Pages

LFC

LFC

Monday 27 August 2012

LIVERPOOL FC VS MANCHESTER CITY

 Sepatutnya dapat 3 mata penuh,tapi kerana kecuaian hanya 1 mata saaja di peroleh oleh Liverpool gara-gara kesilapan pemain pertahanan Liverpool,Martin Skrtel,The Reds telah mendahului perlawanan pada babak pertama selepas bola sepakan sudut di tanduk masuk oleh Skrtel.Sebelum itu beberapa serangan daripada kedua-dua pasukan telah di pamerkan.Sehingga tamat babak pertama Liverpool melebihi jaringan 1 gol berbalas 0.

Mulanya babak kedua kedua-dua pasukan masih menunjukkan beberapa serangan dan gerakan yang menarik sehingga minit ke 63,bola hantaran lintang Tevez gagal di keluarkan dan dengan kesilapan Kelly,Yaya Toure berjaya merembat masuk bola terus ke dalam pintu gol Liverpool.Tidak perlu ambil masa yang lama,Luiz Suarez telah menghasilkan gol kedua Liverpool apabila beliau menyempurnakan sepakan percuma yang cantik melepasi jangkauan benteng City dan penjaga golnya Joe Hart.Di sekitar penghujung permainan,Skrtel cuba membawa bola ke hadapan tetapi apabila 2 orang pemain lawan cuba mengasaknya,beliau telah menghantar bola kembali kepada Reina tetapi Tevez yang keseorangan berjaya mencuri bola hantaran itu dan memastikan gol penyamaan kedua buat City.Sehingga wisel terakhir,keputusan seri telah dihasilkan di Stadium Anfield.

Liverpool memang kerap menghantar bola kepada penjaga golnya semula dan ia adalah amat mudah di baca oleh pihak lawan.Sepatutnya gol kedua City tidak dapat di hasilkan jika Skrtel membuang bola itu jauh ke hadapan atau ke tepi padang jika perlu.Beliau sepatutnya sedar yang beliau di posisi bek tengah dan pasti apabila beliau meninggalkan posisinya itu,kemungkinan tiada pemain lain yang akan dapat menggantikkannya.Fabio Borini juga masih tidak dapat menunjukkan persembahan yang baik dan masih belum boleh bekerjasama dengan Suarez di bahagian serangan.Suarez juga masih tumpul dalam serangannya tetapi masih mampu membuat gerakan-gerakan merbahaya.Sterling,Gerrard,Allen,Johnson bermain dengan baik.Pemain pertahanan,Coates yang musim lalu tidak banyak beraksi hari ini di turunkan selepas menggantikan tempat Agger yang di gantung perlawanan pada mulanya masih tercari-cari rentak permainan yang baik tetapi selepas 15 minit bermain,kualiti permainannya semakin baik.

Liverpool juga rugi seorang pemain selepas Lucas Leiva di keluarkan selepas hanya 5 minit beraksi kerana kecederaan dan di gantikkan Shelvey.Penyerang tinggi,Andy Caroll yang di masukkan 10 minit akhir perlawanan telah menunjukkan sebab kenapa beliau masih tidak perlu dijual kerana kualiti permainnya sangat baik.Keseluruhannya Liverpool bermain dengan baik tetapi nasib masih tidak menyebelahi mereka.

~YNWA~

No comments:

Post a Comment