Pages

LFC

LFC

Sunday 9 September 2012

PIALA SCTV : UJIAN SKUAD HARIMAU MUDA DI JAKARTA



Skuad Harimau Muda akan beraksi di kejohanan Piala SCTV di Jakarta.Beraksi di Stadium Utama Bung Karno untuk perlawanan menentang pasukan Garuda itu malam ini jam 2030hrs waktu Malaysia,ia adalah satu pendedahan dan ujian yang besar terutama dari segi mentaliti dalam persediaan mempertahankan emas Sukan Sea di Myanmar pada tahun hadapan.

Jurulatihnya Ong Kim Swee beritahu perlawanan ini penting untuk memberi pendedahan awal terutama pada anggota baru Harimau Muda dalam suasana bermain di hadapan ribuan penyokong tuan rumah.

"Saya sering katakan jangan tertekan untuk mengejar kemenangan,kita harus bermain dibawah tekanan yang sangat menguji ketahanan mental"kata jurulatih Harimau Muda itu.

"Seandainya mereka beraksi cemerlang ia adalah satu kelegaan dan jika mereka menang,ia adalah bonus buat mereka dan seluruh yang mendukung bola sepak Nasional"katanya lagi

Antara pemain yang akan diturunkan seperti Rozaimi Abd Rahman(Sabah),Nik Mohd Sharul Azim(Kelantan),S. Ruben(ATM),Saiful Izuan(UiTM) dan dua lagi pemain PKNS,Aminnudin Mohd Nor dan Azrif Nasrulhaq.

Selepas di Jakarta skuad Harimau Muda akan ke Singapura untuk menentang pasukan Home United pada 15 Sept dan seterusnya ke Vietnam untuk jemputan Newspaper Cup pada Oktober depan.

Sumber : BERNAMA

No comments:

Post a Comment