Pages

LFC

LFC

Monday 17 September 2012

SKUASY : DATUK NICOL ANN DAVID GAGAL PERTAHANKAN KEJUARAAN DI TERBUKA MALAYSIA

Datuk Nicol Ann David gagal mempertahankan kejuaraan di Terbuka Malaysia sekaligus memusnahkan impiannya untuk merangkul kejuaraan buat kali ke-8.Beliau telah dikalahkan oleh pemain no 2 dunia,Raneem El Weleily.

Raneem,23,dari Mesir merupakan juara dunia remaja 2005 telah mengalahkan Nicol dalam jumlah mata 12-10,11-3,11-6,11-2 dalam masa hanya 36minit.Ini adalah kemenangan pertamanya dalam 8 pertemuan terhadap Nicol.

Nicol beritahu beliau kecewa dengan keputusan itu dan telah menghampakan peminat setianya.Pemain no 1 dunia itu juga beritahu pertarungan akhir itu juga sangat sukar dan lawannya sering membuat pukulan yang tepat dan kurang melakukan kesilapan.

Raneem pula beritahu bahawa Nicol masih pemain terbaik dunia dan akan bangkit kembali.Dengan kemenangan itu Raneem telah membawa pulang piala dan wang tunai US$10,200 dan Nicol menerima hadiah wang tunai sebanyak US$6,900.

Semoga Datuk Nicol akan kembali pada aksi terbaiknya.

Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment