Pages

LFC

LFC

Friday 5 October 2012

UEFA EUROPA LEAGUE RESULTS : LIVERPOOL 2-3 UDINESE

Liverpool tewas di gelanggang sendiri,tewas kepada kelab dari Italy,Udinese dengan keputusan 2-3.

Pada separuh masa pertama Liverpool hampir di hadapan apabila minit ke-7 Sebastian Coates hampir menjaringkan gol tetapi tandukannya berjaya di tepis oleh penjaga gol lawan.Pada minit ke-13,Udinese membuat beberapa pergerakan yang menarik dan menyerang secara berterusan dan hampir membuahkan hasil setelah pemain Udinese,Benatia telah berjaya menanduk bola hasil hantaran dari sepakan sudut dan hampir-hampir menjaringkan gol tetapi Reina telah berjaya bertindak pantas untuk menepis percubaan itu.Selang 3minit kemudian Borini telah melakukan percubaan tetapi ianya tersasar jauh ke sebelah kiri pintu gol Udinese.Minit ke-22,Jonjo Shelvey telah berjaya menjaringkan gol dengan menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol lawan hasil hantaran lintang dari Downing.Liverpool banyak bermain secara hantaran dekat dan hanya sesekali membuat pergerakan menyerang.
Jonjo Shelvey menjaringkan gol pertama perlawanan
Setelah babak kedua bermula,Udinese bermula garang dan telah menjaringkan gol penyamaan selepas beberapa saat wisel di bunyikan hasil gol dari Di Natale.10 minit dari babak kedua bermula Udinese menguasai perlawanan.Minit ke-64,Suarez dan Gerrard di masukkan menggantikan Assaidi dan Henderson.Liverpool terus mengatur langkah untuk mencari gol dan hampir di depan apabila Shelvey gagal menghasilkan jaringan walaupun beliau berada hanya beberapa inci dari garisan gol.Minit ke 70 dan ke-72,Udinese berjaya menjarakkan jumlah gol apabila Coates menjaringkan gol sendiri dan Pasquale berjaya membuat rembatan dari luar kotak penalti hasil hantaran Di Natale untuk memastikan Udinese di depan.Tersentak dari gol itu,Liverpool berjaya merapatkan jurang gol apabila minit ke-74,Suarez berjaya menjaringkan gol melalui sepakan percuma yang menarik dari jarak 35meter.Minit ke-77 Suarez hampir berjaya menyamakan kedudukan tetapi tandukkannya berjaya di selamatkan penjaga gol lawan.Rahim Sterling di masukkan menggantikan tempat Borini tetapi masih gagal membantu dan keputusan akhir Liverpool tewas 2-3 kepada Udinese.

Sepatutnya Liverpool boleh menang dalam perlawanan ini tetapi antara punca kekalahan adalah dari kelekaan pemain dan separuh masa pertama kurang kreatif untuk membuat peluang menjaringkan gol.Assaidi juga banyak membazirkan bola dan Carragher selalu membuatkan keadaan lebih cemas apabila mengawal bola.

Thumbs-up Liverpool Player:
Joe Allen,Jonjo Shelvey,Suarez,Gerrard,Downing,Johnson,Robinson

Thumbs-down Liverpool Player:
Assaidi,Carragher,

50/50 Liverpool Player :
Coates,Reina,Borini,Sterling,Henderson


~YNWA~

No comments:

Post a Comment