Pages

LFC

LFC

Sunday 23 December 2012

BPL : LIVERPOOL 4-0 FULHAM


  Liverpool menerima kunjungan Fulham di Anfield untuk saingan Liga Perdana Inggeris.Bermain dalam keadaan hujan tidak menghalang Liverpool untuk beraksi baik dan mengukir kemenangan bergaya selepas membenam Fulham 4-0.Gol-gol telah di sumbangkan oleh Skrtel,Gerrard,Downing dan Suarez.

SEPARUH MASA PERTAMA :

   Liverpool telah memulakan permainan dengan penuh semangat dan terus melancarkan serangan.Seawal minit ke-8,Martin Skrtel berjaya menjaringkan gol pembukaan,gol yang sangat menarik hasil dari sepakan sudut dari Steven Gerrard.Pada minit ke-25,sepatutnya Liverpool berjaya menambah koleksi gol tetapi di sia-siakan oleh Agger selepas bola tampanannya melangkaui palang gol walaupun beliau betul-betul di hadapan pintu gol yang terbuka luas.Minit ke-36,Gerrard berjaya menjaringkan gol hasil lorongan dari Downing.Sehingga tamat separuh masa pertama,tuan rumah mendahului pelawat 2-0.

SEPARUH MASA KEDUA :

    Sekali lagi Liverpool menambah koleksi gol seawal separuh masa kedua bermula iaitu pada minit ke-52,Downing berjaya menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana Inggeris hasil rembatan menarik di sebelah kiri pintu gol Fulham dan menewaskan penjaga golnya.Gol itu juga hasil hantaran dari Gerrard.Liverpool seperti tidak cukup dengan gol yang berjaya di hasilkan,masih melancarkan beberapa serangan yang bahaya dan beberapa kali hampir menambahkan lagi koleksi gol pada perlawanan ini.Fulham pula di lihat tidak bermaya dan hanya sesekali dapat membuat percubaan itupun dari jarak jauh.Pada minit ke-92,Luis Suarez berjaya menjaringkan gol selepas mendapat hantaran daripada Enrique.Suarez juga telah mengotakan janjinya kerana sebelum ini beliau berjanji akan menjaringkan gol dalam perlawanan ini.Tamat permainan,Liverpool berjaya membenam Fulham 4-0.

KESIMPULAN :

   Keseluruhannya semua pemain Liverpool bermain sangat baik,bertenaga dan rajin.Bahagian serangan yang di ketuai oleh Luis Suarez dan di bantu oleh Downing serta Suso telah berjaya membuat beberapa percubaan dan kebanyakkan hampir menemui sasaran yang positif.Bahagian tengah pula yang di ketuai oleh Steven Gerrard sambil di bantu oleh Shelvey dan Lucas telah berjaya melakukan beberapa percubaan,peluang untuk menjaringkan gol dan berjaya mematahkah beberapa serangan dari pasukan pelawat.Bahagian pertahanan pula di terajui oleh Agger,Skrtel,Johnson dan Enrique sangat kukuh untuk di tembusi dan kecuali Agger yang tidak dalam watak untuk gol-gol yang di hasilkan walaupun hampir menjaringkan gol.Penjaga gol,Pepe Reina bertindak cemerlang walaupun hanya sesekali saja di uji.Liverpool mendaki ke tangga ke-8 di belakang Chelsea dengan jumlah mata 25 hanya beza 5 mata di tempat ketiga iaitu Arsenal.Mampukah Liverpool berada dalam kelompok 4 terbaik?

PERTUKARAN :

Minit                Keluar                          Masuk   
  71                   Suso                    Raheem Sterling
  74             Jonjo Shelvey                  Joe Allen
  83              Lucas Leiva              Jamie Carragher

Man Of The Match

League Table

No comments:

Post a Comment