Pages

LFC

LFC

Monday 24 September 2012

TEWAS LAGI : LIVERPOOL FC 1 - 2 MANCHESTER UNITED


Kekalahan ketiga dalam 5 perlawanan.Di manakah silapnya?Apakah puncanya?Untuk perlawanan tadi menyaksikan Liverpool tewas kepada Man United,1-2,kekalahan pertama Liverpool di tempat sendiri ke atas musuh tradisinya itu dalam 5 perlawanan terakhir menentang Man United.

Untuk keseluruhan perlawanan Liverpool telah menguasai permainan tetapi setelah Jonjo Shelvey dilayangkan kad merah semasa babak pertama,ia merencatkan sedikit corak permainan Liverpool.Isu kad merah itu sepatutnya tidak berlaku kerana bola itu 50/50 tetapi dalam keadaan pantas dan terjahan yang agak keras,di mata pengadil ia adalah kesalahan berat.Tetapi itu bukan kesilapan pengadil kerana sesiapa pun akan mengatakan itu terjahan yang sepatutnya di layangkan kad merah tetapi bila lihat ulang tayang semula,kesalahan itu hanya sedikit,mungkin boleh hanya di beri sepakan percuma tanpa kad atau kad kuning sahaja.

Walaupun Liverpool bermain dengan kekurangan 1 pemain,Steven Gerrard berjaya meletakkan Liverpool di hadapan sebaik sahaja separuh masa kedua bermula apabila bola yang hendak di keluarkan oleh pemain Man United melambung ke arah Gerrard dan beliau dapat mengawal bola itu dengan baik seterusnya melepaskan rembatan untuk menewaskan penjaga gol Man United.

Selang beberapa minit kemudian Man United berjaya menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan cantik oleh Rafael.Pada minit yang ke 81,Man United seperti biasa di hadiahkan sepakan penalti walaupun tiada kekasaran yang berlaku cuma dari sudut kedudukan pengadil ia seolah-olah ada berlaku kekasaran.Van Persie dengan mudah menjaringkan gol penalti itu walaupun Reina berjaya menepis bola itu tetapi masih tidak cukup untuk mengelakkan bola itu terjah ke dalam gol.

Beberapa percubaan menarik yang dapat di lakukan oleh pemain Liverpool.Kehadiran Sterling malam ini tidak banyak membantu.Shelvey juga sepatutnya tidak beraksi dalam kesebelasan utama kerana jika di lihat beberapa perlawanan sebelum ini,beliau hanya berbisa jika di masukkan sebagai Super Sub.Hasil kaji selidik blogger LFC,Gerrard telah menjaringkan gol pada minit 45 dan 51 saat = 45+51=96.Adakah ia kebetulan?

No comments:

Post a Comment