Pages

LFC

LFC

Tuesday 4 December 2012

MALAYSIA MENANG LIVERPOOL MENANG

 
 Maaf lambat update kerana sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.Mulakan dengan Piala AFF 2012,Malaysia berjaya menewaskan Indonesia 2-0 seterusnya layak ke saingan separuh akhir untuk bertemu Thailand yang terlebih dahulu menempah slot ke separuh akhir.
 
   Pasukan bimbingan Datuk K.Rajagopal telah berjaya membenam pasukan Garuda selepas Azamudin Akil dan Mahali Jasuli berjaya menjaringkan gol untuk Harimau Muda.Bagi aku Mahali Jasuli menjadi 'Man Of The Match' pada malam itu kerana persembahan bertenaga beliau dan menjadi watak penting untuk gol pertama selepas hantaran jauhnya berjaya di sambar oleh Azamudin Akil dan 3minit kemudian Mahali sendiri berjaya menjaringkan gol kemenangan.

   Beralih kepada Liga Perdana Inggeris,Liverpool berjaya menewaskan Southampton 1-0 selepas Daniel Agger berjaya menjaringkan gol kemenangan pada babak pertama.Perlawanan ini juga menampilkan semula Lucas Leiva yang kembali cergas selepas berehat lama kerana kecederaan.Liverpool sekarang berada di tangga ke-11 di belakang Arsenal.Selepas ini Liverpool akan bertemu West Ham tanpa Luis Suarez yang di gantung 1perlawanan kerana beliau telah mengumpul 5kad kuning.Siapakah pengganti Suarez?

Apepon YNWA Harimau Malaya 'n' The Reds

Logo By : http://www.facebook.com/BeritaInfoLiverpoolFcynwa

No comments:

Post a Comment