Pages

LFC

LFC

Sunday 9 December 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 : MALAYSIA 1-1 THAILAND

  
    Tidak cukup selesa lagi!!!Itu yang patut di beritahu kepada pasukan negara selepas sekadar seri 1-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur.

   Separuh masa pertama,kedua-dua pasukan saling membuat gerakan untuk mencari gol awal tetapi tidak berjaya.Selepas masa kedua bermula,pasukan negara memperkemaskan gerakan dan hasilnya pada minit ke 47 Malaysia telah terlebih dahulu menjaringkan gol apabila Norsharul Idlan Talha berjaya menanduk kemas hasil hantaran daripada Mahali Jasuli.Selepas gol itu,pasukan pelawat mula memberi tekanan untuk mencari gol penyamaan dan sepatutnya selepas gol awal,pemain negara boleh memberi lebih tekanan tetapi sebaliknya berlaku,pemain negara seperti hilang tumpuan dan akibatnya Thailand pula berjaya mengikat jaringan pada minit ke 79.Selepas itu Safee Sali,Kunalan dan Zubir di bawa masuk tetapi masih gagal untuk mengubah kedudukan cuma peluang yang terbaik apabila Safee yang menanduk bola betul-betul di hadapan gawang lawan tetapi penjaga gol Thailand dengan tindakan reflex yang pantas berjaya menafikan bola tandukan oleh penyerang negara.

   Jadi sehingga tamat wisel perlawanan,Malaysia hanya mampu mencatatkan keputusan seri dengan Thailand cuma tidak selesa apabila pelawat mendapat gol di tempat lawan ini bermakna Thailand hanya perlu keputusan seri 0-0 di tempat sendiri.Manakala pasukan negara mesti menang atau seri 2-2 untuk layak dengan mudah tanpa masa tambahan dan sepakan penalti.

   Apapun tahniah buat pasukan negara kerana menunjukkan semangat juang yang tinggi.Tidak kira menang atau kalah mahupun seri,yang penting pemain negara telah membuktikan yang mereka telah berusaha untuk mempertahankan gelaran sebagai juara AFF Suzuki Cup.

No comments:

Post a Comment