Pages

LFC

LFC

Monday 18 February 2013

BPL : LIVERPOOL 5-0 SWANSEA


   Liverpool yang menerima kunjungan Swansea di laman sendiri berjaya mengutip 3mata penuh dengan jumlah jaringan yang besar,5-0.

   Kapten pasukan,Steven Gerrard membuka tirai jaringan apabila berjaya menjaringkan gol dari sepakan penalti pada minit ke-33 selepas Suarez di jatuhkan oleh pemain lawan.Gol kedua ialah dari pemain baru,Phillipe Coutinho,yang hanya memerlukan 15 saat selepas separuh masa kedua bermula,Coutinho berjaya merembat masuk bola selepas membuat gerakan solo dan melepaskan rembatan dari luar kotak penalti.

   Minit-50 pula Jose Enrique pula berjaya menjaringkan gol setelah bermain 1-2 dengan Sturridge walaupun ramai pemain lawan cuba menghalang pergerakan mereka.Penyerang sensasi Liverpool dan Uruguay,Luis Suarez menyumbat gol ke 4 pada minit-60.Suarez yang menerima hantaran daripada Downing,bijak mengawal bola dan mengelirukan pertahanan lawan dan terus melakukan jaringan.Minit-71,Daniel Sturridge,melengkapkan gol kemenangan bergaya setelah berjaya menjaringkan gol ke 5 juga hasil dari sepakan penalti.

   Dalam perlawanan ini Liverpool yang menguasai perlawanan telah melakukan 35 percubaan dan 10 tepat ke arah gol lawan dan hanya 5 gol berjaya di hasilkan.Perlawanan ini juga,kesemua pemain Liverpool bermain secara baik dan konsisten sepanjang 90minit.








5-0 ~YNWA~

No comments:

Post a Comment