Pages

LFC

LFC

Sunday 26 August 2012

NURI SAHIN COMPLETE,DANIEL STURRIDGE NEW TARGET

Dah sah dah,Nuri Sahin pemain terbaru ke Anfield dan berkemungkinan akan dapat bermain menentang Manchester City malam ini.Pemain yang di bawa masuk secara pinjaman daripada Real Madrid ini kemungkinan atau sah akan menyarung jersi no 4,wahhh nombor legend tuh,Hyppia.Pemain yang berusia 23 tahun ini beritahu salah satu faktor beliau ke Anfield adalah dari nasihat rakan sepasukan di Real,seorang bekas dan lagenda Liverpool iaitu Xabi Alonso.Beliau beritahu juga yang Xabi masih sayangkan Liverpool dan jika kamu ke Anfield pasti kamu akan menyukai pasukan ini dan peminat di Anfield akan sentiasa menyokong kamu di sana.
Lain pula mengenai Daniel Sturridge pemain muda Chelsea yang tidak mendapat tempat di bawah kendalian Roberto Di-Matteo.Besar kemungkinan Brendan Rodgers,akan membuat bidaan terhadap pemain ini tetapi sekiranya Andy Caroll berjaya di jual kepada kelab lain kerana dana jualan Caroll pasti dapat membantu untuk pembelian pemain ini.Bagi aku,Sturridge bukanlah penyerang yang terbaik untuk di beli,tetapi mungkin kerana taktik dan corak permainan pantas yang di serapkan oleh bos baru Liverpool sedikit sebanyak pemain ini boleh membantu berbanding Caroll tetapi Caroll masih boleh di anggap baik selepas persembahan yang bertenaga di tunjukkannya hujung musim lepas dan di EURO 2012 cuma kelembapan lariannya dan lambat dalam reaksi menjadikan salah satu faktor yang mungkin tiada dalam perancangan Rodgers.Pintu untuk jualbeli pemain bulan January ini hanya tinggal seminggu.

No comments:

Post a Comment