Pages

LFC

LFC

Monday 29 October 2012

KEPUTUSAN BPL : EVERTON 2 - 2 LIVERPOOL


   Liverpool berhak menang!!!!
Itulah sepatutnya berlaku tetapi gol terakhir dari Suarez tidak dikira kerana offside walhal bola yang dihantar kepada Coates dan bola dari tandukan dari Coates kepada Suarez tidak dalam kedudukan offside.Oleh kerana mungkin linesman buta atau di bayar,Suarez yang dapat menjaringkan gol telah di nafikan oleh penjaga garisan.Malah seawal permainan bermula dan Everton membuat serangan,pemain Everton di dalam keadaan offside secara terang-terangan tetapi bendera tidak di angkat oleh Linesman yang sama.Mutu pengadilan pula boleh di katakan baik tetapi penjaga garisan pula telah membantu Everton mencatat keputusan seri.

   Kedua-dua pasukan apabila bertemu telah mempersembahkan aksi-aksi ganas dan juga saling membuat serangan.Liverpool telah di depan terlebih dahulu hasil hantaran lintang Enrique telah di sambut oleh Suarez dan dia terus melepaskan rembatan dan terkena kaki pemain Everton dan masuk gol.Gol itu telah di kira gol sendiri,bukan gol dari Suarez.Hasil sepakan percuma dari Gerrard,Suarez sekali telah menanduk masuk bola itu untuk memastikan Liverpool FC selesa dengan kelebihan jaringan.Osman telah membuka jaringan buat Everton hasil bola muntah selepas Jones cuba mengeluarkan bola tersebut.Jika Jones tidak keluar waktu itu,Sudah pasti akan gol lebih awal.Selang 3 minit kemudian,Everton telah berjaya mendapatkan gol penyamaan.Kedua-dua gol Everton adalah berpunca dari kesilapan pemain Liverpool yang leka dan membiarkan pihak lawan boleh menyusup masuk untuk jaringkan gol.

   Luis Suarez bermain dengan sangat baik dan sikapnya pada perlawanan ini harus di puji kerana nampak lebih profesional.Mari lihat gambar gol ketiga Suarez yang di offsidekan oleh linesman :
Sepatutnya Gol
   Malah pengurus Everton,David Moyes akui itu adalah gol yang sah dan menganggap pasukannya bernasib baik.Apapun keputusan telah muktamad,walaupun kecewa dengan keputusan ini yang sepatutnya menang tapi lebih baik seri daripada kalah tanpa mata dan lebh malu kerana kalah ke atas Everton.

No comments:

Post a Comment