol lebih awal.Selang 3 minit kemudian,Everton telah berjaya mendapatkan gol penyamaan.Kedua-dua gol Everton adalah berpunca dari kesilapan pemain Liverpool yang leka dan membiarkan pihak lawan boleh menyusup masuk untuk jaringkan gol.

   Luis Suarez bermain dengan sangat baik dan sikapnya pada perlawanan ini harus di puji kerana nampak lebih profesional.Mari lihat gambar gol ketiga Suarez yang di offsidekan oleh linesman :
Sepatutnya Gol
   Malah pengurus Everton,David Moyes akui itu adalah gol yang sah dan menganggap pasukannya bernasib baik.Apapun keputusan telah muktamad,walaupun kecewa dengan keputusan ini yang sepatutnya menang tapi lebih baik seri daripada kalah tanpa mata dan lebh malu kerana kalah ke atas Everton.

Friday 26 October 2012

UEFA EUROPA LEAGUE RESULTS : LIVERPOOL 1 - 0 ANZHI MAKHACHKALA

Liverpool VS Anzhi Makhachkala
  Liverpool FC telah menerima kunjungan dari kelab Rusia,Anzhi Makhachkala untuk saingan Liga Europa dan Liverpool telah memastikan kemenangan di tempat sendiri hasil jaringan oleh pemain nombor 19,Stewart Downing pada minit ke-53.
Stewart Downing
  Separuh masa pertama,kedua-dua kelab banyak melakukan kesilapan dan selalu dengan mudah kehilangan kawalan bola tetapi Liverpool masih melakukan beberapa percubaan tetapi tiada hasil yang positif terutamanya peluang Jonjo Shelvey apabila Suarez menghantar kepadanya tetapi gagal mengahasilkan jaringan selepas rembatannya liar terus melepasi jauh dari palang gol.Anzhi pula hanya sekali mencuba ke arah pintu gol Liverpool tetapi tersasar dari sasaran.

  Separuh masa kedua bermula,kedua-dua pasukan masih mencari gol pembukaan dan akhirnya minit ke-53,Stewart Downing berjaya memecahkan kebuntuan apabila mengahasilkan gol untuk Liverpool FC mendahului perlawanan.Sebelum itu Downing telah menggantikan tempat yang di tinggalkan Johnson di bahagian bek kiri selepas Johnson dikeluarkan dan di gantikan oleh Raheem Sterling.Kedua-dua pasukan terus mencuba mencari gol dan peluang terbaik Anzhi apabila bekas penyerang sensasi Barcelona,Samuel Eto'o membuat rembatan tepat ke arah Brad Jones dan Jones seperti perlawanan sebelum ini di BPL telah beraksi cemerlang untuk menafikan rembatan tersebut.Joe Allen di masukkan menggantikan Shelvey dan masih berjaya mengekalkan prestasi yang cemerlang.Sehingga wisel penamat,Liverpool berjaya menewaskan pelawat dengan keputusan penuh 1-0.

  Jonjo Shelvey tidak bermain seperti yang di harapkan dan kerap membuat kesilapan.Steven Gerrard juga tidak seperti dahulu tetapi masih beraksi baik,mungkin faktor usia.Suarez pula menunjukkan persembahan bertenaga tetapi selalu menjadi mangsa terjahan keras dan seperti pengadil sudah muak dengan sikapnya akhirnya beliau telah di layangkan kad kuning hasil ketidakpuasan hatinya terhadap pengadil.Oussama Assaidi menunjukkan skil yang menarik dan banyak membuka peluang kepada rakan untuk menjaringkan gol.Sterling pula seperti hilang kehebatannya dari masa ke semasa tetapi masih boleh di harapkan.Downing berjaya menjaringkan gol kemenangan dan menunjukkan persembahan yang mantap dan juga membuktikkan dirinya tidak perlu dijual January nanti apabila di jadualkan akan di jual oleh Brendan Rodgers.Nuri Sahin persembahkan permainan yang berkualiti untuk bahagian tengah.Pertahanan mantap yang di ketuai oleh Agger dan dibantu oleh Skrtel,Wisdom,Johnson menjadikan kubu Liverpool terlalu kebal buat pelawat di tambah persembahan mantap oleh Brad Jones yang menjadikan kubu Liverpool terlalu kukuh untuk di runtuhkan,mungkin Pepe Reina akan terasa tercabar selepas persembahan terbaik dari Jones untuk 2 perlawanan terakhir ini.Ramai peminat kecewa sedikit apabila Suso tidak di masukkan dan ada beberapa peminat The Reds meluat dengan sikap Suarez.

