Pages

LFC

LFC

Friday 15 February 2013

UEL : ZENIT 2-0 LIVERPOOL


   Liverpool sekali lagi tewas kali ini dalam saingan Liga Europa.Kali ini Liverpool tewas kepada Zenit di tempat lawan.Gol-gol Zenit hadir pada minit ke 69 dan ke 71 hasil sumbangan Hulk dan Semak.

   Strategi BR juga makin lama makin tiada hasil yang positif.Lihat sahaja beberapa perlawanan yang lepas,Liverpool tidak mampu mencatatkan keputusan yang positif.Pada perlawanan ini,Suarez yang hanya berseorangan di bahagian serangan sukar melakukan jaringan dan gerakan-gerakan yang boleh menghasilkan keputusan yang lebih baik.

   Hantaran-hantaran jauh Liverpool juga kurang kemas dan kurang tepat telah menjadikan Liverpool banyak bertahan daripada membuat serangan.Apabila melakukan serangan balas,pemain Liverpool lambat bertindak untuk melakukan serangan kerana hanya Suarez yang tinggal di bahagian serangan.

   Kesukaran Liverpool di tempat lawan di tambah dengan keadaan padang yang licin dan kurang sempurna menyebabkan setiap larian terbatas.Glen Johnson juga sekali lagi di lihat tidak beraksi baik.Perlawanan ini juga menyaksikan Martin Skrtel bertemu dengan kelab lamanya untuk pertama kali sejak berpindah dari Zenit ke Liverpool pada tahun 2008.

   Mampukah Brendan Rodgers melakukan keajaiban untuk perlawanan timbal balik di Anfield nanti?Liverpool memerlukan kemenangan yang besar tanpa di bolosi.

No comments:

Post a Comment