Pages

LFC

LFC

Saturday 1 September 2012

TAMAT PERPINDAHAN PEMAIN : LIVERPOOL HANYA ADA 5 PEMAIN BARU


Seperti gambar di atas,5 pemain baru di masukkan dan 9 pemain di keluarkan.Pemain-pemain yang di beli oleh Liverpool :
Penyerang : Borini(skuad senior),Samed Yesil(skuad junior)
Tengah : Joe Allen,Assaidi(skuad senior)
Pemain Pinjaman :
Tengah : Nuri Sahin(Real Madrid)
Agak mengejutkan kerana apa yang di perkatakan sebelum ini tidak terjadi kerana tiada pemain yang di perkatakan di bawa masuk ke Anfield.Pemain-pemain itu seperti Clint Demsey,Huntelaar,Sturridge.Malah Dempsey telah berpindah ke Tottenham Hospur hanya 6juta euro sahaja walaupun sebelum ini Fulham meletakkan harganya kepada Liverpool lebih kurang 18juta euro.

Pembelian Samed Yesil juga hanya untuk Skuad Muda sahaja.Penyerang yang berasal dari Jerman itu kurang di kenali.Sebelum ini beliau bermain dengan kelab Bayern Leverkusen.Pemain berusia 18 tahun ini ke Anfield di katakan mendapat dorongan daripada Pengurusnya yang juga lagenda di Anfield iaitu Samy Hyppia.

Pembelian Borini juga masih belum nampak hasil yang mengkagumkan walaupun dia telah menjaringkan gol pertamanya dalam penampilan pertamanya bersama Liverpool FC.Setakat ini hanya Joe Allen sahaja yang telah mempamerkan aksi yang bertenaga malah di katakan akan menjadi bintang baru dan lagenda di Liverpool FC.Dua lagi pemain iaitu Assaidi dan pemain pinjaman dari Real Madrid,Nuri Sahin masih belum beraksi dan berkemungkinan akan di turunkan ahad ini untuk menentang Arsenal.

Pada hari terakhir semalam,Liverpool berjaya menjual Charlie Adam kepada Stoke City dengan nilai hanya 4juta euro dan meminjamkan Caroll selama setahun kepada West Ham tetapi telah di beri harga untuk West Ham membelinya sekitar 17juta euro.

Jadi dengan kemasukkan 4 pemain senior dan 1 pemain junior,Liverpool mengalami masalah di bahagian penyerang dan pertahanan untuk ketika ini.Jika Brendan Rodgers mahu menggunakan formasi 4-3-3,BR harus membeli lagi penyerang yang berkualiti pada musim perpindahan Januari 2013 cuma di harapkan sebelum sampai waktu itu tiada pemain atau kurang pemain yang cedera memandangkan ada 4 kejohanan yang perlu diharungi iaitu Liga Perdana,Piala Liga,Piala FA dan Liga Europa.

GAMBAR IHSAN : http://redderscreepers.wordpress.com

No comments:

Post a Comment