Pages

LFC

LFC

Sunday 19 August 2012

LANGKAH KIRI DI GAME PERTAMA

Permulaan yang baik tetapi dengan langkah kiri.Perlawanan antara Liverpool FC dan West Brom berakhir dengan kekalahan pertama Liverpool FC di BPL 2012/13.Pada awal permainan Liverpool bermula agak baik dan beberapa percubaan yang menarik tetapi kesudahan yang mengecewakan.

Sebelum berakhir separuh masa pertama,West Brom telah berjaya membuka jaringan dengan sepakan volley yang menarik dari luar kotak penalti.Sebaik separuh masa kedua bermula,Liverpool masih membuat pergerakan yang menarik,tetapi selepas 10 minit separuh masa kedua,West Brom di hadiahkan sepakan penalti dan The Reds di hadiahkan kad merah dan diterima oleh Agger,tetapi sepakan penalti itu berjaya di selamatkan penjaga gol,Pepe Reina.Selang 3 minit dari penalti pertama,West Brom telah berjaya mendapatkan penalti kedua dan sepakan itu berjaya mencecah ke dalam gol.

10minit kemudian West Brom berjaya mendapat satu lagi gol dan itu adalah gol terakhir perlawanan.Selepas Agger di keluarkan dan Liverpool bermain 10 orang,pergerakan Liverpool terbatas kerana kekurangan pemain.Untuk penalti pertama adalah tidak patut Agger di layangkan kad merah walaupun ada sentuhan badan tetapi ia bukan kekasaran yang patut di layangkan kad merah mahupun kad kuning.Untuk penalti kedua,langsung tiada kekasaran yang berlaku dan tidak patut di berikan sepakan penalti.

Tidak keterlaluan jika di katakan faktor kekalahan Liverpool FC di bantu oleh beberapa keputusan pengadil.Antara faktor lain adalah penyudah yang agak hambar.

Pemain Liverpool yang bagus : Gerrard,Allen,Skrtel,Suarez,Borrini
Pemain Liverpool yang tak berapa bagus : Lucas,Kelly

No comments:

Post a Comment