Diharapkan Liverpool FC terus menunjukkan persembahan mantap dan terus menang untuk perlawanan akan datang.Liverpool akan bertemu Everton hujung minggu ini untuk pertembungan Merseyside.

~YNWA~

Thursday 25 October 2012

2 LAWAN 1 = MATI !!!!!!

Alor Gajah,Melaka-24/10/2012-1430hrs

  Berlaku pertempuran 3 pelajar yang berumur 14 tahun yang di akhiri dengan kematian.Mangsa, K.Saravannan,telah di tumbuk bertubi-tubi oleh 2 lagi pelajar selama 30minit di Perhentian Bas Pulau Sebang,petang semalam.

  Lagi menyedihkan apabila lebihkurang 30 individu termasuk orang dewasa hanya menyaksikan pergaduhan itu berlaku tanpa memberi bantuan atau meleraikan insiden itu,malah setelah mangsa pengsan akibat di keroyokkan oleh penyerangnya,kesemua mereka telah melarikan diri.

  Mangsa telah di bantu oleh rakannya untuk di bawa ke Hospital Tampin,Negeri Sembilan dan telah di sahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

   Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka,ACP Raja Shahrom Raja Abdullah,siasatan awal berpunca apabila mereka saling cabar-mencabar antara mangsa dan 2 pelajar SMK Mansur Shah.

  #Jika mereka bukan saling cabar-mencabar dan hanya saling sabar-bersabar,mungkin perkara ini tidak berlaku. :-)

Punca Maklumat : MyMetro(25/10/12) http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tontonaksimatidibelasah/Article/index_html

Sunday 21 October 2012

KEPUTUSAN PENUH : LIVERPOOL 1 - 0 READING

Liverpool VS Reading
Brendan Rodgers(BR)

Liverpool FC menerima kunjungan dari Reading untuk bertemu di perlawanan BPL.Liverpool yang bermain tanpa Reina,Borini,Kelly yang mengalami kecederaan bermula agak perlahan.


Selepas 10minit perlawanan bermula barulah beberapa percubaan berjaya di hasilkan oleh pemain Liverpool tetapi masih buntu mencari gol pembukaan.Sehinggalah pada minit ke 28,Raheem Sterling berjaya menjaringkan gol pertama untuk Liverpool dan ianya juga gol pertamanya di BPL.Selepas gol itu,Liverpool telah membuat serangan bertali arus tetapi masih gagal menambah jaringan.Barisan pertahanan yang di ketuai oleh Daniel Agger berjaya mematahkan beberapa serangan dari Reading.
Raheem Sterling
Separuh masa kedua bermula,Reading telah banyak menguasai perlawanan dan hampir-hampir menyamakan kedudukan apabila pemain Reading,McCleary yang telah mencuba dari jarak dekat dan kaptennya,McAnuff membuat rembatan dari jarak jauh tetapi berjaya di selamatkan oleh penjaga gol Liverpool,Brad Jones.Reading terus mendominasi permainan dan berjaya membuat beberapa percubaan tetapi berjaya di selamatkan oleh Brad Jones.Liverpool pula juga hanya sesekali membuat percubaan untuk menambahkan jumlah jaringan namun tiada hasil yang positif.Kemasukan Jonjo Shelvey yang menggantikan Nuri Sahin,Enrique menggantikan Suso dan Henderson menggantikan Sterling masih belum cukup untuk mengubahkan jumlah jaringan sehingga wisel penamat.
Brad Jones
Akhirnya Liverpool berjaya menewaskan Reading dan mencatat kemenangan pertama di tempat sendiri untuk musim ini dengan keputusan Liverpool 1-0 Reading

Pemain Liverpool yang best malam ini :
Raheem Sterling,Gerrard,Suarez,Agger,Allen,Johnson,Wisdom,Brad Jones

Pemain Liverpool yang tak best malam ini :
-

Pemain Liverpool 50/50 :
Suso,Sahin,Shelvey,Enrique,Henderson,Skrtel

Monday 15 October 2012

Penjaga Gol Malaysia Bernilai RM 3Juta?

