Pages

LFC

LFC

Friday 31 August 2012

FERNANDO LLORENTE NEXT BID BEFORE WINDOWS TRANSFERS CLOSE

Bos Liverpool di khabarkan akan membeli penyerang Althetic Bilbao yang juga penyerang kebangsaan Sepanyol,Fernando Llorente.Pemain berusia 27 tahun ini mungkin akan di beli jika Andy Caroll berjaya di jual sebelum pintu jual beli pemain yang akan tamat pada jam 2359hrs hari ini.

Pemain ini telah bermain bersama pasukkannya sekarang sebanyak 236 perlawanan dan telah menjaringkan 81 gol.Mungkin pemain ini adalah pilihan yang terakhir dan namanya masih belum se-popular lagi,tetapi seperti Fernando Torres juga,selepas kemasukkannya ke dalam skuad Liverpool baru namanya dikenali lebih meluas.

Tetapi bagus juga ada pemain penyerang daripada Sepanyol kerana kebanyakan pemain dari sana selalu mendapat sentuhan jaringan,cuma jangan Llorente seperti Morientes dahulu sehinggakan di labelkan antara 10 pemain Liverpool yang paling rugi di beli.

Pemain ini juga seorang pemain yang berketinggian 1.95m,agak tinggi seperti Caroll tetapi corak permainan lebih baik daripada Caroll.Diharapkan Liverpool dapat menjual Caroll secepat mungkin untuk membawa masuk Llorente ke Anfield.

No comments:

Post a Comment