Pages

LFC

LFC

Monday 1 October 2012

PIALA LIGA : LIVERPOOL FC BERJAYA MEMBALAS DENDAM

Liverpool FC telah berjaya membalas dendam ke atas West Brom selepas kekalahan di Liga Perdana pada perlawanan pembukaan musim 2012/13 yang boleh di sifatkan berat sebelah.

The Reds berjaya menewaskan West Brom 2-1 dalam aksi Piala Liga.West Brom telah berjaya menjaringkan gol pada minit ke3 selepas kesilapan penjaga gol kedua Liverpool,Brad Jones yang meluru keluar untuk menangkap bola itu sedangkan bola itu boleh di keluarkan oleh pemain lain.












Selepas tersentak dengan gol itu,The Reds berusaha lebih dan hasilnya Nuri Sahin telah berjaya menjaringkan 2 gol untuk memastikan Liverpool Fc menang.Gol pertamanya adalah dari rembatan luar kotak penalti untuk menewaskan Ben Foster.Gol yang sangat menarik dari Sahin.Kemasukan Suso juga telah berjaya mengubah corak permainan dan hasil gerakan bijaknya,Nuri Sahin sekali lagi berjaya menjaringkan gol kedua iaitu gol kemenangan.
SUSO













Pada perlawanan itu,Brendan Rodgers juga telah membawa masuk pemain paling muda iaitu Jerome Sinclair yang berusia 16 tahun 6 hari pada perlawanan tersebut.Ramai pengkritik beritahu pemain itu adalah antara pemain yang bakal menyinar selepas aksi yang menarik di tunjukkan.
JEROME SINCLAIR




No comments:

Post a Comment