Pages

LFC

LFC

Monday 8 October 2012

MASIH BERSERI : LIVERPOOL FC 0-0 STOKE CITY



Masih berseri di sini bukan muka yang berseri...tapi keputusan seri lagi yang di beri oleh Liverpool FC semasa melawan Stoke City sebentar tadi.

Pada perlawanan tadi,separuh masa pertama agak membosankan apabila permainan kerap di berhentikan kerana beberapa kekasaran oleh pemain dan Liverpool FC agak kurang menyerlah pada babak pertama dan beberapa kesilapan yang boleh makan diri sendiri.Ada juga beberapa percubaan tetapi masih tidak tepat.

Separuh masa kedua,Liverpool banyak menguasai perlawanan dan banyak percubaan yang di hasilkan tetapi masih buntu untuk memperoleh gol.Stoke City juga bermain secara kasar dan beberapa kad kuning berjaya di hasilkan oleh pemain Stoke termasuk Charlie Adam yang pulang ke Anfield semula tetapi sebagai lawan Liverpool.Kemunculan Joe Cole yang berehat lama kerana baru pulih dari kecederaan juga tidak banyak membantu.Beliau di masukkan menggantikan tempat Suso.Oussama Assaidi juga tidak banyak membantu apabila menggantikan Nuri Sahin.

Keseluruhan perlawanan Liverpool bermain baik dan mempunyai banyak peluang cuma ketumpulan penyudah menjadi faktor keputusan seri.Bahagian pertahanan juga tidak banyak memberi bola kepada Reina dan itu adalah yang sepatutnya dan bila perlu sahaja hantar kembali kepada Reina.

Pemain Liverpool yang Thumbs Up :
Gerrard,Suarez,Allen,Sterling,Suso,Agger,Skrtel,Wisdom,Johnson

Pemain Liverpool yang Thumbs Down :
-

Pemain Liverpool 50/50 :
Reina,Sahin,Cole,Assaidi

No comments:

Post a Comment