Pages

LFC

LFC

Sunday 20 January 2013

BPL : LIVERPOOL 5-0 NORWICH

 
   Liverpool sekali lagi berjaya mengalahkan Norwich City dengan jumlah jaringan yang sama dengan perlawanan pertama iaitu 5gol tetapi kali ini tidak bolos yang mana Brad Jones berjaya mengawal gawang Liverpool dengan baik.

   Gol Liverpool bermula dari volley cantik dari luar kotak penalti oleh Henderson dan hasil gerakan solo Suarez yang berjaya menewaskan penjaga gol lawan.Kedua-dua gol hadir pada separuh masa pertama.Manakala tambahan lagi 3 gol pada masa kedua.Ianya bermula dari jaringan oleh pemain baru Liverpool,D. Sturridge yang telah mendapat hantaran lintang oleh Downing.Ini merupakan gol ketiga beliau dalam 3 perlawanan semenjak berhijrah ke Liverpool pada awal musim perpindahan.Selepas itu,Steven Gerrard telah meledakkan gol keempat Liverpool pada jarak jauh dengan rembatan rendah yang mengelirukan penjaga gol lawan.Lama tak tengok Gerrard hasilkan gol macam malam tadi.Gol kelima adalah hasil jaringan sendiri oleh pertahanan lawan selepas pemain gantian,Sterling yang telah melepaskan diri dari kawalan pemain lawan dan telah membuat hantaran lintang tetapi pemain pertahanan Norwich tertampan bola itu untuk menghasilkan gol kelima Liverpool.Jika tidak terkena pemain itu,bola itu masih boleh di jaringkan oleh Borini yang tidak dikawal oleh mana-mana pemain.

   Keseluruhannya corak permainan sebegini yang di perlukan untuk memastikan kemenangan.Jauh berbeza semasa di kalahkan oleh Man United minggu lalu.

YNWA

Jordan Henderson-1st goal
Luis Suarez - 2nd goal
Daniel Sturridge - 3rd goal
Steven Gerrard - 4th goal
Raheem Sterling - 5th goal(own goal by Ryan Bennett)

(p/s : tak tengok 90minit perlawanan sebab kerja,jadi tak boleh ulas banyak)

No comments:

Post a Comment