  Khairul Fahmi Che Mat atau nama manja Apex di katakan akan memperoleh gaji yang cukup lumayan iaitu sebanyak RM 3,000,000.00
  Beliau adalah penjaga gol Malaysia dan Kelantan adalah penjaga gol terbaik Asia.Jika beliau peroleh gaji dengan jumlah itu,Apex adalah pemain Malaysia termahal dan telah kalahkan nilai Safee Sali yang kini peroleh gaji lebih RM 2juta daripada kelab Pelita Jaya.Kelab mana yang tawarkan masih belum di dedahkan tetapi yang pastinya bukan Kelantan kerana di beritahu Apex akan terima nilai itu jika beliau berpindah ke pasukan lain.




  Jumlah itu juga termasuk RM800,000.00 bagi menebus kontraknya yang masih berbaki 3 tahun lagi untuk bersama pasukan Kelantan.Jika benar Apex di nilaikan dengan harga yang tinggi,harap selepas ini berliau dapat mengekalkan atau menaikkan lagi prestasi beliau ke tahap yang lebih baik dan seiring dengan nilainya.

LIVERPOOL FC : BERITA


~Liverpool akan bertemu Reading di Anfield pada 20/10/2012,siaran langsung di Astro Super Sports(813) jam 2200hrs(Malaysia).
~Liverpool berminat untuk dapatkan penyerang Aston Villa,Darent Bent pada bulan Januari nanti tetapi perlu bersaing dengan QPR yang juga minat terhadap pemain itu.
Darent Bent
~Media Sepanyol melaporkan yang Liverpool FC berminat dan paling hampir untuk mendapatkan pemain tengah Real Madrid dan juga bintang Brazil,Ricardo Kaka dengan jumlah sekitar 12m.
Kaka
~Penyerang Liverpool,Fabio Borini akan di rehatkan berkemungkinan sehingga bulan Januari selepas beliau mengalami patah kaki semasa membuat latihan bersama Skuad Italy.
~Samed Yesil mungkin akan membuat penampilan di BPL untuk menggantikan tempat Fabo Borini yang cedera.
Samed Yesil
~Liverpool juga di khabarkan berminat untuk membeli penyerang dari kelab Celtic,Gary Hooper.
Gary Hooper

Source : http://www.facebook.com/BeritaInfoLiverpoolFcynwa?ref=ts&fref=ts

Tuesday 9 October 2012

LIVERPOOL FC : CORAT-CORET DI ANFIELD

~Christian Eriksen pemain muda dari Ajax di khabarkan akan di sunting oleh Liverpool bagi menggantikan Steven Gerrard jika beliau bersara nanti.
~Roger Hunt salah seorang lagenda dan penyerang Liverpool telah mendesak Brendan Rodgers(BR) supaya menghentikan tindakan Suarez yang gemar menjatuhkan badan dengan sengaja.
~Liverpool FC bersedia membeli David Villa dengan harga 12.7m.
~Joe Allen di nobatkan 'Wales Club Player Of The Year'.
~BR di khabarkan akan menjual beberapa pemain yang kurang memuaskan prestasi untuk mendapatkan dana sebanyak 76m.Antaranya : Henderson-Caroll-Downing-Enrique
~Pengurus Stoke City,Tony Pulis mendesak agar FA England mengambil tindakan kepada penyerang sensasi dan kontroversi LFC,Luis Suarez,kerana gemar sengaja menjatuhkan badan.
~BR mempertahankan tindakan Suarez dan mengatakan Suarez selalu di persalahkan.
~Hubungan di antara Downing dan Rodgers semakin dingin selepas Downing mengkritik pemilihan pemain BR yang memilih pemain muda berbanding memilih dirinya.

INFO : http://www.facebook.com/BeritaInfoLiverpoolFcynwa



Monday 8 October 2012

MASIH BERSERI : LIVERPOOL FC 0-0 STOKE CITY



Masih berseri di sini bukan muka yang berseri...tapi keputusan seri lagi yang di beri oleh Liverpool FC semasa melawan Stoke City sebentar tadi.

Pada perlawanan tadi,separuh masa pertama agak membosankan apabila permainan kerap di berhentikan kerana beberapa kekasaran oleh pemain dan Liverpool FC agak kurang menyerlah pada babak pertama dan beberapa kesilapan yang boleh makan diri sendiri.Ada juga beberapa percubaan tetapi masih tidak tepat.

