Pages

LFC

LFC

Saturday 15 September 2012

JOHOR DARUL TA'ZIM

Nak berkongsi pasal Negeri Johor Darul Ta'zim jap,bagi yang tak tahu meh nak cerita sket....
JOHOR DARUL TA'ZIM,terletak di selatan tanah air yang berkeluasan kira-kira 19210km persegi dan sebagai negeri yang ke5 terbesar di Malaysia.Ibu negerinya ialah Johor Bahru dan mempunyai 10 daerah di dalam Negeri Johor iaitu Johor Bahru,Muar,Batu Pahat,Segamat,Pontian,Kulaijaya,Ledang,Kluang,Kota Tinggi dan Mersing.Sultan Johor yang terkini ialah DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar merupakan Sultan Johor yang ke 25.Era kesultanan Johor bermula pada tahun 1511 iaitu Sultan Johor Pertama,Sultan Mahmud Shah.

Negeri Johor juga adalah sebagai satu-satu negeri di Malaysia yang mempunyai pantai di bahagian timur dan barat.Darul Ta'zim adalah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud Tempat Perlindungan Yang Bermaruah.Tanjung Piai terletak di daerah Pontian merupakan penghujung Benua Asia.

Majoriti penduduk di Johor adalah berbangsa Melayu,kedua bangsa Cina,ketiga bangsa India dan lain-lain kaum hanya mewakili 6% daripada bangsa Johor.

Zapin dan Kuda Kepang adalah tarian tradisional melayu di Johor.Ghazal dan Barongan adalah menjadi tulang belakang dalam kesenian melayu Johor.Pakaian tradisional popular di Johor adalah baju melayu Teluk Belanga.

Lagu Bangsa Johor adalah lagu kebesaran Johor Darul Ta'zim.Lagu ini digubah oleh konduktor muzik Armenia, Mackertich Galistan (juga digelar MG Abdullah) dan liriknya dikarang oleh Kapten Hj. Mohamed Said bin Hj. Sulaiman.
Lagu Bangsa Johor :
 Allah peliharakan Sultan
Anugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan.
 
Di negeri Johor juga tedapat beberapa tempat perlancongan yang menarik seperti Pantai Desaru,Air Papan di Mersing,Air Terjun Kota Tinggi,Gunung Ledang dan banyak lagi.Yang terbaru Legoland di Nusajaya,Taman Tema Lego Pertama di Asia.
Keluarga DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar 

 #bangga jadi rakyat Johor......DAULAT TUANKU

No comments:

Post a Comment