Pages

LFC

LFC

Wednesday 29 August 2012

LIVERPOOL FC : DI SEBALIK TABIR

Joe Allen : Bekas pemain tengah Swansea City ini tidak keterlaluan jika suatu hari nanti akan di gelar lagenda di Anfield.Ini kerana persembahan mantapnya sejak di masukkan ke Liverpool FC.Setiap hantarannya dan melakukan strategi untuk pergerakan menyerang adalah sangat baik.Semasa melawan Man. City tempohari,ketepatan hantarannya ialah 93.5%,adalah satu jumlah yang sangat baik.Liverpool sebelum ini membeli beberapa pemain Midfield yang gagal mempamerkan aksi yang bertenaga contohnya Aquailani,Charlie Adam,Cristian Poulsen.Membeli Joe Allen adalah pelaburan yang sangat baik dan sangat berbaloi untuk jangka masa panjang kerana pemain ini masih muda.Tetapi Liverpool perlu segera bangkit untuk mengelakkan pemain ini berpindah ke kelab lain.


Rahim Sterling : Pemain muda berusia 17 tahun ini adalah salah seorang aset yang berharga buat Liverpool FC.Dengan umur yang masih muda tetapi persembahan yang sangat meyakinkan,cukup untuk merasakan yang Stewart Downing tercabar dan harus berusaha lebih untuk kekal dalam kesebelasan utama.Dua perlawanan berturut-turut bermula dengan lawan Hearts kemudian Man City,Sterling menjadi peranan penting untuk mencipta peluang gol dan beliau sendiri boleh menjaringkan gol dengan gerakannya yang pantas dan selalu mengelirukan pertahanan lawan.







Lucas Leiva : Selepas pulih dari kecederaan,prestasi pemain ini kembali di tahap yang membimbangkan.Sebelum ini ramai mengharapkan Lucas kembali cergas,tetapi dalam beberapa perlawanan terbaru,prestasi yang hambar di tunjukkan oleh Lucas.Untuk game yang lepas,pemain berasal dari Brazil ini hanya mampu beraksi 5 minit awal dan selepas itu dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan mungkin akan direhatkan selama dua bulan lamanya.Nasib Rodgers dah beli pemain tengah yang boleh menggantikan tempat Lucas sementara menunggu beliau betul-betul kembali cergas.



Nuri Sahin : Pemain pinjaman dari Real Madrid ini menegaskan mahu membantu Liverpool kembali dalam tempat 4 teratas bagi membolehkan Liverpool bermain dalam Liga Juara-juara Eropah musim hadapan.

Joe Cole : Bekas pemain Chelsea ini mungkin kali ini di tunjukkan jalan keluar dari Anfield selepas beberapa musim di pinjamkan.Liverpool sedia mendengar beberapa tawaran dari mana-mana kelab yang mahu gunakan khidmat pemain ini.West Ham di khabarkan mahu membeli pemain ini.
Jay Spearing : Brendan Rodgers di khabarkan telah bersetuju dengan perpindahan Spearing bernilai £3m dari Bolton.

Charlie Adam : Brendan Rodgers juga akan menjual pemain ini jika ada kelab mahu membeli dengan harga £5m walaupun pemain ini masih mahu bersama The Reds.Jiran Liverpool,Everton berminat untuk membeli tetapi perlu bersaing dengan Stoke City dan Fulham





Theo Walcott : Oppss...belum jadi pemain Liverpool lagi,tetapi Liverpool berminat untuk membeli pemain ini tetapi perlu bersaing dengan Man City yang berminat juga untuk mendapatkannya.Arsenal akan menjual pemain ini dengan nilai £12m.








No comments:

Post a Comment