Pages

LFC

LFC

Friday 7 December 2012

MALAYSIA VS THAILAND,LIVERPOOL VS WEST HAM UNITED : 09/12/2012


  Malaysia akan bertemu Thailand pada separuh akhir pertama AFF Suzuki Cup 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil,Kuala Lumpur tanpa beberapa tonggak pemain yang mengalami kecederaan seperti Wan Zack Haikal,Kunalan,Kyril Muhymeen serta Aidil yang di gantung 1 perlawanan kerana mengumpul 2 kad kuning.

       Thailand pula di lihat sebagai pilihan pertama tidak mempunyai masalah yang di hadapi untuk menurunkan barisan terkuat mereka.Corak permainan pantas Thailand menjadi kunci utama untuk mereka berjaya serta hantaran-hantaran tepat kepada penyerang dan serangan balas pantas menjadi kunci utama mereka berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam peringkat kumpulan.

   Pasukan Malaysia juga boleh bermain pantas tetapi kebanyakkan pemain negara akan cepat PANCIT apabila perlawanan masuk sekitar minit ke 65.Malaysia perlu mendapatkan gol awal supaya boleh menaikkan lagi semangat juang.Hal penyokong tidak menjadi masalah kerana ramai peminat bola sepak negara akan sentiasa memberi semangat kepada mereka.Cuma yang di takutkan apabila mereka mendapat gol awal,pemain negara akan bermain secara bertahan.Itu pasti memberikan kelebihan pihak lawan untuk memberi tekanan dan serangan bertali arus.

   Liverpool FC pula akan menentang West Ham United untuk saingan Liga Perdana Inggeris tanpa penyerang berbisa,Luis Suarez,yang di gantung 1 perlawanan kerana beliau telah mengumpul 5 kad kuning dalam saingan BPL.Berkemungkinan Brendan Rodgers(BR) akan meletakkan Jonjo Shelvey untuk mengetuai bahagian serangan sambil di bantu Sterling dan mungkin Oussama Assaidi juga akan di masukkan untuk membantu bahagian serangan.Kembalinya Lucas Leiva mengukuhkan lagi bahagian tengah.

   Liverpool yang baru saja menang perlawanan menentang Udinese di dalam saingan Europa League dan berjaya ke peringkat kalah mati.Di harap Liverpool akan teruskan momentum kemenangan.

No comments:

Post a Comment