Pages

LFC

LFC

Monday 4 February 2013

BPL : MANCHESTER CITY 2 - 2 LIVERPOOL FC


   Manchester City telah menerima kunjungan daripada Liverpool untuk perlawanan saingan liga di Stadium Etihad.Manchester City dengan misi untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga Manchester United.Liverpool pula mengharapkan gandingan Suarez dan Sturridge untuk merobek gawang lawan dan dapat 3 mata penuh supaya saingan merebut tempat kelompok 4 teratas masih terbuka.

1ST HALF :
    Manchester City hampir menemui gol awal seawal saat yang ke 46 setelah percubaan volley David Silva hampir menghasilkan gol tetapi Reina dapat menepis bola itu keluar.Liverpool juga mempunyai peluang terbaik dari Sturridge tetapi ianya di sia-siakan selepas kapten pasukan Man City telah berjaya menghalang bola percubaan Sturridge.Minit-23, Man City berjaya di hadapan setelah hantaran lintang dari Milner berjaya di sudahkan oleh Dzeko.Minit-29,Daniel Sturridge telah berjaya menghasilkan gol penyamaan apabila rembatan dari luar kotak penalti telah menewaskan Joe Hart.Sehingga tamat separuh masa pertama,Man City 1 dan Liverpool 1.

2ND HALF :
    Liverpool banyak menguasai permainan untuk masa kedua ini dengan beberapa serangan dilancarkan tetapi serangan balas dari tuan rumah banyak membahayakan gawang Liverpool.Minit-73,kapten Liverpool,Steven Gerrard menghasilkan gol cantik,rembatan volley dari jarak lebihkurang 35meter menewaskan Hart untuk Liverpool mendahului perlawanan.Minit-78,Reina melakukan kesilapan apabila beliau keluar dari posisinya untuk mengasak Aguero di sebelah kiri pintu gol tetapi Aguero bijak menghasilkan gol walaupun pada sudut sukar.Tamat perlawanan Liverpool sekali lagi mencatatkan keputusan seri 2-2.

KESELURUHAN :
-Untuk perlawanan ini Brendan Rodgers telah menggunakan Formasi 4-4-2.
-Barisan pemain hampir sama semasa melawan Arsenal.
-Beberapa percubaan dan gerakan tidak menghasilkan keputusan positif.
-Perlawanan pada separuh masa pertama nampak seimbang.
-Liverpool mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua.
-Gol kedua Manchester City tidak sepatutnya berlaku jika Reina tidak keluar untuk memberi tekanan kepada Aguero.Pertahanan masih ada untuk mengawal keadaan.

BARISAN PEMAIN LIVERPOOL :
(25)Reina
(2)Glen Johnson(23)Carragher(5)Agger(3)Enrique
(19)Downing(8)S.Gerrard(21)Lucas(14)Henderson
(15)Sturridge(7)Suarez
-Pemain Gantian:-
       Masuk                                           Keluar
     75minit                                                    (37)Skrtel                                      (3)Enrique
     90minit                                                    (24)Allen                                       (15)Sturridge


~YNWA~

No comments:

Post a Comment