Separuh masa kedua,Liverpool banyak menguasai perlawanan dan banyak percubaan yang di hasilkan tetapi masih buntu untuk memperoleh gol.Stoke City juga bermain secara kasar dan beberapa kad kuning berjaya di hasilkan oleh pemain Stoke termasuk Charlie Adam yang pulang ke Anfield semula tetapi sebagai lawan Liverpool.Kemunculan Joe Cole yang berehat lama kerana baru pulih dari kecederaan juga tidak banyak membantu.Beliau di masukkan menggantikan tempat Suso.Oussama Assaidi juga tidak banyak membantu apabila menggantikan Nuri Sahin.

Keseluruhan perlawanan Liverpool bermain baik dan mempunyai banyak peluang cuma ketumpulan penyudah menjadi faktor keputusan seri.Bahagian pertahanan juga tidak banyak memberi bola kepada Reina dan itu adalah yang sepatutnya dan bila perlu sahaja hantar kembali kepada Reina.

Pemain Liverpool yang Thumbs Up :
Gerrard,Suarez,Allen,Sterling,Suso,Agger,Skrtel,Wisdom,Johnson

Pemain Liverpool yang Thumbs Down :
-

Pemain Liverpool 50/50 :
Reina,Sahin,Cole,Assaidi

Friday 5 October 2012

UEFA EUROPA LEAGUE RESULTS : LIVERPOOL 2-3 UDINESE

Liverpool tewas di gelanggang sendiri,tewas kepada kelab dari Italy,Udinese dengan keputusan 2-3.

Pada separuh masa pertama Liverpool hampir di hadapan apabila minit ke-7 Sebastian Coates hampir menjaringkan gol tetapi tandukannya berjaya di tepis oleh penjaga gol lawan.Pada minit ke-13,Udinese membuat beberapa pergerakan yang menarik dan menyerang secara berterusan dan hampir membuahkan hasil setelah pemain Udinese,Benatia telah berjaya menanduk bola hasil hantaran dari sepakan sudut dan hampir-hampir menjaringkan gol tetapi Reina telah berjaya bertindak pantas untuk menepis percubaan itu.Selang 3minit kemudian Borini telah melakukan percubaan tetapi ianya tersasar jauh ke sebelah kiri pintu gol Udinese.Minit ke-22,Jonjo Shelvey telah berjaya menjaringkan gol dengan menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol lawan hasil hantaran lintang dari Downing.Liverpool banyak bermain secara hantaran dekat dan hanya sesekali membuat pergerakan menyerang.
Jonjo Shelvey menjaringkan gol pertama perlawanan
Setelah babak kedua bermula,Udinese bermula garang dan telah menjaringkan gol penyamaan selepas beberapa saat wisel di bunyikan hasil gol dari Di Natale.10 minit dari babak kedua bermula Udinese menguasai perlawanan.Minit ke-64,Suarez dan Gerrard di masukkan menggantikan Assaidi dan Henderson.Liverpool terus mengatur langkah untuk mencari gol dan hampir di depan apabila Shelvey gagal menghasilkan jaringan walaupun beliau berada hanya beberapa inci dari garisan gol.Minit ke 70 dan ke-72,Udinese berjaya menjarakkan jumlah gol apabila Coates menjaringkan gol sendiri dan Pasquale berjaya membuat rembatan dari luar kotak penalti hasil hantaran Di Natale untuk memastikan Udinese di depan.Tersentak dari gol itu,Liverpool berjaya merapatkan jurang gol apabila minit ke-74,Suarez berjaya menjaringkan gol melalui sepakan percuma yang menarik dari jarak 35meter.Minit ke-77 Suarez hampir berjaya menyamakan kedudukan tetapi tandukkannya berjaya di selamatkan penjaga gol lawan.Rahim Sterling di masukkan menggantikan tempat Borini tetapi masih gagal membantu dan keputusan akhir Liverpool tewas 2-3 kepada Udinese.

Sepatutnya Liverpool boleh menang dalam perlawanan ini tetapi antara punca kekalahan adalah dari kelekaan pemain dan separuh masa pertama kurang kreatif untuk membuat peluang menjaringkan gol.Assaidi juga banyak membazirkan bola dan Carragher selalu membuatkan keadaan lebih cemas apabila mengawal bola.

