Pages

LFC

LFC

Friday 22 February 2013

UEFA EUROPA LEAGUE : LIVERPOOL VS ZENIT

LIVERPOOL VS ZENIT
  Liverpool yang menerima kunjungan daripada Zenit untuk saingan Liga Europa ketinggalan secara agregat 0-2 mahukan kemengan yang besar bagi menjamin ke peringkat seterusnya dan jika boleh tanpa di bolosi kerana Liverpool tidak menjaringkan sebarang gol di tempat lawan.

  Bermula dari awal permainan,kedua-dua pasukan nampak seimbang dan saling berbalas serangan tetapi pada minit ke-19,kesilapan Jamie Carragher yang ingin menolak bola kepada Reina mengundang padah apabila penyerang Zenit,Hulk,berjaya merambas bola tersebut dan membawa secara solo dan seterusnya menewaskan Reina untuk menghasilkan gol pertama perlawanan.

   Tersentak dengan gol itu,Liverpool cuba kemaskan rentak permainan dan hasilnya pada minit ke 27,Agger yang di kasari lawan telah menghadiahkan sepakan percuma untuk Liverpool dan Suarez berjaya menjaringkan gol penyamaan.

   Selepas itu,keadaan makin panas dan rancak apabila kedua-dua pasukan saling menyerang.Minit ke-43,gerakan menarik yang di tunjukkan oleh Enrique dan Henderson telah menghasilkan satu lagi gol untuk Liverpool,gol tersebut di sumbangkan oleh Joe Allen yang menerima hantaran lintang dari Enrique.Sehingga wisel tamat separuh masa pertama Liverpool mendahului lawan 2-1 tetapi secara agregat Zenit mendahului tuan rumah 2-3.

   Separuh masa kedua bermula,Liverpool di lihat lebih banyak menyerang dan melakukan tekanan kepada pelawat.Pada minit ke-58,Luis Suarez sekali lagi menggegarkan gawang lawan dengan sepakan percuma yang cantik untuk gol ketiga Liverpool.Selepas gol itu,Liverpool seperti memperlahankan rentak menyerang dan hampir mengundang padah setelah Agger yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas hampir menyebabkan gol kedua buat pelawat tetapi Reina tangkas menepis bola percubaan dari pemain lawan.

   Tamat perlawanan,Liverpool menang 3-1 tetapi Zenit layak ke peringkat seterusnya kerana kiraan gol di tempat lawan.Jika Liverpool mahu ke pusingan seterusnya,Liverpool harus menjaringkan lebih dari 4 gol.

#Kesilapan Carragher tidak sepatutnya berlaku kerana untuk musim ini,Liverpool kerap melakukan kesilapan yang sama.
#Liverpool sepatutnya boleh layak ke peringkat seterusnya jika pengadil lebih peka terhadap bola yang beberapa kali jelas nampak terkena tangan pemain Zenit.
#Enrique,Lucas,Downing,Suarez dan Henderson bermain sangat baik.

~You'll Never Walk Alone~

No comments:

Post a Comment