Pages

LFC

LFC

Saturday 22 September 2012

LIVERPOOL VS MANCHESTER UNITED : PERTEMBUNGAN YANG PALING DI NANTIKAN


 
 Liverpool vs Man Utd
23 September 2012
2030HRS
Channel 812 - ESPN
Channel 832 - ESPN HD
Seperti biasa pertembungan di antara musuh utama,Liverpool dan Man United adalah di nantikan para peminat di seluruh dunia.Di tambah pula isu di antara Suarez dan Evra yang masih diperkatakan menjadikan ia perlawanan yang menarik dan mendebarkan.

Liverpool yang masih belum mencipta kemenangan di perlawanan liga akan berusaha untuk mendapatkan mata penuh di laman sendiri.Tetapi walaupun Liverpool dalam krisis untuk berada di tahap yang terbaik,apabila bertemu degan Man. United,kemenangan selalunya berpihak kepada Liverpool.Cuma ketumpulan bahagian serangan menjadi kerisauan buat peminat Liverpool FC.Untuk rekod,Man. United dalam 5 kunjungan terakhirnya ke Anfield masih gagal mencipta kemenangan.

Liverpool akan menurunkan pemain-pemain terbaik yang kebanyakkan di beri rehat semasa Liverpool membenam Young Boys,5-3,di saingan UEFA Europa League.Perlawanan ini juga adalah perlawanan pertama Liverpool di laman sendiri selepas pendedahan laporan tragedi Hillsborough.Laporan itu menegaskan, penyokong Liverpool tidak bersalah menyebabkan kematian 96 penyokong sebelum dan ketika perlawanan separuh akhir Piala FA 1989 menentang Nottingham Forest di Stadium Hillsborough di Sheffield Wednesday.

Diharapka The Reds akan mencipta kemenangan pertama dan jika ia terjadi,itulah hadiah paling istimewa buat peminat Liverpool.

Barisan pemain pilihan sendiri :
Reina
Kelly Skrtel Agger Johnson
Allen Sahin
Gerrard
Suarez         Sterling
Borrini

Pemain simpanan pilihan :
Jones,Shelvey,Downing,Assaidi,Carragher,Morgan,Enrique



No comments:

Post a Comment