Thumbs-up Liverpool Player:
Joe Allen,Jonjo Shelvey,Suarez,Gerrard,Downing,Johnson,Robinson

Thumbs-down Liverpool Player:
Assaidi,Carragher,

50/50 Liverpool Player :
Coates,Reina,Borini,Sterling,Henderson


~YNWA~

Thursday 4 October 2012

PREVIEW UEFA EUROPA LEAGUE : LIVERPOOL FC VS UDINESE


LIVERPOOL FC VS UDINESE
 0245HRS
05/10/2012
Liverpool FC akan menerima kunjungan Udinese untuk perlawanan Europa League bagi kumpulan A.Liverpool sekarang telah berada di tahap yang baik selepas mengukir kemenangan di Liga Perdana dan Piala Liga.

Berkemungkinan Liverpool akan menurunkan pemain-pemain muda dalam kesebelasan utama di mana Pacheco akan mengetuai bahagian serangan di bantu oleh Assaidi dan Borini.Brad Jones akan di pertaruhkan sekali lagi untuk menjaga gawang daripada di bolosi.

PACHECO
Di bahagian pertahanan,Jamie Carragher akan mengetuai bahagian ini dan juga akan mengambil alih jawatan kapten daripada Gerrard untuk perlawanan ini.Suso pula akan bersama-sama Henderson dan Shelvey untuk mengawal bahagian tengah.

SUSO
SHELVEY
Di khabarkan juga Joe Cole telah kembali cergas dan mungkin akan di turunkan dalam perlawanan ini begitu juga Jose Enrique yang telah kembali menjalani latihan.Gerrard dan Suarez juga akan di senaraikan dalam perlawanan ini tetapi mungkin di letakkan sebagai pemain simpanan.


Monday 1 October 2012

PIALA LIGA : LIVERPOOL FC BERJAYA MEMBALAS DENDAM

Liverpool FC telah berjaya membalas dendam ke atas West Brom selepas kekalahan di Liga Perdana pada perlawanan pembukaan musim 2012/13 yang boleh di sifatkan berat sebelah.

The Reds berjaya menewaskan West Brom 2-1 dalam aksi Piala Liga.West Brom telah berjaya menjaringkan gol pada minit ke3 selepas kesilapan penjaga gol kedua Liverpool,Brad Jones yang meluru keluar untuk menangkap bola itu sedangkan bola itu boleh di keluarkan oleh pemain lain.












Selepas tersentak dengan gol itu,The Reds berusaha lebih dan hasilnya Nuri Sahin telah berjaya menjaringkan 2 gol untuk memastikan Liverpool Fc menang.Gol pertamanya adalah dari rembatan luar kotak penalti untuk menewaskan Ben Foster.Gol yang sangat menarik dari Sahin.Kemasukan Suso juga telah berjaya mengubah corak permainan dan hasil gerakan bijaknya,Nuri Sahin sekali lagi berjaya menjaringkan gol kedua iaitu gol kemenangan.
SUSO













Pada perlawanan itu,Brendan Rodgers juga telah membawa masuk pemain paling muda iaitu Jerome Sinclair yang berusia 16 tahun 6 hari pada perlawanan tersebut.Ramai pengkritik beritahu pemain itu adalah antara pemain yang bakal menyinar selepas aksi yang menarik di tunjukkan.
JEROME SINCLAIR




KEMENANGAN PERTAMA

Liverpool FC telah berjaya mengutip mata penuh buat pertama kali untuk musim ini selepas berjaya menewaskan Norwich City 5-2.Aku tak dapat tengok perlawanan tersebut termasuk kemenangan ke atas West Brom 2-1 kerana berada di kampung.

Luis Suarez telah mencipta hatrik bagi membantu Liverpool menang.Nuri Sahin telah menjaringkan gol pertama bersama Liverpool dalam saingan Liga Perdana.Gol itu turut di bantu oleh Suarez yang telah membuat gerakan yang menarik.

Steven Gerrard memastikan gol kelima Liverpool pada perlawanan tersebut adalah gol kemenangan ke atas Norwich City.

Di harapkan selepas ini Liverpool akan terus mengukir kemenangan berganda untuk memastikan objektif utama ialah 4 pasukan teratas bagi menyertai UEFA Champions League.