Pages

LFC

LFC

Sunday 16 December 2012

BPL : LIVERPOOL FC 1-3 ASTON VILLA

  
   Liverpool FC menerima kunjungan Aston Villa(AV) di Anfield untuk saingan liga.Dalam perlawanan ini,Suarez di turunkan semula selepas di gantung 1 perlawanan kerana mengumpul 5 kad kuning.

1st Half :-
   Liverpool berjaya mengawal dan menguasai perlawanan sejak wisel mula di tiupkan.Beberapa peluang dan percubaan telah di lakukan tetapi tidak berjaya menembusi kubu pasukan pelawat.AV juga sesekali melakukan serangan dan pada minit ke 28,Liverpool di kejutkan oleh gol AV selepas penyerang AV,Benteke berjaya merembat bola masuk ke dalam gawang Liverpool dari jarak lebih kurang 25 meter.Liverpool cuba mencari gol penyamaan tetapi beberapa pemain Liverpool kerap melakukan kesilapan dan akibatnya minit ke 40,pemain AV,Weimann berjaya menjaringkan gol kedua buat pasukannya selepas mendapat umpanan dari Benteke.Keputusan 0-2 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

2nd Half :-
   Joe Cole di masukkan menggantikan tempat Jonjo Shelvey.Liverpool cuba mengawal permainan dan berusaha mencari gol.Akibat terlalu mencari gol penyamaan,Benteke sekali lagi berjaya merobek gawang tuan rumah pada minit ke 50.Bahagian pertahanan seperti agak longgar kerana banyak memberi peluang kepada AV menyerang dan membiarkan Benteke bergerak bebas.Pada minit ke 86,Gerrard berjaya menjaringkan gol saguhati berpunca apabila percubaan Johnson terkena kepalanya dan telah mengelirukan penjaga gol lawan.Tetapi semuanya telah terlambat.Sehingga tamat permainan,Liverpool telah tewas ke atas Aston Villa dengan keputusan 1-3.

Kesimpulan :-
   Keseluuhan Liverpool menguasai perlawanan tetapi pertahanan longgar menyebabkan 3 gol di bolosi.Joe Allen pun tiada apa yang menarik darinya dan menjadi punca gol kedua dan gagal menyekat Benteke dari menjaringkan gol ketiga.Shelvey pula yang di letakkan di bahagaian penyerang kiri tidak banyak melakukan percubaan dan seperti patung di atas padang.Pemain Liverpool juga bermain terlalu baik dan tidak banyak melakukan kekerasan.Kadangkala,kekerasan juga menjadi faktor penting untuk menang.Liverpool yang masih belum mendapat penalti sepatutnya di hadiahkan sepakan penalti selepas baju Agger di tarik dalam kotak penalti tetapi pengadil tidak memberikan hadiah walaupun jelas Agger di kasari.

PEPE REINA - Gagal selamatkan gol pertama walaupun bola tidak terlalu laju tetapi masih bermain baik.
JOHNSON - Beberapakali melakukan kesilapan tetapi berjaya tingkatkat kualiti permainan.
SKRTEL - Gagal mengawal benteng pertahanan dengan baik.
AGGER - Permainan yang biasa sahaja.
DOWNING - Bermain baik.
LUCAS - Kualiti yang biasa.Di gantikan oleh Henderson.
ALLEN - Punca gol kedua pasukan pelawat dapat dihasilkan.Sepatutnya beliau mengejar dan memberi tekanan kepada Weimann tetapi di biarkan pemain berkenaan masuk dalam kotak penalti.
- Tubuh yang kecil menyebabkan kurang dari segi pertahanan dan gagal mencuri bola atau menyekat Benteke dari menjaringkan gol ketiga buat Aston Villa.
- Kualiti permainan yang sederhana.
GERRARD - Mempunyai beberapa peluang tetapi gagal menjaringkan gol.Masih bermain baik.Menjaringkan gol saguhati buat Liverpool.
STERLING - Kualiti permainan yang sederhana,kerap bermain secara solo dan selalu kehilangan bola.
SUAREZ - Permaianan yang menakjubkan dan banyak membuat peluang kepada rakan-rakan tetapi gagal di sudahkan dengan baik.
SHELVEY - Seperti tiada apa darinya.Peluang untuk menjaringkan gol terhidang tetapi di sia-siakan.Di keluarkan dan di gantikan oleh Joe Cole.
JOE COLE - Menggantikan Shelvey dan bermain baik.
HENDERSON - Beliau sepatutnya di masukkan lebih awal kerana mutu permainan yang baik sejak akhir-akhir ini.Di masukkan menggantikan Lucas

No comments:

Post a Comment