Pages

LFC

LFC

Monday 31 December 2012

BPL : QPR 0-3 LIVERPOOL



  Hari ini Liverpool telah mengubat sedikit kekecewaan para peminatnya selepas membenam QPR dengan jaringan 3 gol tanpa balas.Gol-gol hasil dari Suarez(2),Agger(1).

   Tak dapat nak ungkap banyak sebab tak tengok full time tadi.Baru pindah rumah,jadi Astro masih belum pasang lagi.Apa pun kualiti permainan pada separuh masa pertama sangat tinggi.Banyak serangan yang menyebabkan tekanan buat pasukan QPR.

   Separuh masa kedua pula,Liverpool hanya bermain kawalan bola dan hanya sesekali membuat percubaan.Nampak Liverpool telah selesa dengan 3 gol awal.QPR pula sesekali menyerang tetapi gagal menembusi gawang Liverpool.Reina juga bertindak cemerlang selepas beberapakali menyelamatkan gawang dari di bolosi.

   Jose Enrique terpaksa di keluarkan pada minit ke 70 kerana mengalami kecederaan hamstring dan di gantikan oleh Suso.2 gol Suarez telah melonjakkan dirinya ke tempat kedua untuk penjaring gol terbanyak iaitu 13 gol dan beza 1 gol daripada pendahulu Van Persie yang mengumpul 14 gol setakat ini.

   Harap Liverpool dapat kekalkan momentum kemenangan untuk perlawanan akan datang.Jumpa lagi di tahun 2013.

No comments:

Post a Comment