Pages

LFC

LFC

Friday 31 August 2012

FINAL RESULTS : LIVERPOOL 1 - 1 HEARTS (AGG:2-1) : EUROPA LEAGUE


'Liverpool hanya mampu mencatatkan keputusan seri menentang Hearts di Anfield yang berkesudahan 1-1 tetapi Liverpool layak ke peringkat seterusnya dengan agregat 2-1.Pada perlawanan tadi,pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan nampak seimbang dan sering melakukan gerakan serangan.Pada separuh masa kedua Liverpool tampak lebih garang dan banyak peluang yang di cipta tetapi masih gagal mencipta jaringan.Dalam kelekaan Liverpool menyerang,pemain Hearts,telah berjaya menjaringkan gol pada minit 84 setelah merembat dari luar kotak penalti dan gagal di tangkap kemas oleh Reina akhirnya bola itu dengan pelahan terus melepasi garisan gol.Tersentak dengan gol penyamaan agregat itu,The Reds melancarkan serangan dan hasilnya pada minit ke 88,Luiz Suarez membuat gerakan solo dari luar kotak penalti sehingga beliau berjaya merembat masuk dari jarak dekat untuk menewaskan pemain pertahanan dan penjaga gol Hearts seterusnya memastikan ia adalah gol kemenangan melalui agregat.

Pada pendapat admin banyak peluang yang di cipta tetapi masih tumpul dalam menjaringkan gol.Paling ketara banyak peluang-peluang yang dapat di jaringkan oleh Suarez tetapi ianya sia-sia.Sterling yang di masukkan pada separuh masa kedua seperti biasa bermain baik dan juga seorang lagi pemain muda Liverpool,Adam Morgan,bermain dengan baik malah pada separuh masa pertama sepatutya beliau telah menjaringkan gol tetapi di batalkan kerana bola yang di bawa Suarez sebelum menghantar kepadanya telah melepasi garisan outside.

 Goal Highlight

No comments:

Post a Comment