Pages

LFC

LFC

Thursday 14 February 2013

BPL : LIVERPOOL 0-2 WEST BROM ALBION

  
   Liverpool(LFC) yang menerima kunjungan West Brom Albion(WBA) di Anfield untuk saingan Liga telah menerima satu kekalahan yang di anggap memalukan.Apa yang di katakan memalukan itu ialah secara keseluruhan LFC menguasai permainan sebanyak 70%.

   Percubaan demi percubaan yang di lakukan dan mencatat lebihkurang 20kali percubaan ke arah pintu gol lawan tetapi tidak dapat menghasilkan jaringan,sebaliknya pasukan pelawat hanya memerlukan 4 kali percubaan sahaja untuk menghasilkan 2 gol itupun dalam 10minit terakhir permainan.

   Ketua pasukan LFC, Steven Gerrard gagal menyempurnakan penalti.Faktor kekalahan juga di bantu oleh kecekapan penjaga gol WBA,Foster,yang terlalu kebal untuk di tewaskan.Beberapa percubaan yang agak mustahil untuk di selamatkan oleh kebanyakkan penjaga gol tetapi Foster telah membuktikan yang beliau adalah wira pada perlawanan itu.WBA juga bermain secara bertahan dan ia telah memberi hasil yang positif.

   Pemain LFC yang paling teruk bermain ialah Glen Johnson.Beliau kerap melakukan beberapa kesilapan yang mudah.Ini adalah pengajaran yang berguna buat Brendan Rodgers supaya lebih berhati-hati memilih pemain yang berkualiti.Perlawanan ini juga menyaksikan Philippe Coutinho di masukkan buat pertama kalinya bersama pasukan LFC semenjak di beli dari Inter Milan pada Januari 2013 dan memakai jersi bernombor 10.



No comments:

Post a Comment