Pages

LFC

LFC

Sunday 21 October 2012

KEPUTUSAN PENUH : LIVERPOOL 1 - 0 READING

Liverpool VS Reading
Brendan Rodgers(BR)

Liverpool FC menerima kunjungan dari Reading untuk bertemu di perlawanan BPL.Liverpool yang bermain tanpa Reina,Borini,Kelly yang mengalami kecederaan bermula agak perlahan.


Selepas 10minit perlawanan bermula barulah beberapa percubaan berjaya di hasilkan oleh pemain Liverpool tetapi masih buntu mencari gol pembukaan.Sehinggalah pada minit ke 28,Raheem Sterling berjaya menjaringkan gol pertama untuk Liverpool dan ianya juga gol pertamanya di BPL.Selepas gol itu,Liverpool telah membuat serangan bertali arus tetapi masih gagal menambah jaringan.Barisan pertahanan yang di ketuai oleh Daniel Agger berjaya mematahkan beberapa serangan dari Reading.
Raheem Sterling
Separuh masa kedua bermula,Reading telah banyak menguasai perlawanan dan hampir-hampir menyamakan kedudukan apabila pemain Reading,McCleary yang telah mencuba dari jarak dekat dan kaptennya,McAnuff membuat rembatan dari jarak jauh tetapi berjaya di selamatkan oleh penjaga gol Liverpool,Brad Jones.Reading terus mendominasi permainan dan berjaya membuat beberapa percubaan tetapi berjaya di selamatkan oleh Brad Jones.Liverpool pula juga hanya sesekali membuat percubaan untuk menambahkan jumlah jaringan namun tiada hasil yang positif.Kemasukan Jonjo Shelvey yang menggantikan Nuri Sahin,Enrique menggantikan Suso dan Henderson menggantikan Sterling masih belum cukup untuk mengubahkan jumlah jaringan sehingga wisel penamat.
Brad Jones
Akhirnya Liverpool berjaya menewaskan Reading dan mencatat kemenangan pertama di tempat sendiri untuk musim ini dengan keputusan Liverpool 1-0 Reading

Pemain Liverpool yang best malam ini :
Raheem Sterling,Gerrard,Suarez,Agger,Allen,Johnson,Wisdom,Brad Jones

Pemain Liverpool yang tak best malam ini :
-

Pemain Liverpool 50/50 :
Suso,Sahin,Shelvey,Enrique,Henderson,Skrtel

No comments:

Post a Comment