Pages

LFC

LFC

Thursday 7 February 2013

KELAYAKAN PIALA ASIA 2015 : QATAR 2-0 MALAYSIA


   Kelayakan Piala Asia 2015 yang akan berlangsung di Australia,Malaysia tidak menurunkan beberapa tonggak utama kerana mengalami kecederaan.Malaysia yang berkunjung ke Qatar mahu mencari kemenangan pertama ke atas Qatar sejak tahun 1980 dan dalam 5 pertemuan,pasukan negara tewas 2 kali dan seri 3 kali.

1st Half :
   Malaysia tampak longlai dan tidak berupaya memberi saingan kepada pasukan tuan rumah.Qatar yang lebih menguasai perlawanan.Qatar hampir di depan dengan mudah setelah Kapten pasukan negara Aidil Zafuan yang telah membuat kesilapan selepas memberi bola kepada Fadhli Shas tetapi tolakan bola lemah hampir-hampir dapat di pintas oleh pemain Qatar tetapi Fadhli Shas berjaya mengeluarkan bola itu dengan pantas.Qatar banyak melakukan serangan merbahaya tetapi kekebalan bahagian pertahanan Malaysia dan kecekapan Khairul Fahmi telah banyak menafikan setiap serangan.pasukan negara sesekali menyerang dan peluang terbaik dari penyerang veteran negara,Amri Yahya,tetapi tandukkan rendahnya tidak menepati sasaran.Sehingga tamat wisel separuh masa pertama keputusan masih seri tanpa jaringan.

2nd Half :
   Bermula tiupan wisel separuh masa kedua,Qatar masih mengawal perlawanan dan terus menerus membuat serangan dan akhirnya dalam minit ke-50,Qatar yang mendapat sepakan percuma berjaya menghasilkan gol setelah bola terkena benteng Malaysia telah mengelirukan Khairul Fahmi dan terus menerjah masuk ke dalam gawang.Qatar terus melancarkan serangan bahaya ke kem Malaysia dan Qatar hampir mencipta gol kedua tetapi rembatan dari pemainnya hanya singgah di tiang.Kesilapan K.Ruben menyebabkan Qatar memperoleh gol kedua dalam masa kecederaan.Tamat perlawanan Qatar 2-0 Malaysia.

Keseluruhan :
-Corak permainan Malaysia sebenarnya nampak menarik tetapi kebanyakkan pemain negara lebih suka mengawal bola dengan terlalu lama.
-Ketiadaan perancang utama di bahagian tengah,Safiq Rahim,nampak pasukan negara seperti sukar untuk melancarkan serangan.
-Khyril Muhaimeen masih tidak mampu menggalas tugas sebagai penyerang utama.Beliau lebih layak menjadi Super-Sub.
-Amri Yahya walaupun di label sebagai veteran tetapi kudratnya masih bertenaga cuma jarang berpeluang melakukan serangan.
-Mahali Jasuli yang mengawal bahagian tengah menjadi pilihan sebagai pemain terbaik Malaysia pada perlawanan ini.
-Keadaan perbezaan fizikal antara pemain negara dan pemain Qatar menjadi salah satu faktor yang pemain negara tidak beberapa mampu menyaingi pemain tuan rumah.

No comments:

Post a Comment