Pages

LFC

LFC

Friday 31 August 2012

SUKAN PARALIMPIK LONDON 2012 : Prestasi Pemanah Negara Hambar

 Temasya Sukan Paralimpik London 2012 telah bermula saingannya.Pemanah paralimpik negara telah turun beraksi untuk peringkat penentuan ranking,tetapi persembahan hambar yang telah di pamerkan oleh pemanah negara berikutan hujan lebat dan angin kuat yang menyebabkan setiap panahan tidak menjadi.Prestasi mereka menurun berbanding pada hari latihan.

Selepas menamatkan saingan,kedudukan pemanah negara kita Zulkifli Mat Zain menduduki tempat ke 16(572mata),Hasihin Sanawi ke 19(559mata) dan Mohd Zafi Rahman Mat Salleh tempat ke 24(481mata).
Dalam saingan tersebut pemanah dari Taiwan,Tseng Lung Hui berjaya mengumpulkan 650mata seterusnya telah memadamkan rekod yang di pegang oleh pemanah dari Korea Selatan,Lee Hong Gu sebanyak 636mata yag telah di lakukan pada temasya Sukan Paralimpik Sydney 2000.

Pada pusingan penyingkiran Mohd Zafi Rahman akan bertemu pemanah tuan rumah Paul Browne,Zulkifli akan bertemu pemanah Turki,Mustafa Demir,dan Hasihin Sanawi akan bertemu pemanah Korea Selatan,You In Sik.

#rindu pada bekas Pemanah Paralimpik No 1 Negara arwah  Mohd Salam Sidek.Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment