Pages

LFC

LFC

Friday 14 December 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 : THAILAND 2-0 MALAYSIA


  Pasukan Harimau Malaya tidak berjaya mengekalkan kejuaraan di Suzuki Cup Edisi 2012 selepas di kalahkan oleh Thailand di Bangkok malam semalam.

   Pasukan negara bagaikan tidak bermaya melawan pasukan tuan rumah sambil agak di bantu oleh keputusan berat sebelah pengadil.Bagaimanapun,pasukan negara berjaya mengimbangi perlawanan tetapi selepas pemain pertahanan negara,Fadhli Shas di layangkan kad merah pada lewat permainan separuh masa pertama telah merencatkan segala strategi yang di rancangkan sehingga pertengahan separuh masa kedua pasukan tuan rumah berjaya menjaringkan 2 gol.Keadaan padang boleh di katakan lebih teruk dari keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil,ia juga mungkin menjadi faktor kekalahan semalam.

   Selepas di kejutkan gol itu,pemain negara menunjukkan kebangkitan walaupun bermain kurang 1 pemain tetapi pertahanan kental serta kecekapan penjaga gol tuan rumah telah mematahkan setiap serangan yang di lakukan.Formasi 4-5-1 yang di gunakan juga tidak sepatut di gunakan apabila Mat Yo yang keseorangan di bahagian penyerang tidak mampu buat apa-apa.Formasi yang terbaik 4-4-2 atau 4-1-3-2.Pasukan negara tewas selepas agregat 3-1.

   Apa-apa pun tahniah buat pasukan negara kerana berjaya melangkah ke separuh akhir dan menutup suara-suara sumbang yang tidak yakin pasukan negara akan layak ke separuh akhir selepas kekalahan pada perlawanan pertama di peringkat kumpulan.Kalah hari ini bukan kalah selamanya,kalah bukan berarti mengalah.Selepas ini pasti akan di persoalkan kedudukan K.Rajagopal sebagai jurulatih,samaada masih relevan atau tidak.

No comments:

Post a Comment