Pages

LFC

LFC

Tuesday 25 September 2012

LIVERPOOL FC : DILEMA KECEDERAAN PEMAIN LAGI


Selepas Lucas Leiva mengalami kecederaan semula dan memerlukan rehat panjang,kali ini dua pemain pertahanan utama telah cedera dan akan berehat dalam tempoh yang sangat lama.Pemain-pemain yang di maksudkan itu ialah Daniel Agger dan Martin Kelly.

Agger dan Kelly telah mengalami kecederaan yang serius semasa perlawanan menentang Man United.Di khabarkan Agger berkemungkinan besar akan berehat sepanjang musim ini atau mungkin akan sempat bermain dalam 2 atau 3 perlawanan terakhir bergantung dengan kecergasan beliau nanti.

Kelly pula mungkin akan terlepas beraksi sehingga  hujung tahun ini.Apabila kedua-dua pemain ini di rehatkan,pasti sukar buat BR untuk memilih pemain dan berkemungkinan tempat mereka berdua akan di gantikan Carragher dan Enrique.

Carragher adalah pemain senior yang berpengalaman tetapi sejak akhir-akhir ini beliau seperti tiada bisa untuk mempertahankan pintu gol dari di bolosi.Mungkin juga jika di beri peluang kepada Coates lebih berguna memandangkan Coates sudah menunjukkan peningkatan positif.

Enrique pula semakin lama semakin hilang arah tidak seperti semasa beliau menyertai Liverpool.Skill dan strategi beliau mudah di baca oleh pihak lawan.Apa-apa pun di harap tiada lagi pemain yang mengalami kecederaan yang sangat serius.

No comments:

Post a Comment