Pages

LFC

LFC

Monday 28 January 2013

FA CUP : OLDHAM ATHLETIC 3 VS 2 LIVERPOOL FC


  Liverpool(LIV) bertandang ke Boundary Park untuk bertemu tuan rumah Oldham(OLD) dalam saingan Pusingan Keempat Piala FA dan Suarez di beri tugas sebagai Kapten untuk perlawanan ini.

1st HALF :
    OLD telah mendahului pelawat seawal minit ke-2 setelah Skrtel telah menjaringkan gol sendiri.Pertahanan LIV yang di ketuai Skrtel dan di barisi oeleh Wisdom,Coates dan Robinson tampak rapuh.Tuan rumah bermain secara aggresif dan banyak memberi tekanan sehingga dapat mencipta beberapa peluang.Pada minit ke-17,Suarez berjaya merobek gawang lawan selepas gerakannya membuahkan hasil untuk gol penyamaan.Dua minit kemudian,sepatutnya LIV boleh mendahului perlawanan selepas sepakan percuma oleh Henderson terus ke dalam gawang gol tetapi di batalkan kerana Suarez seperti mahu menyambar bola itu tetapi dia di dalam kedudukan OffSide.Selepas itu OLD banyak membuat percubaan jarak jauh kerana sukar untuk menembusi bahagian pertahanan LIV.Selepas banyak memberi tekanan kepada pasukan pelawat,tuan rumah telah berjaya mencari gol kedua dalam waktu kecederaan sebelum tamat separuh masa pertama selepas kesilapan mudah Jones yang gagal menangkap kemas bola dan bola tesebut terus keluar dari dakapannya telah di sambar oleh pemain OLD dan terus menghantar kepada Smith untuk gol kedua pasukan tuan rumah.

2nd HALF :
   LIV yang telah melakukan sepak mula terus mengaturkan serangan awal tetapi Borini yang di dalam kedudukan baik untuk jaringkan gol telah sia-siakan peluang setelah percubaannya melewati palang gol.Minit ke-48,tuan rumah berjaya menjarakkan jurang jaringan setelah pemain OLD,Wabara telah menanduk masuk bola menewaskan Jones.Sepatutnya bola itu dapat di tanduk keluar oleh Robinson tetapi beliau hanya memerhati bola itu di tanduk oleh Wabara.Kemasukan Gerrard dan Downing telah mengubah corak permainan LIV menjadi lebih mantap dan teratur.Hasilnya minit ke-74,Joe Allen telah berjaya mendapat gol pertama untuk dirinya buat Liverpool setelah percubaan jarak jauh beliau terkena pemain tuan rumah dan bola itu masuk terus ke dalam gawang.LIV telah terus menerus membuat serangan untuk mencari gol penyamaan tetapi tiada hasil kecuali minit-minit akhir perlawanan Gerrard yang melakukan percubaan dari luar kotak penalti hampir dapat menjaringkan gol tetapi bola hanya singgah di palang gol.Hingga wisel penamat,Liverpool di kejutkan oleh pasukan kerdil Oldham dengan jaringan 2-3.

KESIMPULAN :
   Ketiadaan Gerrard dan Agger menyebabkan bahagian tengah dan pertahanan Liverpool goyah.Kesilapan penjaga gol,Brad Jones,juga menjadi satu faktor kekalahan.Robinson dan Wisdom masih tidak mampu menggalas tugas dengan baik.

Barisan Pemain Liverpool :
1-Brad Jones,47-Andre Wisdom(8-Steven Gerrard),37-Martin Skrtel,16-Sebastian Coates,49-Robinson,24-Joe Allen,14-Jordan Henderson,31-Raheem Sterling(33-Jonjo Shelvey),29-Fabio Borini(19-Downing),7-Luis Suarez,15-Daniel Sturridge.


No comments:

Post a Comment