Pages

LFC

LFC

Friday 26 October 2012

UEFA EUROPA LEAGUE RESULTS : LIVERPOOL 1 - 0 ANZHI MAKHACHKALA

Liverpool VS Anzhi Makhachkala
  Liverpool FC telah menerima kunjungan dari kelab Rusia,Anzhi Makhachkala untuk saingan Liga Europa dan Liverpool telah memastikan kemenangan di tempat sendiri hasil jaringan oleh pemain nombor 19,Stewart Downing pada minit ke-53.
Stewart Downing
  Separuh masa pertama,kedua-dua kelab banyak melakukan kesilapan dan selalu dengan mudah kehilangan kawalan bola tetapi Liverpool masih melakukan beberapa percubaan tetapi tiada hasil yang positif terutamanya peluang Jonjo Shelvey apabila Suarez menghantar kepadanya tetapi gagal mengahasilkan jaringan selepas rembatannya liar terus melepasi jauh dari palang gol.Anzhi pula hanya sekali mencuba ke arah pintu gol Liverpool tetapi tersasar dari sasaran.

  Separuh masa kedua bermula,kedua-dua pasukan masih mencari gol pembukaan dan akhirnya minit ke-53,Stewart Downing berjaya memecahkan kebuntuan apabila mengahasilkan gol untuk Liverpool FC mendahului perlawanan.Sebelum itu Downing telah menggantikan tempat yang di tinggalkan Johnson di bahagian bek kiri selepas Johnson dikeluarkan dan di gantikan oleh Raheem Sterling.Kedua-dua pasukan terus mencuba mencari gol dan peluang terbaik Anzhi apabila bekas penyerang sensasi Barcelona,Samuel Eto'o membuat rembatan tepat ke arah Brad Jones dan Jones seperti perlawanan sebelum ini di BPL telah beraksi cemerlang untuk menafikan rembatan tersebut.Joe Allen di masukkan menggantikan Shelvey dan masih berjaya mengekalkan prestasi yang cemerlang.Sehingga wisel penamat,Liverpool berjaya menewaskan pelawat dengan keputusan penuh 1-0.

  Jonjo Shelvey tidak bermain seperti yang di harapkan dan kerap membuat kesilapan.Steven Gerrard juga tidak seperti dahulu tetapi masih beraksi baik,mungkin faktor usia.Suarez pula menunjukkan persembahan bertenaga tetapi selalu menjadi mangsa terjahan keras dan seperti pengadil sudah muak dengan sikapnya akhirnya beliau telah di layangkan kad kuning hasil ketidakpuasan hatinya terhadap pengadil.Oussama Assaidi menunjukkan skil yang menarik dan banyak membuka peluang kepada rakan untuk menjaringkan gol.Sterling pula seperti hilang kehebatannya dari masa ke semasa tetapi masih boleh di harapkan.Downing berjaya menjaringkan gol kemenangan dan menunjukkan persembahan yang mantap dan juga membuktikkan dirinya tidak perlu dijual January nanti apabila di jadualkan akan di jual oleh Brendan Rodgers.Nuri Sahin persembahkan permainan yang berkualiti untuk bahagian tengah.Pertahanan mantap yang di ketuai oleh Agger dan dibantu oleh Skrtel,Wisdom,Johnson menjadikan kubu Liverpool terlalu kebal buat pelawat di tambah persembahan mantap oleh Brad Jones yang menjadikan kubu Liverpool terlalu kukuh untuk di runtuhkan,mungkin Pepe Reina akan terasa tercabar selepas persembahan terbaik dari Jones untuk 2 perlawanan terakhir ini.Ramai peminat kecewa sedikit apabila Suso tidak di masukkan dan ada beberapa peminat The Reds meluat dengan sikap Suarez.

Diharapkan Liverpool FC terus menunjukkan persembahan mantap dan terus menang untuk perlawanan akan datang.Liverpool akan bertemu Everton hujung minggu ini untuk pertembungan Merseyside.

~YNWA~

No comments:

Post a Comment